backup og meta

Bukan Mereka Tidak Suka Bersosial, Tetapi Inilah 5 Ciri Unik Individu Yang Introvert!

Bukan Mereka Tidak Suka Bersosial, Tetapi Inilah 5 Ciri Unik Individu Yang Introvert!

Introvert maksud apa? Mereka yang introvert ini sering disalah anggap sebagai mereka yang kurang bersosial, sombong atau tidak gemar bersama orang lain. Sebenarnya golongan ini tidak sama dengan ciri ciri introvert yang kita sangka ya? Ini ciri ciri introvert sebenar yang anda kena tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Ini maksud introvert

Walaupun ramai yang mungkin pernah dengar tentang introvert, namun apa maksudnya?

Introvert ialah seseorang dengan jenis personaliti yang dikenali sebagai introversi, yang bermaksud bahawa mereka berasa lebih selesa memfokuskan kepada pemikiran dan idea dalaman mereka, berbanding apa yang berlaku secara luaran.

Mereka gemar meluangkan masa dengan hanya satu atau dua orang sahaja, berbanding secara berkumpulan atau beramai-ramai.

Apabila anda mendengar fakta introvert, anda mungkin terfikir tentang seseorang yang pemalu atau pendiam dan lebih suka menyendiri.

simptom anxiety
Simptom anxiety yang kita terlepas pandang.

Walaupun ciri ciri introvert ini mungkin benar bagi sesetengah individu introvert, namun terdapat lebih banyak lagi jenis personaliti ini.

Sama ada anda seorang introvert atau ekstrovert semuanya bergantung kepada cara anda mentafsirkan dunia di sekeliling anda.

Ciri ciri introvert yang anda kena tahu

Berikut adalah antara ciri ciri introvert yang boleh berlaku kepada anda atau rakan-rakan di sekeliling anda.

#1. Suka menyendiri

Sebagai seorang introvert, masa yang baik adalah masa untuk menikmati hobi dan minat secara bersendirian.

Aktiviti seperti membaca buku, berjalan-jalan atau menonton program televisyen kegemaran membantu anda berasa lebih segar dan bertenaga.

Tetapi, ini tidak bermakna introvert mahu bersendirian sepanjang masa.

Ramai golongan introvert suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan orang yang dikenali dalam situasi sosial.

Akan tetapi, seorang introvert mungkin ingin kembali pergi ke tempat yang sunyi untuk berfikir, merenung dan mengecas kembali tubuh dan pemikiran mereka.

#2. Mempunyai sekumpulan kecil rakan rapat

ciri ciri introvert
Kelakuan umum orang introvert.

Salah anggap umum tentang golongan introvert yang paling biasa ialah mereka tidak suka berada dengan orang lain.

Walaupun introvert biasanya tidak suka bersosial, namun mereka gemar mempunyai sekumpulan kecil kawan atau rakan yang benar-benar rapat dengan mereka.

Golongan introvert tidak mempunyai kumpulan sosial yang besar dengan individu yang hanya dikenali dalam waktu singkat. Mereka lebih gemar berada dalam perhubungan yang panjang dan lebih mendalam. 

#3. Ciri ciri introvert: Kesedaran diri yang lebih tinggi

Jika anda rasa anda sangat mengetahui atau memahami diri, motivasi dan juga perasaan diri, anda mungkin seorang yang introvert.

Introvert cenderung untuk memikirkan dan memeriksa sesuatu dalam fikiran mereka sendiri.

Kesedaran diri dan pemahaman diri adalah penting bagi golongan introvert.

Oleh sebab itu, mereka sering menumpukan banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri. Jadi jangan pelik mengapa mereka lebih suka menyendiri

#4. Ciri ciri introvert: Gemar mempelajari sesuatu menerusi pemerhatian

Introvert biasanya lebih suka belajar melalui pemerhatian.

Walaupun ekstrovert gemar belajar melalui percubaan dan kesilapan, namun introvert lebih suka memerhati sebelum mencuba sesuatu yang baharu.

Introvert suka melihat orang lain melakukan sesuatu secara berulang kali, sehingga mereka merasakan bahawa mereka boleh meniru tindakan itu sendiri.

Apabila introvert belajar daripada pengalaman peribadi, mereka lebih suka berlatih di tempat privasi di mana mereka boleh membina kemahiran dan kebolehan mereka tanpa perlu melakukannya di hadapan orang lain.

ciri ciri introvert
Orang introvert biasanya suka menyendiri.

#5. Orang lain agak sukar untuk mengenali anda

Antara ciri ciri introvert lain ialah mereka sering digambarkan sebagai seorang yang:

  • pendiam
  • lembut
  • kadangkala disalah anggap sebagai pemalu

Walaupun sesetengah introvert sememangnya pemalu, namun kita tidak sepatutnya menganggap bahawa kesemua mereka adalah bersifat pemalu.

Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti seperti ini lebih suka memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan tidak membuang masa atau tenaga untuk berbual-bual tentang perkara yang tidak perlu.

Jika anda seorang yang pendiam dan agak pemalu, ia sudah tentu salah satu penyebab introvert.

Kesimpulan

Walaupun kedengaran seperti kurang bersosial, tetapi personaliti introvert inilah yang menjadikan diri mereka unik dan lebih berhati-hati dalam setiap perkara berbanding mereka yang ekstrovert.

Malah, mereka boleh dikatakan mempunyai kesedaran, wawasan dan persepsi yang lebih kuat dan mendalam berbanding ekstrovert. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Introvert and Extrovert Personality Traits. https://www.simplypsychology.org/introvert-extrovert.html. Accessed on January 26, 2023.
  2. Introversion & Introverts Definition. https://www.introverts.org/. Accessed on January 26, 2023.
  3. 10 Quality Traits All Introverts Have, Even If They Don’t Know It. https://www.lifehack.org/articles/communication/10-quality-traits-all-introverts-have-even-they-dont-know-2.html. Accessed on January 26, 2023.
  4. Extraversion or Introversion. https://www.myersbriggs.org/my-mbti-personality-type/mbti-basics/extraversion-or-introversion.htm. Accessed on January 26, 2023.
  5. Introversion. https://www.goodtherapy.org/blog/psychpedia/introversion. Accessed on January 26, 2023.

Versi Terbaru

22/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Parfum, EDP, EDT... Ini Jenis-jenis Minyak Wangi & Kaitannya Dengan Mental Kita!

Anak Merengek Nak Kasut Roda? Jangan Halang, Ia Baik Untuk Fizikal Dan Mental Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan