home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kesunyian: Satu Epidemik?

Kesunyian: Satu Epidemik?

Kesunyian kronik merupakan satu kebimbangan kesihatan tidak mengira generasi, dengan menyaksikan 40 peratus golongan muda di bawah usia 25 tahun dilaporkan mengalami kesunyian. Apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat bagi menangani penyebab dan impak kesunyian?

Tonton video berikut bagi memahami isu kesunyian dalam masyarakat global:


Panel perbincangan topik ini di Forum Ekonomi Dunia 2019, membariskan:

Varun Venugopal Gupta, Pengarah, Pertumbuhan Mampan di Mindful Life Mindful Work, India; Kim Samuel, Pengerusi dan Presiden, Samuel Family Foundation dan Pengarah, Samuel Group, Kanada; Laurie Santos, Professor Psikologi dan Ketua, Silliman College, Yale University, Amerika Syarikat; Edward Whiting, Ketua Kakitangan, Wellcome Trust; Belinda Parmar, CEO, The Empathy Business dan Ronald Dahl, University of California, Pengarah di Institute of Human Development, Berkeley selaku moderator.

Berikut merupakan petikan menarik dan penting sesi panel tersebut:

Laurie Santos berhujah mengapa seseorang merasa sunyi adalah kerana gagal menyedari bahawa perbualan ringan boleh membuatkan mereka rasa lebih gembira.

Kim Samuel menerangkan mengenai sesebuah kumpulan manusia akan berasa sunyi kerana sifat mereka yang berbeza berbanding orang lain. Beliau memberi contoh pelarian awal di Amerika Syarikat yang terdiri daripada warga tua.


Manakala Belinda Parmar berkata masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh golongan muda tidak diajar untuk memproses emosi kesunyian mereka.

Varun Venugopal Gupta menambah manakala golongan lelaki pula tidak digalakkan untuk bercerita mengenai kesunyian mereka.

Santos menyuarakan pandangan mengenai penafian di minda, jika kita mengakui kelemahan dan kekurangan dalam diri, akan mengakibatkan keadaan yang lebih teruk. Jika kita terus memberi gambaran sedemikian, ini menyebabkan kita sukar untuk bergaul dan membina perhubungan yang bermakna dengan orang di sekeliling kita.

Parmar turut mengutarakan persoalan sama ada teknologi dan media sosial menggalakkan lagi perasaan kesunyian.

Edward Whiting membangkitkan isu mengenai media sosial dan majalah lebih berpengaruh daripada imej-sendiri yang terpancar di cermin, dan boleh jadi sangat mengasingkan kepada empunya badan yang mengalami kesunyian.

Santos berkata kita amat memerlukan data kesihatan awam dan sosiologikal bagi mengekang kesunyian merentas demografik.

Samuel pula menekankan nilai pentingnya pengukuran impak kebersamaan dan pengecualian serta kos kewangan yang diperlukan bagi menangani masalah kesunyian.

Beliau juga menyatakan perkaitan di antara ketagihan dan pengasingan, serta menerangkan mengenai sebuah kajian yang mengenalpasti pengasingan berlaku terlebih dahulu berbanding penyalahgunaan bahan terlarang.

Anda boleh mengikut perbincangan penuh dengan menonton video di bawah:

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Disemak pada 24/01/2019
x