5 Cara Cepat Move On Daripada Bekas Pasangan, Healing Dengan Sihat & Selamat!

    5 Cara Cepat Move On Daripada Bekas Pasangan, Healing Dengan Sihat & Selamat!

    Kadangkala, melepaskan itu jauh lebih baik daripada kalian meneruskan hubungan yang sudah nampak retak. Jangan tunggu sehingga memudaratkan diri, ada banyak cara move on daripada bekas pasangan yang anda boleh cuba. Jom baca artikel sampai habis!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda boleh di sini.

    Kenapa anda perlu move on daripada kisah lama?

    Tidak dinafikan, kehilangan orang tersayang merupakan suatu perkara yang sangat menyedihkan terutama jika anda sudah meluangkan masa terlalu kerap dan lama bersama dengan si dia.

    Contohnya, pasangan suami isteri yang sudah berkahwin berpuluh tahun yang terpaksa berpisah gara-gara masalah peribadi rumah tangga. Siapa sahaja yang mampu terima kenyataan?

    Rentetan perpisahan tersebut, maka akan timbul macam-macam kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal individu. Akibatnya, tidak mustahil untuk ia memudaratkan individu.

    Apa yang lebih membimbangkan, ada orang yang mungkin bakal hilang pertimbangan diri hingga sanggup untuk melukakan, mencederakan atau menamatkan riwayat diri mereka sendiri.

    cara move on

    Dalam usaha untuk mengelakkan perkara tidak diingini, adalah begitu penting untuk kita semua kekal kuat dan terus ke depan. Bagaimana? Perlu ada cara move on yang berkesan dan berjaya!

    Cara move on paling cepat, mudah dan efektif!

    Jangan terus meratap, menunggu atau merayu orang yang ingin pergi daripada anda. Adalah lebih baik untuk anda mengambil langkah dengan membuat cara move on dari seseorang:

    #1. Belajar untuk terima kenyataan

    Perkara paling penting dan utama, anda perlu belajar untuk terima kenyataan di mana insan yang anda sayang itu sudah tidak mahu atau boleh bersama dengan anda lagi atas sebab tertentu.

    Di dalam agama Islam sendiri ada mengajarkan tentang konsep qada’ dan qadar yang mengatakan bahawa segala peristiwa hanya akan terjadi dan terlaksana jika ia telah diizinkan oleh Tuhan.

    Sebaiknya, redha dengan ketentuan Ilahi dan terima kenyataan ini meski ia perlu tekad dan masa.

    cara move on

    Tips move on #2. Fokus perkara lain

    Kemudian, anda turut dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang lepas lalu fokus terhadap perkara lebih penting lain terutama di dalam aspek pekerjaan atau pembelajaran.

    Meskipun perhubungan anda gagal di tengah jalan, itu tidak bermakna anda perlu berkabung dan bersedih kerana kehidupan masih perlu diteruskan. Jadikan ia permulaan hidup yang baru.

    Tips move on #3. Cari hobi baru

    Sehubungan di atas, carilah hobi baru yang boleh membuat anda leka serta lupa dengan perasaan duka lara akibat perpisahan kerana ia cuma akan memakan diri dalam jangka masa panjang.

    Namun, hindari daripada segala aktiviti atau lokasi yang bermakna buat anda berdua ketika masih bersama satu ketika dahulu agar kalian tidak lagi teringat atau terhanyut di dalam kenangan.

    #4. Jangan lagi anda stalk si dia!

    Cara move on yang seterusnya pula adalah anda harus menegah diri dan orang lain daripada terus ‘mengintai’ tentang kehidupan bekas pasangan tidak kira di alam nyata atau media sosial.

    Atas alasan apa kalian terus stalk si dia yang tidak perlu perhatian anda lagi? Ya, tidak salah untuk kekal dalam fasa berkawan tetapi tidak perlu sehingga bermaksud memerhatikan pergerakan serta perkembangan mereka yang mungkin sudah bahagia tanpa anda.

    cara move on

    #5. Dekatkan diri dengan pencipta

    Terakhir, tiada siapa yang lebih baik untuk anda mengadu tentang perpisahan ini melainkan sang pencipta agung kita semua terutama jika kalian mungkin sedikit terbabas daripada landasan.

    Ketahuilah bahawa ajal, maut serta jodoh ini merupakan ketentuan Ilahi yang terbaik buat semua walaupun individu merasakan bahawa ia tidak adil dek terkeliru dengan permainan perasaan.

    Kena move on untuk hari esok yang lebih baik!

    Sekiranya kalian masih gagal menemukan cara move on yang terbaik buat diri, maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar khususnya sesi kaunseling atau terapi untuk healing.

    Dengan sokongan daripada keluarga dan sahabat juga, tahap kesihatan serta keselamatan individu akan sentiasa terjamin. Kadangkala, perpisahan itu bukan penamat tetapi suatu permulaan.

    Konklusinya, jangan buat perkara yang bakal anda kesal kelak hanya kerana gagal dalam bercinta!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan