Mengamati muzik dan bait setiap lagu kegemaran sudah pasti menenangkan jiwa.
Walaupun terdapat sesetengah orang mengatakan muzik adalah sesuatu yang melalaikan, namun disebalik hobi anda itu secara tidak langsung ia boleh mempengaruhi otak untuk meredakan ketegangan.
Terapi muzik (MT), yang juga dikenali sebagai jenis aktif atau jenis pasif dalam banyak kajian, telah meningkatkan kedua-dua kawalan motor dan fungsi emosi pada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan.
Dengan terapi pasif, ahli terapi memainkan muzik menenangkan dan mengalakkan pesakit untuk memvisualisasikan imej ketenangan dan merenungkan monolog dalaman, perasaan dan deria mereka.
Dalam sesi terapi aktif, ahli terapi dan pesakit bekerjasama menggunakan instrumen muzik serta suara mereka dan kadang-kadang tubuh badan (seperti menari atau meregang) untuk memperoleh manfaat muzik.
Kelebihan terapi muzik
#1. Manfaat muzik membantu simptom autism
Kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap autism akan mengalami kesukaran menyampaikan emosi dan empati kepada orang lain dan pelbagai simptom lain yang melemahkan.
Tetapi terapi muzik boleh membantu mereka mengurangkan tekanan dalaman dan halangan untuk berinteraksi.
#2. Ia mengurangkan kebimbangan dan stres
Mendengar muzik secara semulajadi melegakan tekanan, dan apabila dilakukan dalam persekitaran sesi terapi yang terkawal, ia boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan dan membantu seseorang mengawal mood dengan lebih baik.
#3. Ia menggalakkan perkembangan janin
Ibu hamil akan sering memainkan muzik untuk bayi dan ia satu tindakan yang baik.
Penyelidikan menunjukkan bahawa memainkan muzik yang diarahkan pada rahim semasa kehamilan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih responsif terhadap muzik selepas lahir.
Menariknya, muzik juga boleh mempengaruhi perilaku positif neonatal.
Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan dan mengimbangi hormon ibu.
#4. Ia menyihatkan jantung
Percaya atau tidak, apabila anda mendengar muzik, tubuh akan bertindak balas tanpa anda sedari.
Muzik boleh mempengaruhi kadar jantung dan membantu meningkatkan tahap tekanan darah.
Ini kerana muzik mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan dan kebimbangan, yang secara langsung menurunkan tekanan darah.
#5. Manfaat muzik membantu pesakit depresi
Sebelum memilih ubat-ubatan, terdapat pelbagai cara semulajadi untuk meningkatkan mood dalam jangka panjang seperti bersenam dan meditasi (menenangkan diri).
Apabila anda mula bekerja, perkara luar biasa mula berlaku terhadap tubuh dan minda anda.
Oleh itu, penyelidik mendapati terapi muzik boleh membantu, bukan sahaja meningkatkan mood depresi tetapi mengawal kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah.