Suami curang apa tindakan isteri? Adakah anda perlu terus mengamuk dan memaki hamun pasangan? Tenang, itu bukan cara yang tepat. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui cara mengajar suami curang.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Suami curang apa tindakan isteri? Adakah anda perlu terus mengamuk dan memaki hamun pasangan? Tenang, itu bukan cara yang tepat. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui cara mengajar suami curang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Mana-mana wanita pastinya akan terkesan apabila mengetahui suaminya mempunyai kekasih lain. Sudah tentu situasi itu memberikan anda tamparan yang hebat.
Ketahui cara berhadapan dengan pasangan curang dan pada masa sama, kekal kuat serta waras dalam mengharungi dugaan ini.
Naluri sebagai seorang isteri ini sangat istimewa dan jika suami menipu dan curang, pastinya kalian akan dapat mengetahuinya.
Jadi suami curang apa tindakan isteri?
Cara terbaik yang paling penting harus anda lakukan adalah untuk mengumpul segala bukti kecurangan suami. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin atau hanya sekadar ‘cakap-cakap orang’.
Apabila mengetahui suami curang, mungkin anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Adakah anda selesa untuk berada serumah dengannya atau adakah lebih baik untuk dia (atau anda) mencari tempat tinggal lain buat sementara sehingga keadaan reda.
Semuanya bergantung kepada kesediaan anda. Adakah anda mahu si dia kekal dan bersama-sama cuba memperbaiki hubungan?
Secara amnya, mustahil untuk anda memperolehi jawapan segera kepada soalan penting itu. Mungkin anda perlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum dapat duduk bersama pasangan dan berbincang.
Sekiranya anda tidak selesa untuk tinggal bersama semasa tempoh bertenang ini, aturkan tempat tinggal yang selamat buat diri dan anak-anak atau minta suami yang berbuat demikian.
Apabila suami curang, segalanya pasti akan terjejas. Anda pasti akan berasa ingin membalas dendam dengan membiarkan anak-anak mengetahui mengenai kecurangan ayahnya, tetapi kawallah diri anda.
Fikirkan mengenai perasan mereka. Jika anda sendiri terluka dan berasa sakit hati, bayangkan apa yang akan anak-anak rasai jika mereka mengetahui mengenainya.
Dan seandainya, anda dan pasangan memutuskan untuk memberi peluang sekali lagi kepada perkahwinan kalian, anak-anak pastinya akan dipengaruhi dengan kebencian terhadap kesilapan ayah mereka. Percayalah segalanya tidak akan pernah sama.
“Bagaimana untuk bertenang apabila mengetahui suami curang?”
Setiap individu berbeza dan mungkin cara kita bertindak balas terhadap kecurangan pasangan juga berlainan. Namun satu perkara yang pasti, apa yang berlaku itu sangat menyakitkan hati.
Jadi bagaimana untuk berhadapan dengan pasangan tanpa ‘naik gila’?
Pertama sekali, elakkan untuk melakukan perbincangan di hadapan anak-anak. Jangan menjerit semasa berbincang atau ia boleh menyebabkan anak terkejut nanti.
Kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya dan tetapkan di fikiran bahawa suami pasti akan menafikan tuduhan tersebut.
Pandang terus ke mata pasangan dan teruskan bertanya kepadanya. Pastikan anda berpegang pada fakta dan kekal bertenang.
Apakah tindakan yang paling perlu anda elakkan apabila mengetahui kecurangan pasangan?
Anda mungkin terasa ingin berjumpa dengan kekasih gelap suami dan memberikan tamparan atau tumbukan ke muka si dia. Siapa yang tidak mahu melakukannya?
Dialah punca kesakitan yang anda rasainya dan mengapa perlu berhubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin, betul tak?
Berhenti dan bertenang kerana itu bukanlah cara untuk menangani suami curang.
Jika pasangan anda menipu dan berlaku curang, dialah individu yang perlu anda bersemuka kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan?
Apatah lagi jika si suami curang banyak kali. Ia hanya membuktikan satu perkara, bukan wanita lain punca masalah, sebaliknya suami anda!
Bukan bermakna wanita tersebut terlepas begitu sahaja, tetapi dengan bertindak melulu seperti itu hanya akan menjatuhkan maruah anda sebagai isteri.
Apa yang perlu anda lakukan dengan suami yang curang? Perlukah memaafkan? Mungkin anda terfikir ini adalah kesalahan anda yang mendorong suami menjalinkan hubungan sulit.
Stop! Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri.
Setiap perkahwinan tidak akan lari daripada ujian. Tetapi berusaha mencari jalan penyelesaian adalah langkah yang perlu dilakukan dan bukannya kecurangan.
Anda harus ingat, untuk berlaku curang adalah satu pilihan!
Baca juga:
Perkara paling penting, apabila mendapat tahu mengenai kecurangan pasangan adalah untuk memberikan diri masa. Benarkan diri untuk berasa sedih, menangis dan hilang selera makan.
Ambillah masa sebelum mula berbincang dan bersemuka dengan suami.
Adakah selepas mencuba cara mengajar suami curang, saya perlu memberikan si dia peluang kedua?
Jawapannya bergantung kepada diri anda sendiri. Jangan memaksa diri untuk memaafkan atau cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Anda berhak memutuskan sama ada perlu memberi peluang kedua atau menamatkan hubungan, kerana kalian lebih kenal diri sendiri berbanding individu lain.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen