backup og meta

Cara Berkesan Menangani Sakit Gigi Semasa Puasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/07/2023

    Cara Berkesan Menangani Sakit Gigi Semasa Puasa

    Berpuasa ketika sakit gigi memang sangat menjengkelkan. Jadi apakah cara mengurangkan sakit gigi semasa berpuasa ini?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini.

    Faktor sakit gigi semasa puasa

    Sakit gigi biasanya disebabkan oleh kerosakan gigi seperti gigi berlubang, bernanah akibat jangkitan, gigi retak, bengkak gusi, tumbuh gigi dan sebagainya.

    Kesannya, anda akan merasakan sakit gigi yang bervariasi, bermula dengan yang biasa-biasa hingga teruk.

    Simptomnya juga hilang dan muncul atau bahkan rasa sakit muncul secara terus menerus.  Ia boleh mengganggu puasa anda.

    Sakit gigi cenderung dialami semasa berpuasa, terutama bagi anda yang mempunyai gigi sensitif.

    Ini kerana, rongga mulut berada dalam keadaan lebih kering berbanding hari biasanya akibat aktiviti mengunyah yang berkurang selama berpuasa.

    cara mengurangkan sakit gigi

    Malah, akibat kekurang aktiviti mengunyah tersebut, pengeluaran air liur juga menjadi lebih sedikit sehingga tidak dapat melindungi gigi sensitif secara keseluruhan.

    Jika sakit gigi yang anda rasakan disebabkan gigi berlubang, sebaiknya segera berjumpa doktor gigi.

    Gigi berlubang tidak akan sembuh jika tidak mendapat rawatan di bahagian gigi tersebut, bahkan akan memburukkan keadaan gigi.

    Cara mengurangkan sakit gigi dengan mengambil ubat tahan sakit gigi memang boleh menghilangkan rasa sakit, namun hanya sementara sahaja. Setelah kesan ubatnya hilang, gigi tersebut akan sakit semula.

    Jadi, bagaimana jka anda berpuasa semasa sakit gigi? Jika makan/minum ubat, tentunya akan membatalkan puasa. Tapi jika tidak dirawat segera, anda akan tersiksa seharian.

    Baca juga:

    Cara mengurangkan sakit gigi semasa berpuasa 

    Jangan risau, ada beberapa cara boleh lakukan untuk meredakan sakit semasa puasa tanpa perlu menelan ubat sakit gigi, sambil menunggu waktu berjumpa doktor.

    1. Kumur air garam

    Sambil menunggu jadual pemeriksaan doktor gigi, salah satu cara terbaik untuk meredakan sakit gigi adalah dengan berkumur air suam yang sudah dicampurkan garam.

    Caranya, campurkan setengah sudu makan garam ke dalam segelas air suam, kemudian berkumur beberapa saat.

    Selain bersifat analgesik, berkumur dengan air garam juga mampu membersihkan gigi dari bakteria yang menimbulkan rasa sakit.

    cara mengurangkan sakit gigi

    2. Tuam dengan ais

    Ada cara mudah lain yang boleh anda lakukan, iaitu tuam dengan ais.

    Masukkan ais dalam plastik kecil, lalu dekatkan plastik tersebut pada pipi atau letakkan secara langsung di kawasan yang sakit selama 15 minit untuk mengebaskan saraf gigi.

    3. Minyak cengkih, antara cara mengurangkan sakit gigi

    Cengkih adalah ubat tradisional yang mempunyai sebatian kimia utama eugenol berfungsi sebagai anestetik semula jadi.

    Sebelum meletakkan minyak cengkih ke kawasan gigi yang bermasalah, pastikan anda sudah membersihkan kawasan gigi tersebut dengan cara memberus gigi.

    Kemudian, tuangkan dua titis minyak cengkih pada bola kapas dan letakkan pada gigi bermasalah sambil ditekan selama beberapa minit sehingga rasa sakitnya hilang.

    Anda boleh mendapatkan minyak cengkih ini di farmasi terdekat, jika tidak ada, gunakan serbuk cengkih atau cengkih dan letakkan pada gigi yang sakit.

    4. Kumur dengan cairan hydrogen peroxide

    cara mengurangkan sakit gigi

    Hydrogen peroxide adalah ubat antiseptik ringan yang boleh digunakan di kulit dan ubat pencuci mulut.

    Campurkan cecair hydrogen peroxide dengan air lalu kumur dalam mulut selama 1 minit. Kemudian buang dan bilas dengan air putih.

    Penting: pastikan anda mencampurkan cecair hydrogen peroxide dengan air, ini kerana cecair hydrogen peroxide akan melukakan mulut dan gusi jika tidak dicampurkan dengan air.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan