home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Susu Probiotik Bantu Kurang Risiko Komplikasi Kehamilan?

Susu Probiotik Bantu Kurang Risiko Komplikasi Kehamilan?

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang mempunyai khasiat kepada kesihatan. Pengambilan makanan dan juga suplemen yang mengandungi probiotik diketahui bermanfaat dalam meningkatkan kesihatan penghadaman manusia. Namun, yang lebih baharu, probiotik dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan.

Manfaat probiotik kepada ibu hamil

Probiotik yang terdapat dalam sumber makanan semula jadi dan suplemen biasanya selamat diambil oleh ibu hamil. Terdapat pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui manfaat probiotik terhadap kesihatan manusia, dan juga keselamatan pengambilan probiotik semasa hamil.

Terdapat kajian yang mendakwa probiotik adalah baik untuk wanita hamil yang mengalami jangkitan faraj, iaitu masalah vaginosis bakteria. Masalah jangkitan ini boleh menyebabkan ibu hamil mendapat risiko komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, masih belum cukup kajian dilakukan mengenai probiotik boleh merawat vaginosis bakteria pada wanita hamil.

Selain itu, kajian lain pula menunjukkan pengambilan probiotik semasa hamil boleh mempengaruhi bakteria baik pada faraj anda. Bakteria ini akan dipindahkan kepada bayi anda semasa bersalin normal, dan membantu perkembangan sistem imun bayi.

Probiotik yang juga terkenal sebagai bakteria baik, adalah dikatakan boleh mengurangkan kehadiran bakteria jahat pada tubuh. Kehadiran probiotik dalam mengurangkan bakteria jahat dapat membantu mengurangkan kecenderungan untuk ibu hamil mendapat komplikasi kesihatan.

Antara manfaat lain probiotik bagi ibu hamil ialah:

  • Membantu mencegah jangkitan cirit-birit
  • Menghalang cirit-birit berkaitan-antibiotik
  • Mengelakkan Sindrom Rengsa Usus
  • Mengurangkan risiko penyakit keradangan usus
  • Mengurangkan ekzema

Kaitan probiotik dengan komplikasi kehamilan

Kajian kohort Norway pada awal tahun 2018 menunjukkan bahawa pengambilan probiotik semasa hamil boleh merendahkan risiko komplikasi kehamilan, seperti kelahiran pramatang dan preeklampsia.

Penyelidik mendapati ibu hamil yang minum susu probiotik semasa awal kehamilan adalah berisiko rendah mengalami kelahiran pramatang (bersalin sebelum usia kandungan 37 minggu), berbanding dengan ibu hamil yang tidak minum susu probiotik.

Kajian yang sama turut mengaitkan pengambilan susu probiotik semasa akhir tempoh kehamilan dengan risiko rendah preeklampsia. Preeklampsia ialah komplikasi serius yang dialami ibu hamil disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan paras protein tinggi dalam air kencing. Kelahiran pramatang dan preeklampsia dikaitkan dengan tahap keradangan yang lebih tinggi dalam tubuh, berbanding yang dijangkakan pada kehamilan normal. Oleh itu, pengambilan probiotik boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh, dan seterusnya berpotensi mengurangkan risiko komplikasi kehamilan.

Dalam kajian tersebut, data dikumpulkan daripada 7,000 wanita hamil di Norway. Mereka dikehendaki menjawab soalan mengenai sejarah kesihatan dan tabiat gaya hidup mereka pada usia kehamilan 15 dan 30 minggu, serta menyediakan maklumat tentang pemakanan mereka pada usia kandungan 22 minggu. Soalan dalam kajian ini turut bertanyakan mengenai pengambilan produk susu probiotik wanita sebelum hamil, semasa dan pada akhir kehamilan. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, penyelidik tidak melihat kepada pengambilan suplemen probiotik kerana hanya peratusan kecil wanita dalam kajian tersebut yang mengambilnya.

Dapatan kajian menunjukkan kira-kira 23 peratus wanita minum susu probiotik sebelum hamil, 38 peratus minum semasa awal kehamilan (sehingga usia kehamilan 13 minggu), dan 32 peratus lagi mengambil probiotik semasa akhir kehamilan (usia kandungan antara 13 dan 30 minggu). Wanita-wanita ini secara puratanya minum kira-kira 1.5 cawan susu yang mengandungi bakteria aktif hidup setiap hari.

Probiotik mungkin memberikan kesan perlindungan terhadap komplikasi kehamilan serta faktor masa pengambilannya juga adalah relevan. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menimbulkan kesan patofisiologi probiotik terhadap tindak balas keradangan semasa hamil, dan ia perlu dikaji dengan lebih terperinci.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Probiotics could lower the risk of pregnancy complications.

https://globalnews.ca/news/3995763/probiotics-preterm-birth-preeclampsia/ Accessed February 14, 2019

Timing of probiotic milk consumption during pregnancy and effects on the incidence of preeclampsia and preterm delivery: a prospective observational cohort study in Norway

https://bmjopen.bmj.com/content/8/1/e018021 Accessed February 14, 2019

Probiotics linked to lower risk of adverse pregnancy outcomes.

https://www.rcm.org.uk/news-views-and-analysis/news/probiotics-linked-to-lower-risk-of-adverse-pregnancy-outcomes Accessed February 14, 2019

Probiotics May Lower Risk of Adverse Pregnancy Outcomes

https://www.medpagetoday.com/obgyn/pregnancy/70708 Accessed February 14, 2019

Probiotics and prebiotics in pregnancy. https://www.babycentre.co.uk/a1025252/probiotics-and-prebiotics-in-pregnancy. Accessed February 14, 2019

Probiotics during pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/probiotics-during-pregnancy/ Accessed February 14, 2019

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 16/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor
x