backup og meta

Bibir Asyik Kering & Merekah? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Tak Sedar!

Bibir yang kering dan merekah bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh mengganggu penampilan. Antara cara paling mudah untuk mengatasinya ialah menggunakan lip balm untuk bibir kering yang sesuai.

Bibir Asyik Kering & Merekah? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Tak Sedar!

Namun, tidak semua produk memberikan kesan yang sama. Ketahui manfaat menggunakan pelembap bibir, cara memilih produk yang sesuai serta punca bibir menjadi gelap agar anda dapat menjaga kesihatan bibir dengan lebih baik.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Kenapa bibir mudah kering?

Kulit pada bibir lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain dan tidak mempunyai kelenjar minyak yang membantu mengekalkan kelembapan.

Sebab itulah bibir lebih mudah mengalami kekeringan, terutama apabila terdedah kepada cuaca panas, angin, penghawa dingin atau sinaran matahari.

Selain faktor persekitaran, bibir kering juga boleh disebabkan oleh tabiat menjilat bibir, kurang minum air, merokok atau penggunaan produk bibir yang mengandungi bahan yang merengsakan kulit.

Manfaat menggunakan pelembap bibir

Menggunakan pelembap bibir setiap hari bukan sekadar membantu mengatasi bibir merekah, malah turut melindungi bibir daripada kerosakan akibat faktor luaran.

Antara manfaat menggunakan pelembap bibir ialah:

  • Mengekalkan kelembapan bibir
  • Mengurangkan rekahan dan pengelupasan kulit bibir
  • Melindungi bibir daripada sinaran UV jika mengandungi SPF
  • Menjadikan bibir terasa lebih lembut dan licin
  • Membantu menyediakan bibir sebelum memakai lipstick

Bagi mereka yang sering mengalami bibir kering, sapukan pelembap bibir beberapa kali sehari, terutama sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.

Lip balm terbaik perlu mengandungi apa?

Pemilihan produk yang betul memainkan peranan penting dalam memastikan bibir kekal lembap.

Lip balm terbaik biasanya mengandungi bahan yang membantu mengunci kelembapan dan melindungi lapisan bibir.

lip balm untuk bibir kering
Pemakaian lip balm boleh membuatkan bibir nampak lebih sihat dan cantik.

Antara bahan yang disarankan termasuk:

  • Petrolatum (petroleum jelly) – membantu mengurangkan kehilangan kelembapan.
  • Shea butter – melembapkan dan melembutkan bibir.
  • Beeswax – membentuk lapisan pelindung pada permukaan bibir.
  • Ceramide – membantu memulihkan lapisan perlindungan kulit.
  • Glycerin – menarik kelembapan ke permukaan bibir.
  • SPF – melindungi bibir daripada sinaran UV.

Elakkan lip balm yang mengandungi:

  • Pewangi tiruan.
  • Pewarna tiruan.
  • Alkohol yang mengeringkan bibir.
  • Menthol atau kapur barus (camphor) jika bibir anda sensitif.

Lip balm untuk bibir kering dan hitam, adakah ia membantu?

Ramai beranggapan bibir gelap hanya berlaku kerana bibir kering.

Hakikatnya, warna bibir juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti genetik,merokok, pendedahan kepada sinaran matahari, tabiat menjilat bibir serta penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai.

Penggunaan lip balm untuk bibir kering dan hitam boleh membantu mengekalkan kelembapan bibir serta melindunginya daripada sinaran UV jika mengandungi SPF.

Perlindungan ini dapat mengurangkan risiko bibir menjadi semakin gelap akibat pendedahan cahaya matahari.

Walau bagaimanapun, lip balm tidak semestinya dapat mencerahkan bibir yang gelap akibat faktor genetik atau keadaan perubatan tertentu.

Jika perubahan warna bibir berlaku secara mendadak atau disertai simptom lain, dapatkan pemeriksaan doktor.

Vitamin untuk bibir kering

Selain penggunaan lip balm, pemakanan yang seimbang juga penting untuk kesihatan bibir. Dalam sesetengah keadaan, bibir yang kerap merekah boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrien tertentu.

Antara vitamin untuk bibir kering yang penting termasuk:

Walaupun kekurangan vitamin B kompleks, zat besi atau zink boleh dikaitkan dengan bibir merekah, jangan mengambil suplemen tanpa nasihat doktor kerana tidak semua kes berpunca daripada kekurangan nutrien.

Jika bibir merekah berulang walaupun menggunakan pelembap bibir dengan betul, berbincanglah dengan doktor untuk mengenal pasti sama ada ia berkaitan dengan kekurangan nutrien atau masalah kesihatan lain.

Kesimpulan

Menggunakan lip balm untuk bibir kering merupakan langkah mudah tetapi berkesan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir daripada kerosakan.

Namun, pemilihan produk yang sesuai juga penting, terutamanya yang mengandungi bahan pelembap serta perlindungan SPF.

Di samping itu, amalkan pengambilan air yang mencukupi dan pemakanan seimbang bagi menyokong kesihatan bibir dari dalam.

Jika bibir kekal merekah, sakit atau berubah warna walaupun telah menggunakan pelembap bibir, dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chapped Lips. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22005-chapped-lips. Diakses pada September 19, 2024.

5 Tips for Taking Care of Your Lips. https://www.skincancer.org/blog/5-tips-for-your-lips/. Diakses pada September 19, 2024.

7 dermatologists’ tips for healing dry, chapped lips. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/heal-dry-chapped-lips. Diakses pada September 19, 2024.

Sore or dry lips. https://www.nhs.uk/conditions/sore-or-dry-lips/. Diakses pada September 19, 2024.

Chapped lips. https://medlineplus.gov/ency/article/002036.htm. Diakses pada September 19, 2024.

Versi Terbaru

27/07/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bagaimana Ingin Buatkan Bibir Kembali 'Bernyawa'? Ini Tip Beli Lip Balm Untuk Bibir Hitam!

Mahukan Bibir 'Pink' Yang Nampak Sihat Dan Cantik? Ini 5 Cara Natural Merahkan Bibir


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?