backup og meta

Bahaya Cabut Gigi Geraham Lebih Satu Batang Sehari? Sebelum Cabut, Ambil Tahu Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2023

    Bahaya Cabut Gigi Geraham Lebih Satu Batang Sehari? Sebelum Cabut, Ambil Tahu Dulu!

    Ada satu petua orang lama yang kata kita tidak boleh cabut gigi geraham lebih daripada satu batang dalam masa satu hari atau ia akan membawa bahaya. Adakah ia benar? Jom baca artikel untuk tahu tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    Geraham, gigi yang tumbuh di belakang

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah sangat penting untuk kita semua tahu tentang anatomi gigi manusia. Untuk pengetahuan anda, gigi yang pertama kali tumbuh dalam mulut ini dikenali dengan nama gigi susu.

    Gigi pertama ini akan tumbuh ketika usia bayi dan kanak-kanak yang merangkumi kira-kira 20 batang gigi – 10 di atas dan 10 di bawah. Sekitar usia 6 ke 7 tahun, gigi susu akan mula tertanggal dan terganti dengan gigi kekal.

    Ketika menginjak usia dewasa, terdapat lebih banyak ruang di dalam mulut untuk mengisi lebih banyak gigi. Kebanyakan orang dewasa dengan kondisi oral normal mempunyai sekitar 32 batang gigi kekal termasuk sekali gigi geraham.

    cabut gigi geraham

    Buat anda yang belum tahu, gigi geraham atau molar merupakan gigi yang tumbuh di belakang dan terbahagi 3. Ia memiliki rupa bentuk yang jauh lebih lebar, besar dan padu berbanding dengan gigi kekal yang biasa.

    Gigi geraham lazim tumbuh sehingga 12 batang namun bukan semuanya bakal kekal. Ada yang mungkin tertanggal secara sendiri atau terpaksa dicabut dan dibuang angkara faktor tertentu. Inilah yang buat orang ramai khuatir!

    Kenapa anda perlu cabut gigi geraham?

    Sebenarnya, terdapat beberapa sebab utama anda terpaksa cabut gigi molar meskipun ada yang tidak perlu dicabut atau anda tidak mahu, antaranya disebabkan:

    Segelintir remaja, belia atau orang dewasa juga mungkin terpaksa mencabut gigi geraham yang terakhir tumbuh yakni gigi bongsu akibat proses pertumbuhan gigi abnormal hingga memicu rasa sakit luar biasa.

    cabut gigi geraham

    Dalam usaha untuk cabut gigi molar, ada beberapa prosedur utama yang biasa dilakukan oleh doktor seperti berikut:

  • Pencabutan sederhana – Menggunakan ubat bius di kawasan sekitar gigi yang akan dicabut sahaja agar anda tidak rasa sakit ketika ia dibuang namun tetap rasa seperti ada sedikit tekanan.
  • Pembedahan kompleks – Menggunakan ubat bius secara total dan anda tidak akan sedar selama prosedur ini berjalan gara-gara masalah pada gusi atau gigi yang mungkin jauh lebih kritikal.
  • Pun begitu, ramai yang percaya akan bahaya cabut gigi geraham atas atau bawah lebih daripada satu batang dalam masa satu hari bukan? Sebenarnya, kepercayaan ini mungkin muncul atas faktor yang logik.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Hanya boleh cabut 1 batang 1 hari sahaja?

    Benarkah wujud bahaya cabut gigi geraham atas atau bawah jika lebih daripada 1 batang 1 hari? Hakikatnya, memang prosedur cabut gigi itu sendiri ada risiko di mana akan hadir gumpalan darah secara semula jadi.

    Gumpalan ini bakal terbentuk dan terlekat di atas lubang atau soket tempat gigi yang sudah dicabut. Ia bertujuan bagi melindungi kesan cabut gigi itu daripada berlaku pendarahan, infeksi atau iritasi yang berlebihan.

    Namun, kadangkala gumpalan itu akan terlepas atau terkeluar daripada tempat ia patut berada lantas mengakibatkan tulang yang ada di dalam gusi itu terdedah. Jika dibiarkan, risiko di atas boleh menjadi lebih teruk.

    cabut gigi geraham

    Inilah alasan utama kenapa ramai yang percaya kita tidak boleh cabut gigi geraham secara serentak ekoran risiko untuk gumpalan itu terjejas adalah lebih tinggi sekali gus melambatkan lagi proses pemulihan!

    Apa pula kata pakar tentangnya?

    Sebenarnya, kepercayaan ini mungkin tidak tepat kerana doktor gigi ada cara untuk membuat gumpalan itu kekal lebih lama atau terganti dengan yang baharu jika ia tercabut – teknik soket kering atau dry socket.

    Secara teknikalnya, tidak ada masalah untuk dua batang atau mungkin lebih gigi dicabut dalam masa satu hari jika kena pada cara dan individu yang menjalaninya. Namun, tidak mustahil juga untuk komplikasi lain muncul.

    Agar tidak wujud sebarang kesan semasa atau selepas cabut gigi geraham, pastikan anda telah dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor gigi sebelum prosedur. Pesanan paling penting, jangan cuba cabut sendiri pula ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan