home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Fahami Bagaimana Kesedihan Boleh Mencetuskan Kemarahan

Fahami Bagaimana Kesedihan Boleh Mencetuskan Kemarahan

Apabila seseorang yang anda sayangi pergi meninggalkan anda, emosi anda akan terjejas. Kebiasaannya, anda akan merasa marah kepada individu yang meninggalkan anda, atau marah dengan kehidupan yang menyebabkan terlalu banyak kesedihan kepada anda. Mari kita fahami bagaimana kesedihan boleh mencetuskan kemarahan dan hubung kaitnya kedua perasaan yang melibatkan emosi ini.

Apa itu kesedihan?

Kesedihan adalah reaksi normal apabila seseorang atau sesuatu yang anda sayangi dan perlukan meninggalkan anda. Ia sama ada kematian individu yang penting – insan yang anda sayangi, ahli keluarga atau perkara yang anda perlukan – kehilangan pekerjaan, berpindah jauh dari keluarga, penceraian, berdepan masalah kesihatan seperti kanser. Fasa normal kesedihan anda termasuk penafian, kemarahan, rasa bersalah, kemurungan dan penerimaan.

Semua individu boleh menderita akibat kesedihan, tetapi berita baik, kebanyakan daripadanya berkemampuan untuk mengatasi situasi ini. Kesedihan boleh mengambil masa, bergantung kepada tahap kritikal kehilangan atau keupayaan seseorang individu untuk mengatasi masalah atau situasi ini.

Tetapi bagi sesetengah individu, kesedihan adalah sesuatu yang tidak dapat di atasi. Mereka mungkin menjadi tidak berdaya, tidak berguna dan tidak bernilai. Dalam situasi ini, rawatan yang melibatkan ubatan adalah diperlukan.

Kesedihan boleh mencetuskan kemarahan

Kemarahan adalah fasa normal yang berkaitan dengan kesedihan. Apabila individu yang anda sayangi meninggal dunia, anda akan merasa sedih. Anda boleh menjadi marah kepada diri sendiri kerana anda merasa tidak berdaya, tidak berkuasa untuk menghalang kematian mereka. Atas sebab itu, anda mungkin akan merasa marah dengan doktor yang merawat individu yang anda sayangi, atau anda boleh memarahi penyakit yang menyebabkan individu yang anda sayangi pergi.

Atau , anda boleh merasa marah dengan individu tertentu yang telah melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu. Anda juga boleh merasa marah kepada individu yang mati dalam kes yang melibatkan bunuh diri.

Bagaimana mengatasi kesedihan?

Proses penyembuhan semula jadi termasuk proses kesedihan adalah sangat kuat. Proses ini bukan hanya bertindak balas ke atas kehilangan atau kesakitan, tetapi ia membantu anda untuk meneruskan kehidupan. Dalam kebanyakan kes, anda secara perlahan-lahan dapat mengatasi situasi ini dan menyesuaikan diri untuk mengatasi kesedihan.

Walau bagaimanapun, proses ini pasti akan mengambil masa yang lama. Ada masanya kesedihan boleh berterusan dan menyebabkan simptom fizikal seperti kesukaran untuk tidur, kehilangan berat badan atau keinginan untuk membunuh diri. Dalam situasi ini, sokongan adalah amat diperlukan.

Berfikir secara positif, cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkara yang boleh menyebabkan anda bersedih;

  • Fokus tentang perkara lain dalam kehidupan anda
  • Meluahkan apa yang ada rasai, seperti kepada rakan atau catatkan di dalam buku
  • Sertai kumpulan atau kelab sokongan, tempat di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan perasaan
  • Berjumpa doktor atau pakar psikologi untuk mendapatkan bantuan profesional

Kesedihan adalah sesuatu tindak balas yang normal terhadap perubahan negatif dalam kehidupan. Kemarahan merupakan satu fasa kesedihan yang wujud apabila anda marah kepada diri sendiri atau individu yang mempunyai kaitan langsung dengan situasi yang anda hadapi. Walaupun proses penyembuhan akan membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi, tetapi anda tetap memerlukan sokongan jika kesedihan dan kemarahan tidak berkesudahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Dealing with loss. https://www.kingston.gov.uk/info/200133/deaths/270/dealing_with_loss. Accessed December 3, 2016.

Grief and Depression. http://www.webmd.com/depression/guide/depression-grief#2. Accessed December 3, 2016.

The grieving process. http://www.needhamma.gov/DocumentCenter/Home/View/2596. Accessed December 3, 2016.

How to deal with grief?. http://dhh.louisiana.gov/assets/docs/EmergencyPrep/katrinarita/HowDealGrief.pdf. Accessed December 3, 2016.

Coping With Grief. http://www.webmd.com/mental-health/mental-health-coping-with-grief. Accessed December 3, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 11/03/2019
x