Gigi anda kelihatan kuning dan mahu kelihatan lebih menawan? Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa kaedah atau cara putihkan gigi yang boleh dilakukan di rumah. Ini 5 cara memutihkan gigi secara homemade yang pasti berkesan.
Gigi anda kelihatan kuning dan mahu kelihatan lebih menawan? Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa kaedah atau cara putihkan gigi yang boleh dilakukan di rumah. Ini 5 cara memutihkan gigi secara homemade yang pasti berkesan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Percaya atau tidak, selain rawatan pemutihan gigi yang dilakukan di klinik gigi, terdapat juga beberapa kaedah homemade untuk putihkan gigi yang terbukti berkesan.
Anda boleh cuba lima kaedah di bawah ini.
Oil pulling merupakan sejenis remedi tradisional yang berasal dari India. Ia bertujuan untuk meningkatkan kebersihan mulut dan membuang toksin daripada badan.
Amalan ini melibatkan sapuan minyak di dalam mulut anda untuk membuang bakteria, yang menjadi punca pembentukan plak dan menyebabkan gigi anda kelihatan kuning.
Minyak kelapa adalah pilihan yang popular kerana ia mempunyai rasa yang menyenangkan dan menawarkan banyak manfaat kesihatan.
Minyak kelapa juga tinggi dengan asid laurik, yang berupaya untuk mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa amalan oil pulling setiap hari boleh mengurangkan bakteria, plak dan gingivitis di dalam mulut.
Walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik telah membuktikan bahawa kaedah ini benar-benar boleh memutihkan gigi anda. Namun, ia adalah amalan yang selamat dan patut dicuba.
Ramai yang mendakwa gigi mereka lebih putih dan cerah selepas menggunakan kaedah ini.
Hidrogen peroksida merupakan agen peluntur semula jadi yang juga boleh membunuh bakteria dalam mulut anda.
Malah, ramai individu yang telah menggunakan hidrogen peroksida selama bertahun-tahun untuk membasmi kuman pada luka kerana keupayaannya untuk membunuh bakteria.
Selain itu, terdapat juga banyak produk pemutihan komersial yang mengandungi hidrogen peroksida.
Namun, tiada kajian yang telah meneliti mengenai kesan membilas atau memberus gigi dengan hidrogen peroksida sahaja.
Akan tetapi, beberapa kajian telah menganalisis ubat gigi komersial yang mengandungi peroksida.
Satu kajian mendapati bahawa ubat gigi yang mengandungi jumlah hidrogen peroksida yang lebih tinggi, lebih berkesan untuk memutihkan gigi selepas tempoh 12 minggu berbanding ubat gigi yang mengandungi jumlah peroksida yang lebih rendah.

Serbuk penaik mempunyai sifat pemutihan semula jadi. Oleh sebab itu, ia menjadi antara bahan popular dalam penghasilan ubat gigi komersial.
Serbuk penaik boleh membantu menyental kotoran yang terdapat pada permukaan gigi.
Selain itu, ia juga boleh mewujudkan persekitaran beralkali dalam mulut anda, yang menghalang bakteria daripada berkembang.
Namun anda juga perlu tahu bahawa ia bukanlah remedi yang akan memutihkan gigi anda dalam sekelip mata.
Anda hanya boleh melihat perbezaan selepas penggunaannya dari semasa ke semasa.
Setakat ini, masih tiada kajian yang membuktikan bahawa memberus gigi dengan serbuk penaik biasa akan memutihkan gigi anda.
Namun, beberapa kajian ada menunjukkan bahawa ubat gigi yang mengandungi serbuk penaik boleh meningkatkan kesihatan gigi dan mungkin mempunyai kesan pemutihan.

Walaupun gigi kuning biasanya disebabkan oleh peningkatan umur individu, namun ia juga boleh berlaku disebabkan pembentukan plak pada gigi.
Memberus dan flos gigi dengan kerap boleh membantu gigi anda untuk kekal putih dengan cara mengurangkan bakteria dalam mulut anda dan mencegah pembentukan plak.
Ubat gigi berperanan menanggalkan kotoran pada gigi anda, dan flos pula boleh menghilangkan bakteria yng menyebabkan pembentukan plak.
Membersihkan gigi secara berkala juga boleh membantu gigi anda untuk kekal bersih dan putih.
Diet tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran juga mungkin baik untuk badan dan gigi putih anda.
Walaupun ia bukanlah pengganti kepada berus gigi, namun buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang rangup boleh membantu menghilangkan plak semasa anda mengunyahnya.
Strawberi dan nanas adalah antara dua jenis buah yang dikatakan dapat membantu memutihkan gigi anda.
Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa gel yang diperbuat dengan bromelain, iaitu enzim yang terdapat dalam nanas, boleh membantu menghilangkan kotoran gigi.
Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa makan nanas secara terus boleh menghasilkan kesan yang sama seperti penggunaan gel.
Walaupun ada cara putihkan gigi di atas ini masih belum lagi dibuktikan keberkesanannya secara saintifik, namun anda boleh mencubanya kerana ia merupakan kaedah yang selamat untuk gigi putih.
Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Shanbhag V. K. (2016). Oil pulling for maintaining oral hygiene – A review. Journal of traditional and complementary medicine, 7(1), 106–109. https://doi.org/10.1016/j.jtcme.2016.05.004. Accessed on July 25, 2022.
Hara, A. T., & Turssi, C. P. (2017). Baking soda as an abrasive in toothpastes: Mechanism of action and safety and effectiveness considerations. Journal of the American Dental Association (1939), 148(11S), S27–S33. https://doi.org/10.1016/j.adaj.2017.09.007. Accessed on July 25, 2022.
Hydrogen peroxide. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Hydrogen-peroxide. Accessed on July 25, 2022.
Münchow, E. A., Hamann, H. J., Carvajal, M. T., Pinal, R., & Bottino, M. C. (2016). Stain removal effect of novel papain- and bromelain-containing gels applied to enamel. Clinical oral investigations, 20(8), 2315–2320. https://doi.org/10.1007/s00784-016-1840-1. Accessed on July 25, 2022.
Keeping your smile healthy. https://jada.ada.org/article/S0002-8177(21)00483-9/fulltext. Accessed on July 25, 2022.
Versi Terbaru
28/10/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip