backup og meta

Parfum, EDP, EDT... Ini Jenis-jenis Minyak Wangi & Kaitannya Dengan Mental Kita!

Parfum, EDP, EDT... Ini Jenis-jenis Minyak Wangi & Kaitannya Dengan Mental Kita!

Nak shopping perfume, tetapi tak kenal minyak wangi? Tahukah anda, ada banyak jenis minyak wangi yang dijual di pasaran? Kalau tak kenal, bazir duit nanti!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai jenis minyak wangi yang tahan lama dan minyak wangi mana yang murah tetapi baunya hanya kekal selama 1-2 jam sahaja. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Jenis minyak wangi

Di pasaran, ada banyak jenis minyak wangi yang berbeza.

Namun, bagaimana untuk bezakan minyak wangi mana yang tahan lama dan yang hanya bertahan selama 2-3 jam sahaja?

Di bawah, kami senaraikan 5 minyak wangi untuk pengetahuan anda.

Selepas ini, bolehlah berbelanja dengan bijak!

1. Perfume/parfum

jenis minyak wangi

Parfum merupakan minyak wangi tahan lama yang mempunyai konsentrasi ekstrak paling tinggi – sekitar 20 -30% dalam satu-satu wangian.

Selalunya, minyak wangi jenis ini adalah yang paling mahal disebabkan kandungan pati yang tinggi. Wangian yang dihasilkan oleh perfume boleh bertahan sehingga 24 jam.

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda digalakkan untuk memakai parfum. Ia tidak mengandungi alkohol yang tinggi berbanding minyak wangi jenis lain.

2. Eau de Perfume / Eau de Parfum

Eau de Parfum pula mempunyai konsentrasi minyak pati yang lebih rendah berbanding perfume. Selalunya, dalam sebotol Eau de Parfum, ada sekitar 15-20% ekstrak minyak wangi.

Selain itu, harganya tidak semahal parfum. Kandungan alkohol dan air dalam Eau de Parfum juga lebih tinggi berbanding parfum, namun ia masih mempunyai konsentrasi pewangi yang tinggi.

Eau de Parfum boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam.

Walaupun Eau de Parfum mempunyai kandungan alkohol yang tinggi sedikit, ia masih disyorkan untuk individu yang mempunyai kulit sensitif.

3. Eau de Toilette

Eau de Toilette merupakan antara wangian yang paling popular. Harganya juga lebih mampu milik. Namun, ramai yang keliru antara Eau de Toilette dan juga Eau de Parfum.

Berbanding Eau de Parfum, Eau de Toilette mempunyai formulasi yang lebih ringan. Ia juga dijual dalam botol semburan.

Baunya boleh bertahan selama 2-4 jam. Konsentrasi minyak wanginya pula adalah di antara 5 hingga 15%.

Eau de Toilette mempunyai alkohol yang tinggi. Oleh sebab itu, baunya lebih mudah tersebar dan lebih kuat daripada minyak wangi lain.

Baca juga:

Jenis minyak wangi 4: Eau de Cologne

jenis minyak wangi

Eau de Cologne merupakan wangian dengan konsentrasi minyak wangi yang paling rendah. Kandungan ekstrak wangiannya adalah sekitar 2-4%.

Formulasi Eau de Cologne selalunya berbau lebih maskulin, namun ada juga cologne yang mempunyai bau yang lebih feminin.

Eau de Cologne dijual dalam botol semburan yang besar.

Disebabkan baunya yang tidak tahan lama, anda mungkin perlu mengaplikasikannya berkali-kali. Harganya juga lebih murah berbanding wangian yang disebutkan di atas.

Jenis minyak wangi 5: Eau Fraiche

Eau Fraiche merupakan wangian yang mempunyai konsentrasi air paling tinggi. Hanya ada sekitar 1-3% sahaja ekstrak wangian dalam sebotol Eau Fraiche.

Minyak wangi jenis ini hanya dapat bertahan selama 1 jam. Oleh sebab itu, ia selalunya digunakan untuk menyegarkan diri.

Fakta menarik:

Seni membuat wangian berasal daripada peradaban di Lembah Indus, Mesir dan Mesopotamia. Taputti merupakan ahli kimia pertama yang menghasilkan wangian.
Namanya juga dicatatkan pada sebuah tablet yang berusia lebih kurang 2,000 tahun SM di Mesopotamia!

Kebaikan menggunakan minyak wangi

jenis minyak wangi

Siapa sangka, ada banyak kebaikan menggunakan minyak wangi.

Selain membuatkan kita mempunyai bau yang menyenangkan, minyak wangi juga mempunyai kelebihan lain terutamanya dari segi mental.

Antaranya:

1. Meningkatkan keyakinan diri

Pemakaian minyak wangi boleh memastikan anda berbau segar sepanjang hari. Ia juga boleh membuatkan mood anda menjadi lebih baik.

Selain itu, minyak wangi yang sesuai juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Manakan tidak, kalau kita berbau wangi, sudah tentulah keyakinan diri kita akan meningkat!

2. Membuatkan anda nampak lebih menarik

Bau merupakan antara deria utama manusia. Kadangkala, kita boleh tertarik kepada orang lain hanya disebabkan bau mereka yang wangi dan menyenangkan.

Pakai wangian yang hangat dan menyegarkan seperti patchouli, mawar, vanila, cedarwood, bergamot, atau sandalwood. Wangian jenis ini berbau lembut dan lebih menarik.

3. Mungkin dapat meningkatkan kesihatan mental

Buat masa ini, masih belum ada bukti kukuh yang menandakan minyak wangi boleh meningkatkan kesihatan diri.

Namun, minyak wangi mungkin boleh mendatangkan sensitiviti kepada sesetengah orang. Ada juga yang alami alahan minyak wangi.

Walau bagaimanapun, minyak wangi mungkin dapat membuatkan mood anda jadi lebih baik. Ia juga dapat mengurangkan stres dan juga masalah yang berkait dengan kegelisahan.

Kami berharap dengan perkongsian kali ini, anda dapat bezakan jenis minyak wangi tahan lama dan tidak. Moga berjaya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fragrance Chemicals. https://noharm-uscanada.org/issues/us-canada/fragrance-chemicals. Accessed on January 3, 2023.
  2. Fragrances in Cosmetics. https://www.fda.gov/cosmetics/cosmetic-ingredients/fragrances-cosmetics. Accessed on January 3, 2023.
  3. How is the general public exposed to fragrance allergens? https://ec.europa.eu/health/scientific_committees/opinions_layman/perfume-allergies/en/l-3/5-exposure-public.htm. Accessed on January 3, 2023.
  4. Perfume stinks: how fragrances can affect your health. https://www.healthdirect.gov.au/blog/perfume-stinks-how-fragrances-can-affect-health. Accessed on January 3, 2023.
  5. What do we mean by “scents”? https://www.lung.ca/lung-health/scents. Accessed on January 3, 2023.

Versi Terbaru

27/03/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pening Kepala Dengan Bau Minyak Wangi? Kenali Ciri Alergi Perfume!

Bahaya Guna Pewangi Tandas? Ini 6 Alternatif Elak Bilik Air Busuk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan