backup og meta

7 Tabiat Ini Punca Anda Ada Masalah Pada Gigi! Baik Hentikan Segera!

7 Tabiat Ini Punca Anda Ada Masalah Pada Gigi! Baik Hentikan Segera!

Walau sebanyak manapun kita memberus serta floss setiap hari, masalah pada gigi akan timbul jika anda mempunyai tabiat tertentu yang boleh merosakkan gigi. Jika tabiat ini tidak dihentikan, besar kemungkinan kita akan alami sakit gigi pada masa akan datang.

Ada orang yang suka menggigit kuku atau ais. Ada juga yang suka mengetap gigi tanpa sebab. Ketahuilah, semua tabiat ini sebenarnya boleh merosakkan gigi.

Nak tahu tabiat-tabiat lain yang boleh mendatangkan masalah gigi pada masa akan datang? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

7 tabiat buruk yang boleh menyebabkan masalah pada gigi

masalah pada gigi

Penjagaan mulut yang baik amat penting untuk memastikan gigi kekal kuat dan sihat. 

Walau bagaimanapun, ada di antara kita yang telah terbiasa melakukan beberapa tabiat buruk yang boleh merosakkan gigi.

Jika anda kerap melakukan tabiat ini, inilah masanya untuk berhenti. Cuba sedaya upaya untuk mengubah diri dan elakkan habit buruk ini.

Jika tidak, anda mungkin perlu berjumpa doktor gigi pada masa hadapan!

1. Masalah pada gigi disebabkan tabiat mengetap gigi

Tabiat mengetap gigi atau bruxism merupakan satu perbuatan yang dilakukan secara separa sedar.

Jika anda mempunyai bruxism, anda mungkin ada tabiat mengetap gigi yang kerap pada waktu siang atau malam.

Malah, individu yang gemar mengetap gigi ini selalunya akan mengalami masalah untuk tidur malam. 

Mereka juga lebih mudah berdengkur dan mungkin mengalami apnea tidur, satu kondisi yang menyebabkan nafas terhenti ketika tidur.

Disebabkan tabiat mengetap gigi ini, ramai yang akan alami rasa sakit pada kawasan rahang dan telinga. Gigi mereka juga akan menjadi haus dan cepat rosak.

2. Suka menggigit ais

masalah pada gigi

Buat sesiapa yang suka menggigit ais, inilah masanya untuk tinggalkan tabiat yang tidak berfaedah ini. 

Tahukah anda, mereka yang suka menggigit ais lebih berisiko untuk mengalami masalah pada gigi?

Enamel yang terdapat pada permukaan gigi diperbuat daripada kristal. Sama jugalah dengan ketulan ais yang dikunyah. 

Apabila kedua-dua permukaan keras ini berlaga, besar kemungkinan gigi akan retak dan kemudiannya patah pada masa akan datang.

Tabiat suka menggigit ais turut dikenali sebagai pagophagia. Ada individu yang gemar mengunyah ais disebabkan masalah emosi seperti stres atau depresi.

Walau bagaimanapun, pagophagia selalunya dikaitkan dengan masalah kekurangan zat besi dan anemia. Namun, kaitan sebenar antara tabiat ini dan juga masalah anemia masih belum dapat dikenal pasti.

3. Bersukan tanpa pelindung mulut

Setiap sukan mempunyai risiko kecederaan tersendiri, termasuklah kecederaan pada kawasan gigi.

Jika anda suka bersukan, terutamanya sukan kontak rapat seperti hoki, bola sepak atau seni bela diri seperti silat, taekwondo dan sebagainya, pemakaian pelindung mulut atau mouth guard adalah sangat penting.

Pelindung mulut dapat membantu melindungi kawasan mulut  anda daripada sebarang impak. 

Malah, ia juga merupakan salah satu item yang penting untuk melindungi diri daripada sebarang kecederaan.

4. Menggunakan gigi untuk membuka sesuatu

Suka menggunakan gigi untuk membuka pembalut keropok? Jangan biasakan diri dengan tabiat ini jika tidak mahu sakit gigi pada masa akan datang.

Gigi kita sepatutnya digunakan untuk mengunyah dan bukannya sebagai pengganti gunting. Jika anda tidak mahu sebarang kecemasan berlaku, jangan sesekali gunakan gigi untuk membuka sesuatu. 

Boleh patah gigi tau!

5. Suka menggigit kuku mendatangkan masalah pada gigi

Ada orang yang suka menggigit kuku ketika rasa gemuruh. Tabiat yang dikenali dengan nama onychophagia ini selalunya bermula ketika kanak-kanak atau remaja. Sebab itulah, tabiat ini sukar untuk dipatahkan.

Tabiat ini bukan sahaja boleh merosakkan kuku. Ia juga boleh membuatkan gigi patah dan merosakkan rahang.

Namun, masalah terbesar bagi mereka yang suka mengigit kuku adalah jangkitan pada kawasan jari. 

Malah, jangkitan ini juga boleh menyebabkan iritasi, kesakitan dan juga bengkak di sekeliling kuku.

6. Minum terlalu banyak kopi dan minuman berkarbonat

masalah pada gigi

Sama seperti merokok, minum terlalu banyak kopi juga boleh mendatangkan masalah pada gigi. Ia boleh membuatkan gigi pudar dan berwarna kekuning-kuningan.

Minuman berkarbonat juga mempunya kesan yang sama. Malah, keasidan minuman ini boleh menghakis enamel gigi yang akan menyebabkan gigi sakit dan rosak pada masa hadapan.

7. Suka memberus gigi dengan kuat

Tidak ada salahnya jika anda suka memberus gigi. Malah, amalan ini juga membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

Walau bagaimanapun, memberus terlalu kuat boleh mendatangkan masalah pada gigi. 

Lapisan enamel pada permukaan gigi boleh menjadi haus jika anda memberus dengan kuat dan terlalu kerap.

Untuk mengelakkan masalah ini, cuba gunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut. 

Berus gigi jenis ini cukup lembut untuk melindungi lapisan enamel namun dalam masa yang sama masih berkesan untuk membuang plak.

Selain itu, cuba jangan tekan terlalu kuat ketika memberus gigi. Cukuplah jika anda memberus dengan lembut selama dua minit.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bruxism (teeth grinding) – Symptoms and causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bruxism/symptoms-causes/syc-20356095. Accessed on Jan 6, 2022.
  2. Craving and chewing ice: A sign of anemia? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/expert-answers/chewing-ice/faq-20057982. Accessed on Jan 6, 2022.
  3. How to Stop Nail Biting. https://www.cedars-sinai.org/blog/stop-nail-biting.html. Accessed on Jan 6, 2022.
  4. Choosing the Right Toothbrush. https://www.news-medical.net/health/Choosing-the-Right-Toothbrush-Soft-vs-Hard-Bristles.aspx. Accessed on Jan 6, 2022.
  5. Worst Habits for Your Teeth. https://www.mouthhealthy.org/en/bad-habits. Accessed on Jan 6, 2022.

Versi Terbaru

08/03/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Eh, Mana Satu Ye Gigi Kacip? Jom Kenali Gigi Kacip Dan Ketahui Fungsinya!

Anak Gemar Mengetap Gigi Semasa Tidur? Ini 7 Penyebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan