backup og meta

Masih Bersedih Dengan Kematian Orang Tersayang, Tapi Perlu Move On? Cuba Tip Ini!

Masih Bersedih Dengan Kematian Orang Tersayang, Tapi Perlu Move On? Cuba Tip Ini!

Tragedi sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam mengorbankan bukan sahaja kru kapal dan penumpang, malahan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. Pastinya insiden memilukan ini memberi tamparan hebat buat kesemua ahli keluarga mangsa. Justeru, apa yang boleh dilakukan untuk menghadapi kehilangan orang tersayang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Tip untuk menghadapi kehilangan orang tersayang

Sudah pasti, amat sukar untuk keluarga mangsa memberikan tumpuan kepada kehidupan harian terutama di pejabat, sekiranya masih bersedih kerana kematian orang tersayang. 

Terdapat beberapa cara atau perkara yang boleh anda lakukan bagi menghadapi kehilangan orang tersayang, iaitu untuk mengurangkan atau mengawal rasa sedih yang menyelubungi diri anda.

1. Elak daripada menganggap rakan sekerja anda tahu mengenai anda

menghadapi kehilangan orang tersayang

Anda tidak boleh menganggap bahawa rakan sekerja tahu mengenai keluarga anda yang menghadapi kematian, walaupun biasanya mereka akan mengetahuinya.

Jangan sesekali menganggap bahawa majikan anda akan memberitahu rakan sekerja anda mengenai kematian orang tersayang dalam keluarga anda.

Mungkin ada sesetengah tempat kerja yang akan memberitahu semua pekerjanya mengenai menghadapi kematian yang berkaitan pekerja lain.

Namun, ada juga yang memaklumkan perkara seperti ini hanya kepada rakan sekerja anda dalam jabatan yang sama.

Boleh jadi juga mereka hanya memberitahu rakan terdekat anda atau pengurus anda.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan anda memberitahu sendiri kepada mereka mengenai kematian orang tersayang dalam keluarga anda.

Langkah menghadapi kehilangan orang tersayang yang perlu dilakukan adalah, anda perlu menyatakan bahawa anda sedang dalam keadaan bersedih.

Anda boleh menggunakan beberapa kaedah untuk memberitahu rakan sekerja mengenai keadaan anda seperti:

  • Menggunakan email 
  • Menggunakan media sosial seperti Facebook
  • Meminta pengurus anda memaklumkan kepada rakan sekerja
  • Berjumpa dengan rakan sekerja di kafe sebelum kembali ke pejabat
  • Meminta rakan terdekat anda untuk memberitahu rakan sekerja yang lain

Apakah kepentingan memberitahu rakan sekerja berkenaan keadaan anda? Ia sebenarnya membantu rakan sekerja anda untuk membantu anda ketika sedang bersedih semasa berdepan dengan berita kematian.

Sebagai contoh, anda mungkin menyatakan kepada mereka bahawa tidak mengapa untuk menyatakan mengenai kematian orang tersayang sewatu berbual. 

Tip menghadapi kehilangan orang tersayang #2. Buat satu pelan jalan keluar

Walaupun anda mungkin boleh menyembunyikan kesedihan anda, ada kalanya ia boleh terluah disebabkan oleh beberapa faktor pencetus.

Anda mungkin berasa bahawa kesibukan anda bekerja pasti akan mengalih perhatian daripada terus bersedih.

Namun, adakalanya perasaan sedih itu boleh muncul secara tiba-tiba sehingga anda tidak mampu mengawal perasaan anda.

Oleh sebab itu, anda perlu merancang beberapa jalan keluar yang boleh membantu diri anda saat rasa sedih itu tiba-tiba hadir dan membuatkan anda hiba.

Cuba fikirkan beberapa lokasi yang boleh anda pergi untuk menenangkan diri sekiranya anda tiba-tiba menangis. Sebagai contoh, di tandas atau di laluan tangga kecemasan.

Begitu juga ketika anda sedang bermesyuarat atau sebagainya, cuba untuk meninggalkan mesyuarat tersebut lebih awal jika anda perasan rasa sedih itu tiba-tiba hadir kembali sehingga boleh menyebabkan anda menangis. 

3. Maafkan rakan sekerja anda

menghadapi kehilangan orang tersayang

Saat anda pulang ke pejabat, rakan sekerja anda mungkin akan kurang berbual atau melayan anda dengan ceria seperti sebelum ini. Mereka mungkin kurang datang ke meja kerja anda untuk berbual sebentar seperti biasa.

Namun, kesemua ini bukanlah bermaksud mereka menjauhkan diri daripada anda. Anda tidak perlu berfikir secara berlebihan mengenai hal ini.

Ini kerana, rakan sekerja anda mungkin mahu menolong anda juga, tetapi tidak tahu cara yang paling tepat untuk melakukannya.

Mereka berasa risau jika sebarang tindakan atau kata-kata mereka akan menyinggung perasaan anda.

Mereka juga mungkin mahu memberikan anda ruang dan masa untuk menenangkan diri sehinggalah anda sendiri menegur mereka seperti biasa.

Oleh itu, anda tidak perlu berasa kecil hati dengan suasana seperti ini. Maafkan mereka adalah cara yang terbaik agar hati anda lebih tenang. 

Tip menghadapi kehilangan orang tersayang #4. Kurangkan beban kerja anda

Maklumkan kepada pengurus anda berkenaan situasi yang sedang anda alami. Anda boleh meminta pengurus anda untuk mengurangkan beban kerja harian anda.

Anda juga boleh meminta pertolongan rakan sekerja anda bagi menyiapkan sebahagian daripada tugasan anda.

Anda tidak perlu berasa risau untuk meminta pengurangan tugas kerja kerana pastinya pengurus memahami keadaan semasa anda yang sedang bersedih kerana menghadapi kematian orang tersayang.

Jika anda ada menerima sebarang kerja tambahan, cuba maklumkan kepada pengurus anda untuk memberikan pengecualian kepada anda buat sementara waktu.

Kesimpulan

Cuba menghadapi kehilangan orang tersayang sewaktu bekerja sememangnya bukan perkara yang mudah. Anda terpaksa fokus menyiapkan kerja, dan pada masa yang sama emosi anda sedang terganggu.

Perasaan anda sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, kerja anda pada bila-bila masa akan mudah terganggu.

Oleh itu, lakukan perkara yang disarankan seperti di atas ini untuk move on. Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu anda mengatasi rasa sedih yang sedang dialami di tempat kerja.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Grieving in the Workplace: Cope With Loss. https://alis.alberta.ca/succeed-at-work/manage-challenges/grieving-in-the-workplace-coping-with-loss/. Accessed August 18, 2023.

Grief in the Workplace. https://www.psycom.net/grief-in-the-workplace. Accessed August 18, 2023.

How to Support Employees through Grief and Loss. https://www.shrm.org/hr-today/news/hr-magazine/0917/pages/how-to-support-employees-through-grief-and-loss.aspx. Accessed August 18, 2023.

When a Colleague Is Grieving. https://hbr.org/2019/07/when-a-colleague-is-grieving. Accessed August 18, 2023.

Coping With Grief in the Workplace. https://www.griefcounselor.org/resources/grief-in-the-workplace/. Accessed August 18, 2023.

Coping with Grief and Loss. https://www.helpguide.org/articles/grief/coping-with-grief-and-loss.htm. Accessed August 18, 2023.

Versi Terbaru

18/08/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bagaimana Untuk Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan

Sekejap Sedih, Sekejap Gembira - Kenapa Ibu Hamil Selalu Alami Mood Swings?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan