backup og meta

Patut Atau Tak Anda Tengok Video Lucah Dengan Pasangan? Ini 3 Keburukan Yang Anda TAK Sedar!

Patut Atau Tak Anda Tengok Video Lucah Dengan Pasangan? Ini 3 Keburukan Yang Anda TAK Sedar!

Seks merupakan perkara penting dalam perkahwinan. Maka pelbagai cara dilakukan bagi menjadikan hubungan intim lebih baik, termasuklah tengok video lucah dengan pasangan.

Menurut pelbagai kajian yang pernah dilakukan, majoriti pasangan di dunia ini mengaku pernah menonton pornografi bersama pasangan atau menikmatinya seorang diri terutamanya kaum lelaki.

Persoalannya, adakah perbuatan ini baik atau buruk? Jadi, suami isteri sila teruskan pembacaan untuk tahu jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Adakah video lucah boleh membantu hubungan suami isteri?

tengok video lucah

Persoalan sebegini sudah pasti akan berlegar di fikiran mana-mana suami isteri, bukan?

Manakan tidak, kita sering sahaja dimomokkan dengan pelbagai bahan bacaan dan topik bualan yang mengatakan bahawa pornografi adalah bagus dalam perkahwinan.

Benarkah begitu atau sebaliknya?

Antara perkara yang seringkali ditekankan setiap kali berbicara mengenai perbuatan tengok video lucah dengan pasangan adalah ia boleh membantu kita dalam mempelajari mengenai seks.

Kononnya, ia mampu mengajar kita pelbagai teknik hubungan intim yang akan menyemarakkan lagi kehangatan kamar tidur kalian.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu hobi masa lapang buat suami isteri.

Ini kerana ramai yang percaya tiada salahnya tengok video lucah dengan pasangan sekiranya sudah sah berkahwin.

Tidak dinafikan, mungkin ada logiknya. Tetapi, pemikiran sebegini sama sekali tidak tepat!

Dalam erti kata yang lebih mudah, perbuatan tengok pornografi dengan isteri atau suami anda sendiri bukan satu perbuatan yang baik malahan buruk. Kenapa?

tengok video lucah

Mudarat tengok video lucah dengan pasangan

Jawapannya, mudah sahaja. Ini kerana anda yang berniat melakukannya sudah pasti akan membuat pasangan anda sedih dan pilu meskipun dia bersetuju tanpa rela. Tidak percaya?

Cuba nilaikan kemudaratan tonton pornografi dengan pasangan yang ada di bawah ini:

#1. Ia boleh melukakan mental pasangan

Setiap suami isteri perlu tahu bahawa ajakan untuk sama-sama menonton pornografi dengan pasangan sebenarnya boleh melukakan hati dan perasaan pasangan anda.

Ini kerana mereka akan berasakan bahawa anda sudah tidak lagi berminat terhadap dirinya lalu mencari alternatif untuk memuaskan nafsu yang baharu.

“Adakah aku sudah tidak lagi menawan dan menarik di matanya?”

“Ternyata dia lebih gemar melihat pelakon di dalam video lucah itu, bukannya aku!”

Inilah antara contoh monolog yang akan berlegar di dalam fikiran pasangan setiap kali anda melihat video lucah.

Baca juga:

Lama-kelamaan, emosi pasangan anda akan celaru lantas mula membunuh rasa cinta, kasih dan sayang yang sebelum ini diberikan kepada anda tanpa berbelah-bahagi.

Kesannya, hubungan kalian sebenarnya boleh musnah!

Jadi, tanya pada diri sendiri.

Adakah anda pilih untuk merisikokan perkahwinan semata-mata kerana hobi tidak berfaedah anda ini?

#2. Ia akan menjejaskan fizikal pasangan

Bagaimana perbuatan tengok video lucah dengan pasangan boleh menjejaskan fizikal mereka? Ini sebenarnya sangat bersangkut-paut dengan emosi.

Sebagai contoh, anda sebagai suami yang gemar menonton pornografi sebenarnya akan mula hilang minat terhadap isteri walaupun sukar untuk diakui.

Manakan tidak, anda sudah terbiasa melihat ‘kesempurnaan’ seperti yang ditonton dalam pornografi.

Lantaran itu, anda mungkin akan membandingkan pelakon wanita dalam video lucah tersebut dengan isteri anda.

Lama-kelamaan, anda akan hilang minat kepada isteri dan mungkin tidak mahu untuk bersamanya lagi.

Oleh itu, berhentilah melakukannya kerana ternyata ia adalah perbuatan yang akan merosakkan mental dan fizikal anda berdua.

#3. Video lucah akan buat perkahwinan retak

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh American Sociological Association terhadap hampir 2,000 pasangan dalam 3 tempoh masa yang berbeza, pasangan berkahwin yang gemar menonton pornografi lebih berisiko untuk bercerai berbanding dengan yang tidak menonton.

tengok video lucah

Ini didasari oleh pergaduhan yang pasti akan timbul akibat hobi yang tidak berfaedah ini.

Oleh itu, berhenti melakukannya dan jangan terpedaya mengenai pelbagai manfaat yang dikatakan boleh diterima oleh anda dan pasangan melalui pornografi. Ia adalah satu perjudian yang tidak berbaloi.

Konklusi

Kesimpulannya, tengok video lucah dengan pasangan adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Bukan sahaja ia akan memberi kesan negatif kepada mental, fizikal dan ikatan perkahwinan anda, malah ia juga akan mendatangkan dosa besar buat pasangan yang beragama Islam.

Hukum menonton pornografi adalah HARAM sebelum dan selepas kahwin walaupun anda menggunakan alasan untuk mengelakkan zina. Ketahuilah bahawa niat tidak menghalalkan cara.

Dalam pada itu, mengapa anda perlu elak zina sekiranya anda sudah berkahwin? Anda tentu sahaja sudah mempunyai pasangan yang sah untuk menyalurkan serta memuaskan nafsu!

Jadi, berhentilah. Jangan biarkan perkahwinan anda terkubur begitu sahaja gara-gara nafsu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why Watching Porn With My Partner Was a Terrible Idea. https://fightthenewdrug.org/why-watching-porn-with-my-husband-was-a-bad-idea/. Accessed on  Jan 10, 2021.
  2. Couples Who Watch Porn Together, Stay Together. https://therapytips.org/interviews/couples-who-watch-porn-together-stay-together. Accessed on Aug 23, 2023.
  3. Porn, Sex And Marriage: What’s OK, And What Isn’t? https://www.npr.org/2016/12/10/504959240/porn-sex-and-marriage-whats-ok-and-what-isnt. Accessed on Aug 23, 2023.
  4. Effects of Pornography on Relationships. https://extension.usu.edu/relationships/research/effects-of-pornography-on-relationships. Accessed on Aug 23, 2023.
  5. Kohut, T., Dobson, K. A., Balzarini, R. N., Rogge, R. D., Shaw, A. M., McNulty, J. K., Russell, V. M., Fisher, W. A., & Campbell, L. (2021). But What’s Your Partner Up to? Associations Between Relationship Quality and Pornography Use Depend on Contextual Patterns of Use Within the Couple. Frontiers in psychology, 12, 661347. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.661347. Accessed on Aug 23, 2023.

Versi Terbaru

24/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

Fetish Seks Yang Pelik-Pelik, Adakah Normal Atau Tanda Gangguan Mental?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan