Mempunyai Gigi Sensitif? Ini Penyelesaiannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda mendapati anda tidak berupaya untuk menikmati secawan kopi panas atau ais krim kerana kesakitan gigi, anda mungkin menghidap masalah gigi sensitif. Masalah oral ini boleh menjadi sangat menjengkelkan. Berikut adalah antara punca gigi sensitif dan pilihan rawatan:

Kemungkinan punca gigi sensitif: 

  • Gigi mereput/terhakis
  • Penyakit gusi
  • Memberus gigi terlalu kuat
  • Makan makanan berasid terlalu banyak
  • Retakan gigi
  • Isian (fillings) yang telah terhakis
  • Geseran gigi

Dalam gigi yang normal, bahagian crown gigi dilindungi oleh lapisan enamel. Bahagian crown berada di bahagian atas garisan gusi. Bawah garisan gusi adalah sementum yang melindungi akar gigi. Dentin adalah struktur tengah gigi yang terletak di bawah enamel dan sementum. Apabila dentin ini tidak dilindungi oleh lapisan enamel dan sementum, anda akan merasa sakit atau nyilu ketika mengambil makanan panas atau sejuk.

Rawatan untuk gigi sensitif

Doktor gigi anda mungkin akan mencadangkan beberapa jenis rawatan bergantung kepada punca gigi sensitif anda:

  • Ubat gigi nyahsensitif. Ubat gigi ini membantu dengan cara menghalang transmisi sensasi daripada permukaan gigi, ke hujung saraf dan selalunya memerlukan pengunaan beberapa kali terlebih dahulu sebelum kesan nyahsensitif mula mengambil tempat.
  • Ubat gigi bergel fluorida. Produk seperti ini membantu menguatkan enamel dan mengurangkan transmisi sensasi.
  • Mengubah tabiat memberus anda. Sesetengah orang berpendapat bahawa memberus menggunakan berus yang lebih kasar dan kuat adalah lebih baik dalam usaha membuang plak pada gigi. Walau bagaimanapun, pendapat ini adalah salah kerana memberus gigi adalah sesuatu yang lebih kepada teknik berbanding daya. Justeru, menggunakan berus gigi yang lembut dengan teknik yang betul adalah lebih efektif dalam melindungi gigi anda.
  • Elakkan makanan berasid. Jika anda terasa sakit apabila mengambil makanan sejuk atau panas, ini bermakna anda perlu mengelakkan bukan makana tersebut sahaja, bahkan makanan berasid seperti lemon, cuka atau sos tomato yang berupaya untuk menghakis enamel anda.
  • Berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan nasihat. Bukan semua masalah gigi sensitif adalah sama. Justeru, perkara yang terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor gigi anda dan dapatkan pemeriksaan.
  • Jangan berush gigi anda sebaik sahaja lepas makan. Sesetengah makanan berupaya untuk melembutkan enamel. Tunggu sekurang-kurangnya sejam sebelum memberus gigi anda.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Klik artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 3 minit bacaan

    5 Punca Gigi Sensitif

    Adakah anda pernah mengalami “pembekuan otak” dengan hanya minum segelas air? Adakah ais krim hampir tidak boleh ditahan kerana sakit gigi? Secara keseluruhannya, kepekaan gigi boleh membawa kepada perasaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 31/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah gigi sensitif

    Gigi Selalu Ngilu? Buat Perkara Ini Untuk Kurangkannya, Confirm Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 4 minit bacaan
    sebab gigi ngilu

    Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    braces gigi

    MENGEJUTKAN! Pakai Braces Bukan Untuk Cantikkan Gigi, Sebaliknya Jadikan Gigi Rongak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan