Proses pertumbuhan gigi bongsu biasanya melibatkan rasa sakit sekali gus menyebabkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi apakah rawatan sakit gigi berdenyut yang sesuai untuk mengatasi kesakitan geraham ini?
Proses pertumbuhan gigi bongsu biasanya melibatkan rasa sakit sekali gus menyebabkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi apakah rawatan sakit gigi berdenyut yang sesuai untuk mengatasi kesakitan geraham ini?

Ikuti artikel ini untuk pilihan rawatan yang mungkin dapat membantu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.
Jika kesakitan ini disebabkan bengkak, anda boleh menggunakan ais untuk membantu melegakannya. Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.
Kajian menunjukkan bunga cengkih membantu melegakan kesakitan gigi. Anda boleh menggunakan bunga cengkih itu sendiri atau minyak yang dihasilkan dari bunga cengkih.
Jika menggunakan bunga cengkih, kepitkannya di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan.
Bagi yang memilih menggunakan minyak bunga cengkih, letakkan beberapa titis minyak ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.

Sesuai digunakan untuk memberikan kelegaan dan mengurangan kerengsaan pada bahagian yang sakit. Ia turut membantu merawat gusi yang terluka ketika proses gigi tumbuh. Anda boleh meletakkan gel aloe vera pada belakang mulut.
Jika anda mengalami gusi bengkak, anda boleh gunakan uncang teh. Ia sesuai digunakan kerana sifatnya yang anti-radang yang terkandung dalam asid tannic.
Cara yang untuk menggunakan kaedah ini adalah dengan membancuh secawan teh dan sejukkan ia ke dalam peti sejuk, bersama uncang teh yang dibiarkan di dalam cawan tersebut. Apabila air itu menjadi sejuk, ambil uncang teh dan letakkan di dalam mulut, di atas gusi yang bengkak.
Daun jambu batu sangat berkesan untuk merawat kesakitan anda. Ia mengandungi anti-spasm, bersifat antibakteria dan membasmi kuman.
Ambil sehelai daun jambu dan kunyahkan secara perlahan-lahan di dalam mulut. Air yang keluar dari daun itu akan memberi kesan dalam beberapa minit. Cara lain, anda boleh ambil 5-7 helai daun dan rebuskan dalam periuk selama 5 minit. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk berkumur.
Ia bukan sahaja membantu merawat bengkak, tetapi serbuk penaik juga boleh melegakan kesakitan. Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit.
Dikenali antara ubat penahan sakit yang baik. Ia bersifat anestetik yang akan mengurangkan kesakitan dan menghapuskan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan jangkitan, malah ia mempunyai aroma segar semulajadi.
Jika anda ingin menggunakan ekstrak daun pudina, titiskannya pada kapas dan letakkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama beberapa minit.

Timun juga boleh membantu melegakan kesakitan, cuma ia tidak memiliki fungsi anti-jangkitan. Basuh timun dan letakkan di dalam peti ais, apabila ia sejuk, potong ia dan letakkan pada bahagian yang sakit.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengelakkan kesakitan gigi anda menjadi bertambah teruk:
Semoga petua dikongsikan ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang dialami.
Jika semakin teruk, berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
28/10/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa