backup og meta

Ibu Hamil Gemar Skip Ujian Minum Air Gula? Jangan Menyesal Dengan Kesan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    Ibu Hamil Gemar Skip Ujian Minum Air Gula? Jangan Menyesal Dengan Kesan Ini!

    Rasanya, semua orang tahu bahawa ada banyak ujian yang perlu dibuat ketika sedang hamil dan salah satu daripadanya adalah wanita perlu minum glukosa. Persoalannya kenapa kena minum air gula? Jom terus baca artikel dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Tentang ujian toleransi glukosa (GTT)…

    Untuk pengetahuan anda semua, ujian yang kami maksudkan di atas tadi adalah ujian toleransi glukosa atau mungkin lebih dikenali dengan nama singkatan GTT – glucose tolerance test.

    GTT adalah ujian yang mampu untuk membantu mengukur tahap glukosa di dalam tubuh badan individu dengan hanya memberi wanita hamil itu minum air gula sahaja.

    Prosedur pengukuran kadar gula dalam darah wanita hamil itu akan dilakukan dengan meneliti perbandingan pada waktu sebelum dan selepas sesi minum air gula tersebut.

    Kebiasaannya, doktor akan memberi tempoh masa sekitar 2 jam semasa menjalani GTT ini untuk melihat bagaimana tubuh badan mereka bertindak balas dengan glukosa.

    Dalam erti kata lebih mudah, ujian toleransi glukosa ini sangat penting untuk wanita yang sedang hamil itu peka dan peduli berapa banyak kadar gula dalam darah mereka.

    kenapa kena minum air gula

    Kenapa kena minum air gula?

    Ya, tidak lain tidak bukan ujian GTT atau kenapa kena minum air gula adalah bertujuan untuk mengesan dan mendiagnosis sama ada wujud risiko terjadinya kondisi diabetes ketika hamil bagi seorang wanita.

    Ramai ibu hamil yang akan melakukan ujian ini apabila kandungan berusia di antara 24 – 28 minggu, namun ada juga yang melakukannya seawal 16 minggu bergantung pada sejarah perubatan.

    Wanita diminta untuk minum air gula bagi melihat jika ada perubahan kadar glukosa sebelum dan selepas itu kerana kondisi diabetes gestasi tidak punya banyak gejala jelas.

    Kesannya, tubuh badan ibu hamil tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup buat diri dan bayi. Dipercayai bahawa ia adalah salah satu punca bayi lahir secara caesarean.

    Apa yang lebih menakutkan bagi ibu mengandung, wujud juga risiko di mana bayi mungkin boleh mati mengejut di dalam kandunganstillbirth!

    Siapa dan kenapa kena minum air gula?

    Sebenarnya, tujuan kenapa kena minum air gula dibuat adalah untuk mengetahui tahap kencing manis seseorang wanita yang sedang hamil itu namun tidak pula wujud sebarang alasan spesifik.

    Ini bermakna bahawa kondisi ini mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Pun begitu, masih ada sekelompok wanita yang perlu lebih peka dan waspada tentangnya.

    kenapa kena minum air gula

    Mereka yang mempunyai faktor risiko ada tahap kencing manis tinggi adalah daripada kategori berikut:

    • Obesiti (BMI lebih daripada 30)
    • Berusia 25 tahun dan ke atas
    • Ada sejarah kondisi kencing manis
    • Ada ahli keluarga menghidap diabetes
    • Pernah hamil bayi dengan saiz besar
    • Pernah mengalami keguguran janin
    • Pernah mengalami kematian janin

    Sekiranya anda mengalami salah satu, beberapa atau kesemua faktor risiko di atas, sila segera berjumpa doktor seawal usia kandungan 16 minggu kehamilan untuk buat ujian.

    Adakah anda boleh ‘skip’ ujian ini?

    Walaupun tidak semua, mungkin ada wanita yang tidak mahu untuk melakukan ujian minum air gula ketika hamil ini ekoran ingin elak daripada mengambil minuman yang tidak enak ini atau memang kurang sedar akan kepentingan prosedur ini!

    Hakikatnya, anda mungkin boleh terlepas daripada jadual untuk menjalani prosedur ini namun tidak mungkin boleh terlepas daripada risiko untuk menghidapi diabetes gestasi.

    Meskipun memang benar bahawa kondisi ini biasa datang dan pergi ketika kehamilan secara sendiri dan boleh hilang selepas kelahiran namun masih ada kes ia akan kekal.

    Ini bermakna anda masih ada risiko untuk terkena kencing manis selepas bersalin dan risiko itu bukan hanya untuk si ibu malah juga kepada si bayi yang tidak bersalah.

    kenapa kena minum air gula

    Selepas itu, apa yang wanita perlu buat?

    Jika ujian GTT mengesahkan bahawa anda negatif diabetes gestasi, maka wanita hamil mungkin boleh untuk meneruskan kehamilan dan kehidupan seharian seperti kebiasaan.

    Namun jika anda disahkan positif, maka anda mungkin perlu mengubah dan mengatur cara hidup agar kehamilan dan kehidupan anda selamat serta tidak timbul komplikasi.

    Antara tip penting untuk mengawal dan merawat diabetes gestasi adalah dengan 4 langkah ini:

    1. Menurunkan berat badan ketika sedang hamil.
    2. Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.
    3. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
    4. Melakukan senaman ringan sekitar 30 minit sehari.

    Jadi kini anda sudah tahu kenapa kena minum air gula, kan? Paling penting, sentiasa pantau kadar gula dalam darah anda di rumah untuk tahu tahap kencing manis gestasi. Jika sudah terlalu tinggi, jangan terlambat untuk jumpa doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan