Fahami proses kehamilan
Mempunyai pasangan yang sedang bergelar ibu mengandung, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk memahami tentang keadaan atau situasi semasa yang sebenar dengan memperbanyakan bacaan mengenai kehamilan, proses kelahiran bayi dan peranan keibubapaan.
Tip ini pasti dapat membantu anda untuk lebih memahami apa yang sedang dialami oleh ibu mengandung. Bahkan, pada pandangan isteri anda, pastinya anda tampak seperti anda mengambil berat tentang kehamilan yang dilaluinya.
Luangkan masa bersama
Adalah satu perkara yang normal untuk ibu mengandung mengalami keletihan dan kelesuan sepanjang tempoh kehamilan. Luangkan masa bersama dengan pasangan anda dengan mengajak mereka untuk melakukan aktiviti riadah mengikut kesesuaian situasi mereka.
Bersenam atau sebarang aktiviti fizikal pastinya dapat mengembalikan kecergasan dan keceriaan dalam diri pasangan anda. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama, antara aktiviti riadah yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan-jalan di sekitar taman rekreasi.

Pemakanan seimbang
Sememangnya seorang ibu yang sedang dalam proses kehamilan cenderung mempunyai selera atau keinginan makan yang membuak-buak. Namun, ia bukan bermakna mereka boleh mengambil apa sahaja makanan tanpa mempedulikan mengenai khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam pemakanan yang diambil.
Jadi, sebagai pasangan yang prihatin, elakkan isteri anda daripada mengambil makanan yang merapu dan tidak mengandungi khasiat, kerana secara tidak langsung ia turut akan mempengaruhi perubahan emosi mereka. Dalam masa yang sama, anda juga harus menghindari daripada memakan makanan sebegini di hadapan mereka. Jika mereka teringin, sudah pasti anda tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, bukan?
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya pada lewat tengah malam, pasangan anda secara tiba-tiba mengidamkan sesuatu yang pelik-pelik dan mungkin sukar untuk anda dapatkan? Satu tip yang mungkin boleh membantu mengelakkan isteri anda yang sedang hamil daripada mengalami mood swings adalah dengan menunjukkan bahawa anda berusaha untuk mencari makanan yang diidamkan. Walaupun pada akhirnya anda mungkin balik dengan tangan kosong, percayalah ia sudah cukup untuk menggembirakan hati isteri anda.
Tempoh sementara
Perubahan emosi atau mood swings seperti roller coaster yang dialami oleh ibu mengandung ini bukanlah berlaku sepanjang masa. Kalau mungkin ada dalam kalangan ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan, tanamkan dalam kotak ingatan anda bahawa apa yang berlaku hanyalah untuk tempoh 9 bulan dan isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda berdua. Perbanyakkan bersabar dan elakkan daripada terasa hati jika timbul sebarang perbuatan, kata-kata atau permintaan yang diluar kotak pemikiran anda seperti isteri anda mengadu mengenai bau badan anda yang padanya adalah memualkan.
Penjagaan diri
Dalam anda sibuk menjaga isteri anda yang sedang sarat mengandung, pastikan dalam masa yang sama anda turut menjaga aspek kesihatan anda. Jika anda tidak sihat, pastinya ia akan memburukkan lagi keadaan.
Fasa kehamilan bukanlah satu fasa yang mudah untuk dilalui oleh pasangan anda. Mengalami mood swings mungkin sesuatu yang menjengkelkan. Tetapi, sebaiknya cuba untuk bertolak ansur pada setiap keadaan dan situasi.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen