backup og meta

MENGEJUTKAN, Ini Punca Sebenar Golongan Pekerja Ambil Banyak Cuti Sakit!

MENGEJUTKAN, Ini Punca Sebenar Golongan Pekerja Ambil Banyak Cuti Sakit!

Tidak dinafikan, dunia kerjaya memang mencabar. Disebabkan itu, bermacam-macam alasan yang akan dibuat semata-mata bagi mendapatkan cuti sakit untuk tidak hadir ke tempat kerja. Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat satu faktor utama golongan pekerja mengambil cuti sakit lebih banyak iaitu kesan kesunyian di pejabat?

Kedengaran agak pelik bukan? Namun, itulah hakikatnya.

Mari sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenai kesunyian dalam kalangan pekerja!

Kesunyian dalam kalangan pekerja

golongan pekerja

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Cigna’s 2020 Loneliness Index, kira-kira 1 daripada 3 golongan pekerja di Amerika Syarikat didapati mengalami kesunyian semasa di tempat kerja.

Dari segi peratusan, dianggarkan lebih kurang 61% golongan pekerja di sana cenderung untuk berasa sunyi di pejabat ekoran dari kurangnya interaksi sesama rakan sekerja.

Dalam pada itu, seramai 39% dari golongan pekerja yang dikaji turut menyatakan bahawa mereka terpaksa menyorokkan perwatakan yang sebenar ketika berada di tempat kerja.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan peningkatan sebanyak 7% dari tahun kajian sama yang dijalankan pada 2018. Apa puncanya?

“Kesunyian adalah satu perasaan normal yang pasti akan dirasai oleh setiap individu ketika tiba satu saat dalam hidup mereka.

Ia juga adalah perasaan yang individu akan dapat sekiranya keinginan untuk berinteraksi dengan individu yang lain tidak dapat direalisasikan’, jelas Dr Doug Nemecek yang merupakan Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Tingkahlaku Cigna Global.

Bagaimana kesunyian memberi kesan kepada golongan pekerja?

kesunyian

Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat insurans kesihatan tersebut, kesan kesunyian kepada golongan pekerja adalah ia akan meningkatkan jumlah cuti sakit yang diambil dalam masa setahun.

Kenapa?

Ini terjadi disebabkan perasaan golongan pekerja yang berasa keseorangan ekoran tiada komunikasi yang banyak serta sihat ketika sedang menabur bakti di pejabat.

Akibatnya, kesunyian yang dialami ini seterusnya dikatakan boleh dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan yang boleh dialami sekiranya ia berterusan, termasuklah:

Jadi, mungkin inilah punca mengapa golongan pekerja yang mengambil cuti sakit lebih banyak!

Apa yang golongan pekerja perlu lakukan?

kesunyian

Sekiranya anda adalah salah seorang golongan pekerja yang mengalami kesunyian, jangan berdiam diri sahaja dan menyerah kalah!

Ini yang anda perlu lakukan untuk memeranginya:

#1. Sedarilah kesunyian itu adalah perasaan, bukan kenyataan

Setiap kali berasa kesunyian atau seperti dipinggirkan, anda mesti sedar ia adalah perasaan semata-mata dan bukan kenyataan yang sebenar.

Jadi, sila tolak segala anasir negatif dalam fikiran anda.

Tanam dalam diri, persekitaran anda sebenarnya boleh diubah, namun segalanya perlu bermula dari diri anda sendiri.

#2. Bertemanlah dengan individu yang juga alami kesunyian seperti anda

Hakikatnya, agak mustahil untuk anda seorang sahaja yang mengalami kesunyian ini.

Cuba perhatikan di pejabat, kemungkinan besar untuk anda berjumpa orang yang senasib dengan anda adalah agak tinggi.

Jadi, bertemanlah dengan mereka. Ajaklah mereka untuk berbual, berseloroh, makan tengah hari atau minum petang bersama.

Pendek kata, jadikanlah mereka sebagai ‘best buddy’ anda di tempat kerja.

#3. Tonjolkan diri anda di hadapan rakan sekerja

Anda tidak perlu jadi pelawak yang sentiasa membuat jenaka untuk membuat orang lain ketawa di pejabat.

Sebaliknya, hadir dan muncul di setiap perjumpaan sudah mencukupi.

Sebagai contoh, jika ada jamuan, kenduri atau ‘potluck’ di tempat kerja, sertailah mereka.

Jangan sesekali beri alasan anda tidak boleh turut serta kerana terlalu malu untuk berdepan dengan khalayak ramai.

#4. Fokus kepada individu lain, bukan anda seorang sahaja

Dalam hidup ini, jangan sesekali beranggapan bahawa anda seorang sahaja yang wujud dan mempunyai masalah peribadi.

Ketahuilah rakan sekerja lain juga mungkin senasib dengan anda.

Jadi, sila fokus kepada kebajikan dan kebaikan individu lain juga.

Dengan menggembirakan orang di sekeliling, sudah pasti anda juga akan mampu mencapai kegembiraan dan membuang kesunyian.

#5. Jangan pernah putus asa, pasti ada jalannya

Sekiranya percubaan anda untuk merapatkan diri dengan seseorang itu gagal, jangan putus asa.

Mungkin memang benar anda dan individu itu tidak sesuai untuk bersahabat.

Maka, cuba lagi. Di pejabat anda pasti mempunyai ramai insan yang sebenarnya juga bersedia untuk berkawan dengan anda, cuma tidak berani memulakan langkah sahaja.

Golongan pekerja, jangan ambil mudah isu kesunyian

Kesimpulannya, kesunyian adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan golongan pekerja mengambil cuti sakit. Ini kerana ia boleh jadi punca kepada pelbagai kesakitan fizikal yang lain juga.

Ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang tidak sihat. Ia mungkin menyebabkan pelbagai kesan negatif lain sekiranya anda masih gagal memecahkan buih kesunyian ini.

Jadi, sila ubah cara pemikiran atau pergaulan anda di pejabat. Mungkin dengan cara ini lebih ramai individu akan berasa selesa dengan anda?

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthline.com/health-news/loneliness-in-the-workplace
  2. https://psychcentral.com/blog/10-more-ideas-to-help-with-loneliness/

Versi Terbaru

01/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan