backup og meta

Jangan Ambil Ringan, Malas Gosok Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Kronik Ini!

Jangan Ambil Ringan, Malas Gosok Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Kronik Ini!

Amalan penjagaan kesihatan gigi yang sihat adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian dan perlu diberi perhatian.

Ramai yang tidak sedar bahawa cara penjagaan gigi yang tidak rapi akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan komplikasi kehamilan.

Jangan terkejut juga jika pesakit kencing manis boleh mendapat periodontitis (penyakit gusi) dalam masa yang sama!

Persoalannya, adakah terdapat cara menjaga kebersihan gigi yang benar-benar berkesan untuk memastikan gigi anda sentiasa sihat dan cantik berseri?

Ikuti perkongsian menarik tentang cara penjagaan gigi yang betul dari Dr. Bennete Fernandes, Pensyarah Kanan di Fakulti Pergigian Universiti SEGI dan Ashley Leow, Pengurus Pemasaran Curaprox Malaysia, jenama produk penjagaan gigi dari negara Switzerland dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Cara penjagaan gigi yang paling asas menurut pakar

amalan penjagaan kesihatan gigi
Pengurus Pemasaran Curaprox Malaysia, Ashley Leow (kiri) menunjukkan rangkaian produk berus gigi jenama Curaprox di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul merupakan tanggungjawab kita semua kerana ia juga sama penting dengan kesihatan tubuh badan kita yang lain.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak tentang kepentingan penjagaan gigi, Hello Doktor telah mengadakan sesi temu ramah bersama Dr. Bennete dan Ashley Leow.

Menurut Dr. Bennete Fernandes, amalan penjagaan kesihatan gigi bermula dari usia kanak-kanak dan ia melibatkan langkah-langkah seperti pemeriksaan gigi secara berkala untuk melindungi gigi mereka daripada kerosakan.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak mematuhi rutin penjagaan gigi yang betul.

Amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul dan konsisten bukan sahaja dapat melindungi gigi dan gusi kita daripada pelbagai penyakit, malah ia juga dapat membuat kita tampil dengan penuh keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain.

Siapa sahaja yang tidak menginginkan gigi yang bersih, sihat dan berseri bukan?

Berikut adalah cara penjagaan gigi yang paling asas yang disyorkan oleh Dr. Bennete:

#1. Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari

Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit.

Apabila anda memberus gigi, letakkan berus gigi anda pada sudut 45 darjah ke arah gusi anda. Cara ini dapat membantu menyapu plak dan bakteria pada garis gusi anda.

Pastikan juga anda memberus semua permukaan gigi, termasuk bahagian belakang dan sisi gigi anda.

Amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul #2. Flos juga penting

Gigi tidak dapat dibersihkan dengan hanya memberus sahaja kerana terdapat juga plak yang terlekat di celahan gigi yang sukar dibersihkan. Untuk membersihkan kawasan ini, anda memerlukan flos gigi.

Berikut adalah teknik memflos gigi dengan betul dan selamat yang disarankan oleh Dr. Bennete:

  • Cuci tangan anda – Sentiasa mulakan dengan tangan yang bersih apabila memflos gigi anda. Membasuh tangan dengan bersih dapat mengurangkan risiko penyebaran kuman
  • Ukur dan potong panjang benang gigi dengan betul – Ukuran panjang flos yang biasa digunakan adalah kira-kira 30 cm
  • Gunakan teknik loop – Lilitkan flos yang cukup panjang dan luas untuk memuatkan empat jari anda
  • Flos setiap gigi dengan berhati-hati – Teruskan untuk membersihkan setiap gigi dengan benang gigi. Mulakan dengan salah satu gigi hadapan atau insisif anda dahulu. Gerakan berulang kali ke belakang dan ke depan di antara gigi akan dapat menyingkirkan kotoran di celahan gigi anda
  • Membersihkan plak gigi pada bahagian gusi – Flos dengan lembut di bawah garis gusi untuk mengeluarkan plak dan sisa bakteria yang tersembunyi. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi sekiranya anda mengalami kesakitan apabila sedang memflos gigi anda
  • Berkumur– Selepas memflos gigi, bilas mulut anda dengan air untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang terkumpul di dalam mulut

#3. Memberus lidah juga salah satu amalan penjagaan kesihatan gigi

Anda juga perlu memberus lidah setiap kali memberus gigi. Ini kerana, terdapat juga bakteria yang terkumpul di kawasan lidah anda.

Membersihkan lidah setiap kali memberus gigi dapat meningkatkan kesihatan gusi dan gigi anda. Malah, ia juga dapat mencegah masalah nafas berbau.

masalah mulut berbau
5 tip atasi mulut berbau waktu pagi.

#4. Ubat kumur antibakteria juga antara amalan penjagaan kesihatan gigi

Gunakan ubat kumur antibakteria setiap hari. Amalan penjagaan kesihatan gigi dengan menggunakan pencuci mulut antibakteria dapat membantu menyingkirkan plak dan membersihkan kawasan yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.

Pastikan anda memilih ubat kumur antibakteria yang bebas dengan formula alkohol untuk mengelakkan masalah mulut kering.

#5. Lakukan pemeriksaan dengan doktor gigi

Rutin pemeriksaan gigi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mulut anda.

Jangan tunggu sehingga anak anda mengalami kerosakan gigi untuk berjumpa dengan doktor, tetapi sebaliknya bawalah mereka untuk pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

Memilih berus gigi yang betul

jenis berus gigi
Berus gigi yang lembut adalah pilihan selamat.

Bagi kebanyakan individu, bulu berus yang lembut adalah pilihan yang lebih selamat kerana bulu yang kuat atau sederhana boleh mencederakan permukaan gigi dan perlahan-lahan menghakis lapisan enamel gigi anda.

Kini, terdapat pelbagai pilihan berus gigi yang dijual di pasaran seperti berus gigi manual dan berus gigi elektrik.

Curaprox ada mengeluarkan berus gigi yang sesuai buat individu yang memiliki gigi sensitif dan juga mengalami tanda-tanda hakisan pada gigi.

“Berus gigi Curaprox bukan sahaja direka cipta untuk golongan dewasa, malah kanak-kanak juga disyorkan untuk menggunakan berus gigi ini kerana ia memiliki tesktur bulu yang lembut dan halus.”

“Plak dan sisa-sisa makanan yang tersembunyi di celahan gigi juga dapat dibersihkan dengan mudah apabila anda menggunakan berus gigi yang terdiri daripada pelbagai saiz keluaran produk kami,” – Ashley Leow.

Kepentingan penjagaan gigi semenjak awal usia

Kesimpulan

Ingatlah bahawa amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul tidak boleh sesekali dipandang ringan walaupun ia mudah untuk dilakukan. Ini kerana, kesihatan gigi juga berkait rapat dengan kesihatan tubuh kita yang lain.

Sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk memastikan gigi anak anda kekal sihat sehingga mereka dewasa. Semoga cara penjagaan gigi yang dikongsikan di atas bermanfaat buat anda sekeluarga.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Oral Hygiene. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16914-oral-hygiene. Accessed on April 29, 2024.

Oral health: A window to your overall health. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/dental/art-20047475. Accessed on April 29, 2024.

Rethink Your Drink: Sugary Drinks & Oral Health. https://www.yolocountyhealthymouth.org/content/1026-sugary-drinks-amp-oral-health#:~:text=Sugar%2Dsweetened%20beverages%20have%20high,lead%20to%20serious%20health%20issues. Accessed on April 29, 2024.

Why Is Oral Health Important? Here are 4 Reasons. https://penndentalmedicine.org/blog/how-dental-health-affects-overall-health/. Accessed on April 29, 2024.

Keeping Your Child’s Teeth Healthy. https://kidshealth.org/en/parents/healthy.html. Accessed on April 29, 2024.

 

 

Versi Terbaru

03/05/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Tahan Bila Sakit Gigi? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!

Sakitnya Bila Ada Ulser Dalam Mulut, Cuba 6 Cara Ini Rawat 'Mata Ikan' Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 03/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan