Lakukan 5 Perkara Ini Sementara Masih Berdua

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Akhirnya, anda merancang untuk mendapatkan anak. Tahniah! Jangan risau! Anda akan menjadi ibu/bapa yang baik. Namun begitu, sebelum bermulanya perjalanan ini, tidak salah jika anda ingin mengajak teman hidup anda untuk mempersiapkan diri dari segi emosi, fizikal dan mental sebelum menempuh fasa hidup yang baru. Berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda lakukan bersama pasangan anda sebelum anda cuba untuk mendapatkan anak. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

1. Rancang kewangan anda

Perancangan kewangan adalah merupakan perkara utama yang perlu dilaksanakan sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Bak kata pepatah “Mereka yang gagal merancang merancang untuk gagal”, pastikan anda mengambil kira segala kos keperluan bayi seperti kos lampin, peralatan, baju dan lain-lain. Mula menyimpan duit sedikit demi sedikit. Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan objektif spesifik jumlah wang simpanan setiap minggu/ bulan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang dibuat khas untuk membantu rakyat tempatan. Pelan wang simpanan sejak kecil seperti ADAM50 dan TAWAS (oleh kerajaan negeri Selangor) boleh memberikan manfaat jangka masa panjang buat anak-anak anda. Kaji berkenaan dengan bantuan kerajaan yang boleh dipohon bagi memudahkan anda dalam merancang kewangan anda. Pastikan masa depan anak anda terjamin dan tidak terbatas disebabkan masalah kewangan.

2. Berhenti merokok!

Secara amnya, merokok membahayakan kesihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa merokok adalah punca kepada 100 jenis kanser, yang  9 daripadanya adalah jenis kanser paru-paru. Ia juga dapat memberikan komplikasi serius terhadap fetus yang sedang membesar seperti bayi pramatang, kecacatan kekal pada mulut dan keterencatan perkembangan otak kekal.

Penting bagi anda dan pasangan anda untuk berhenti merokok bagi menjamin kesihatan diri seterusnya fetus yang sedang membesar. Tiada gunanya jika isteri anda berhenti merokok / tidak merokok namun anda masih merokok kerana kesan daripada asap rokok tidak tertumpu kepada orang yang menghisap sahaja, malah orang di sekeliling yang terbau asap tersebut. Masih belum terlambat untuk anda berhenti jadi jika anda menghadapi masalah, dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor untuk berhenti merokok sekarang.

3. Percutian ke tempat menarik

Sokongan moral daripada pasangan adalah merupakan aset berharga sepanjang tempoh kehamilan kelak. Dalam menguatkan jalinan kasih sayang di antara suami dan isteri, pergilah bercuti ke mana-mana negara atau lokasi pelancongan tempatan bagi menenangkan fikiran masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil cuti pendek dapat meningkatkan kestabilan emosi dan mengawal tahap tekanan perasaan dengan lebih baik. Kebaikan fisiologikal ini kekal selama 30-45 hari selepas tamat tempoh percutian.

Penting untuk anda mengekalkan tekanan emosi pada paras yang rendah jika anda ingin mencuba untuk mendapatkan anak kerana hormon stres, kortisol, boleh mengurangkan rembesan hormon estrogen, seterusnya menyukarkan proses untuk suami isteri mendapatkan anak. Tiada stres, kurang kortisol, maka akan meningkatlah kebarangkalian anda untuk mengandung. Agaknya sebab itulah banyak babymoon, ye?

Kurangkan minuman berkafein

Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini adalah perubahan yang sukar buat anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini penting untuk memastikan kesihatan bakal ibu dan fetus berada pada tahap optimum ketika fasa kehamilan kelak. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein bagi wanita mengandung perlu dihadkan kepada 200 mg sehari. Jika melebihi had yang ditetapkan, anda berisiko untuk mengalami keguguran dan bayi lahir pramatang. Panduan pengambilan kafein sehari oleh wanita mengandung secara objektifnya adalah 1 cawan espresso atau 3 cawan kopi segera atau 4 cawan air teh.

Mereka yang kebiasaannya minum kopi pada kepekatan yang tinggi akan melalui fasa withdrawal. Fasa ini kebiasaannya dapat dikenal pasti pada simptom seperti mudah marah, pening kepala dan sembelit. Jika anda melalui simptom ini, usah risau kerana kebiasaannya ia akan beransur pulih dalam masa seminggu dua. Jika ia berlarutan dan mengganggu kualiti hidup anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan rawatan susulan.

Pergilah menonton wayang, teater atau konsert siaran langsung

… jika anda berkemampuan. Ini merupakan salah satu perkara yang hanya boleh dinikmati secara penuh sebelum tempoh kehamilan. Ini kerana apabila wanita mula berbadan dua (atau tiga) frekuensi keinginan mereka untuk membuang air kecil akan meningkat, kesan daripada fetus yang sedang membesar menekan pundi kencing ibu. Pergerakan si ibu akan terbatas dan mereka akan cepat penat jadi jika anda merancang untuk menikmati apa jua persembahan siaran langsung, lakukannya sebelum anda mula mengandung.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

    Semua orang tahu, otak kanak-kanak bukan seperti versi mini otak orang dewasa. Ia boleh dibentuk mengikut didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Maka...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanak-Kanak, Perkembangan Kanak-Kanak 08/02/2021 . 3 minit bacaan

    Kerap Marah-Marah Tanpa Sebab Dengan Pasangan? Anda Mungkin Alami Gangguan Personaliti Ini

    Gangguan personaliti ini boleh menjejaskan hubungan seseorang dengan individu lain. Gangguan ini dikenali sebagai gangguan keperibadian sempadan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain 08/02/2021 . 3 minit bacaan

    FAKTA, Orang Yang Selalu Marah Paling Cepat Dapat Sakit Jantung! Ini Cara Nak Kawal

    Adegan sakit jantung semasa marah sememangnya babak yang sering dipertontonkan dalam drama tempatan. Tapi betul ke pemarah senang dapat sakit jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Sakit Jantung 03/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

    Tempoh selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu berisiko meroyan selepas bersalin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 02/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan antara adik beradik

    Alololo… Si Kakak Cemburu Bila Lahir Adik Baru, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 2 minit bacaan
    beza air mazi dan air mani

    Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    apa itu gdm

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
    berapa hari selepas bersama boleh mengandung

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan