Kebiasaannya, masalah yang lebih popular dengan nama mata ikan ini akan terjadi pada bibir atau gusi sahaja. Apa yang individu mungkin belum tahu adalah ia turut boleh terkena pada tempat lain termasuk ulser lidah. Apa punca sebenar di sebalik masalah oral ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Apa maksud kondisi ulser lidah?
Ulser adalah keadaan kesihatan di mana timbul tompok atau bintik berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan organ angkara luka terbuka yang gagal dirawat dengan kadar segera.
Di manakah ulser atau mata ikan ini selalu muncul di tubuh badan kita?
Ia lebih seringkali berlaku di sekitar ulser mulut, ulser bibir, ulser gusi dan kesemua bahagian ini mempunyai risiko untuk mengalami mata ikan. Namun, bibir dan gusi lebih berisiko tinggi berbanding yang lain.
Fokus kepada lidah, kondisi ini bukan sahaja menyakitkan bahkan menjejaskan kemampuan atau keselesaan anda dalam usaha berbicara, menelan air liur serta merasa makanan dan minuman.
Disebabkan itu, adalah amat penting bagi anda tahu apa punca sebenar di sebalik kondisi ulser lidah ini!
Apa punca kondisi ulser lidah?
Ramai yang mungkin sangka kondisi oral ini hanya satu perkara biasa dan boleh datang atau pergi dengan begitu sahaja.
Ya, kepercayaan ini ada benarnya tetapi turut wujud kesalahan pada tanggapan anda ini kerana persoalan berapa lama ulser sembuh itu mungkin bergantung kepada individu itu sendiri juga.
Ia biasa datang dan pergi tetapi kadangkala bukan perkara biasa. Berikut adalah punca ia berlaku:
#1. Kecederaan lidah yang tidak dirawat
Pertama, perkara ini adalah angkara kecederaan pada permukaan lidah yang tidak dirawat dengan cepat dan betul. Kecederaan itu mungkin terjadi akibat tergigit lidah, terhiris oleh benda tajam atau tabiat menggosok dan memflos bahagian oral yang kurang cermat.
Punca ulser lidah #2. Infeksi kuman
Lanjutan perkara di atas, luka terbuka tersebut boleh menjadi tempat pembiakan kuman bernama Candida albicans sekali gus memicu masalah ulser yang boleh membawa kesakitan dan ketidakselesaan.
Selain itu, ia juga akan menyebabkan komplikasi lain termasuk menghilangkan deria rasa individu.
Punca ulser lidah #3. Produk oral
Kadangkala, sesetengah produk oral yang anda pakai seperti ubat gigi, pencuci mulut atau pewangi mulut itu mungkin mengandungi bahan-bahan kimia sensitif contohnya sodium lauryl sulfate.
Akibat bahan kimia itu, ia boleh menghakis mukosa pada permukaan lidah lalu memicu ulser lidah.
#4. Individu kurang minum air kosong
Rasanya, ini adalah antara sebab yang paling diketahui dan ditakuti oleh ramai orang. Kekurangan minum air kosong boleh mengakibatkan seluruh anggota tubuh badan kita semua dehidrasi.
Kesan dehidrasi, ia akan menyebabkan tubuh badan menjadi kurang air lalu kering termasuk pada oral dan lidah. Ini turut merupakan antara punca utama lidah anda boleh terkena mata ikan.
Maka, pastikan anda minum air kosong pada kadar yang ideal untuk tubuh badan kekal terhidrasi.
#5. Gejala penyakit sistem imunisasi
Masalah ulser di bahagian ini juga mungkin boleh berlaku akibat penyakit berkaitan dengan sistem imunisasi manusia.
Ada penyakit tertentu yang akan menyebabkan sel-sel tubuh badan menyerang tisu mulut dan lidah lantas mengakibatkan masalah mata ikan.
#6. Simptom penyakit jangkitan kelamin
Wujud juga kemungkinan bahawa kemunculan mata ikan di lidah adalah petanda penyakit kelamin gara-gara seks oral!
Kondisi yang mempunyai simptom di mana ulser boleh muncul pada tubuh badan yang dijangkiti adalah seperti:
- sifilis
- herpes
- trikomoniasis
Sebab ulser lidah #7. Kanser lidah
Kewujudan tompok atau bintik pada lidah itu juga mungkin adalah antara indikator awal penyakit kanser lidah. Awalnya, ia kelihatan seperti ulser biasa tetapi boleh membesar dengan cepat.
Disebabkan individu tidak menyangka jika ia adalah petanda kanser, ramai yang cenderung untuk membiarkan sahaja tanpa mendapatkan ubatan atau rawatan lalu memicu ulser yang lebih besar.
Apa yang individu perlu buat dengannya?
Benar, mata ikan memang boleh datang dan pergi dengan begitu sahaja meskipun anda tidak langsung mengambil sebarang jenis tindakan yakni ubatan atau rawatan seperti mana yang sepatutnya.
Sekiranya ia adalah akibat perkara tidak berbahaya, mungkin anda masih selamat. Bayangkan pula jika ia merupakan indikator awal kanser? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
[embed-health-tool-bmi]