Adakah semua orang akan tumbuh gigi bongsu?
Hakikatnya, tidak semua orang menyedari kewujudan gigi bongsu ini, kerana hanya beberapa orang yang berasa sakit sewaktu tumbuh gigi bongsu. Gangguan kemunculan gigi (impacted tooth) sebenarnya boleh terjadi juga pada gigi-gigi lain, namun paling kerap berlaku pada gigi bongsu. Beberapa kajian bahkan mendapati bahawa 9 daripada 10 orang mengalami gigi bongsu terimpak.
Umumnya, pada usia tersebut, pertumbuhan rahang telah selesai, sehingga tiada ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu. Akibatnya pertumbuhan gigi bongsu kurang sempurna, disamping kedudukan atau arah yang salah. Keadaan inilah yang kemudiannya menyebabkan timbul rasa sakit sewaktu munculnya gigi bongsu.
Jika gigi bongsu tumbuh secara normal ke dalam rongga mulut tanpa halangan atau benih gigi terbentuk dalam posisi yang baik serta lengkung rahang cukup untuk menampung gigi bongsu, gigi bongsu sebenarnya sangat membantu dan tidak akan menimbulkan rasa sakit sama sekali. Terutamanya untuk mengoyak dan mengunyah makanan yang keras.
Bagaimana cara mencegah rasa sakit sewaktu gigi bongsu muncul?
Anda boleh mengenal pasti dahulu keberadaan gigi bongsu anda dengan merujuk kepada doktor gigi sebelum waktu kemunculannya. Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan berkala untuk menilai kedudukan dan pertumbuhan gigi bongsu anda sehingga tindakan segera boleh dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.
Hal ini dapat dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit yang akan dirasakan bila gigi bongsu anda didapati harus dicabut beberapa tahun setelahnya. Mencabut gigi lebih mudah dilakukan pada usia remaja berbanding setelah dewasa. Tambahan pula, masa penyembuhan sewaktu dewasa lebih lama berbanding sewaktu masih remaja.
Faktor yang mempengaruhi kemunculan gigi bongsu
Gigi bongsu terdapat 4 batang, kesemuanya terletak pada bahagian kanan, kiri, atas dan bawah rongga mulut bahagian belakang. Namun, dianggarkan terdapat sekitar 25% manusia yang memiliki gigi bongsu kurang daripada 4 batang. Hal ini boleh terjadi kerana gigi bongsu ke-4 mengalami gangguan pada kemunculannya yang mungkin disebabkan oleh: