backup og meta

Sakit Gigi Geraham Bongsu Bukan Main-Main, Ini 5 Cara Hilangkan Sakit Ikut Puncanya

Sakit Gigi Geraham Bongsu Bukan Main-Main, Ini 5 Cara Hilangkan Sakit Ikut Puncanya

Sakit gigi geraham boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya masalah gigi sensitif dan juga geraham bongsu yang ingin keluar daripada gusi. Mencari cara hilangkan sakit gigi geraham? Ini ada beberapa cara hilangkan sakit gigi berdenyut berdasarkan kepada punca yang berlaku.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Oral, anda boleh klik di sini.

Simptom sakit gigi geraham

Sakit gigi geraham boleh berlaku kepada sebatang atau lebih gigi, bergantung kepada puncanya.

Antara simptom sakit gigi geraham yang boleh berlaku ialah:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Sakit pada telinga
  • Sakit gigi ketika mengunyah
  • Gusi membengkak
  • Tekanan sinus
  • Sakit menjadi lebih teruk pada waktu malam
  • Otot pada rahang mulut terasa ketat
  • Lebih sensitif terhadap makanan dan minuman yang panas serta sejuk
  • Gusi berdarah

Punca dan cara hilangkan sakit gigi geraham

Tercari-cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut? Ia sebenarnya bergantung kepada punca kesakitan tersebut kerana terdapat banyak kemungkinan mengapa gigi geraham boleh sakit.

Sila lihat punca dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut di bawah ini:

#1. Jangkitan atau nanah pada gigi

cara hilangkan sakit gigi geraham

Jangkitan berserta nanah boleh berlaku apabila anda mengalami infeksi pada gigi geraham akibat daripada kerosakan gigi yang tidak dirawat.

Anda mungkin mengalami jangkitan gigi disebabkan gigi yang reput, kecederaan gigi, atau selepas rawatan pergigian.

Rawatan akan melibatkan saluran akar atau pembedahan untuk membersihkan kawasan yang dijangkiti. Anda mungkin perlu memakai crown pada geraham anda untuk melindungi kawasan tersebut.

#2. Cara hilangkan sakit gigi geraham akibat periodontitis

Jangkitan gusi ini boleh menjejaskan geraham anda dan menyebabkan rasa sakit ketika anda mengunyah.

Periodontitis juga menyebabkan keradangan, merosakkan tisu dalam gusi, dan melemahkan tulang berhampiran gigi anda.

Peringkat awal periodontitis boleh dirawat oleh doktor gigi.

Antara rawatan yang boleh dilakukan termasuklah membuang tartar dan bakteria, perancangan akar, dan pengambilan ubat antibiotik topikal atau oral. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan.

#3. Gigi geraham bongsu terjejas

cara hilangkan sakit gigi geraham

Gigi geraham bongsu yang terjejas boleh menyebabkan sakit berdenyut di belakang geraham kedua di bawah gusi anda. Ini berlaku apabila gigi geraham bongsu tidak dapat menembusi permukaan gusi.

Gigi geraham bongsu yang tidak dirawat boleh merosakkan mulut anda dan gigi lain yang berada di sekelilingnya.

Doktor gigi mungkin mengesyorkan anda untuk menanggalkan gigi geraham bongsu yang terjejas dengan pembedahan untuk mengurangkan kesakitan dan kemungkinan masalah pergigian yang lain.

#4. Cara hilangkan sakit gigi geraham akibat sensitiviti panas dan sejuk

Sensitiviti terhadap rasa sejuk dan panas berlaku apabila enamel gigi anda haus dan lapisan dalam gigi yang mengandungi saraf terdedah kepada makanan dan minuman.

Sensitiviti jenis ini boleh disebabkan oleh kerosakan gigi, gigi patah, tampalan lama, dan juga penyakit gusi.

Jika geraham anda berasa sensitif terhadap perubahan suhu ini untuk masa yang singkat sahaja, anda boleh mencuba ubat gigi yang dirumus khas untuk gigi sensitif.

#5. Kaviti, kerosakan gigi, dan pulpitis

Kaviti, juga dikenali sebagai pereputan gigi, boleh berlaku pada geraham anda disebabkan oleh kebersihan gigi yang tidak baik.

Manakala pulpitis pula berlaku disebabkan keradangan di dalam gigi anda yang disebabkan oleh kaviti.

Keradangan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan perlu dirawat sebelum ia merosakkan gigi atau mulut anda secara kekal.

Anda mungkin memerlukan rawatan tampalan, crown atau saluran akar untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kaviti.

cara hilangkan sakit gigi geraham

Pulpitis mungkin memerlukan rawatan cucian gigi, merawat jangkitan yang berlaku, dan menampal semula gigi yang berlubang. 

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui beberapa cara hilangkan sakit gigi geraham mengikut punca-puncanya.

Segeralah berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Abscessed Teeth. https://www.aae.org/patients/dental-symptoms/abscessed-teeth/. Diakses pada April 9, 2023.

Dental Growth and Development. https://www.aapd.org/globalassets/media/policies_guidelines/r_dentalgrowth.pdf. Diakses pada April 9, 2023.

Impacted wisdom teeth. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/wisdom-teeth/symptoms-causes/syc-20373808. Diakses pada April 9, 2023.

Toothache. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/mouth/toothache. Diakses pada April 9, 2023.

Sensitive Teeth. https://www.mouthhealthy.org/all-topics-a-z/sensitive-teeth/. Diakses pada April 9, 2023.

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Aksi Di Ranjang Syok Dengan Gigitan Cinta? Ini Cara Buat Lovebite Bikin Si Dia Ghairah

Mesti Jaga Gigi Anak Sejak Lahir! Ini 5 Tip Daripada Pakar Supaya Gigi Anak Kekal Sihat


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan