backup og meta

Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

Anda tahu tak apa itu gangguan cinta obsesif (OLD)? Mungkin ramai yang belum tahu apakah keadaan dan penyakit ini, bukan?

Sebelum itu, hubungan yang sihat membolehkan kedua-dua pihak rasa disayangi, dihargai, dan dihormati. Kepercayaan yang terjalin memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk mempunyai kehidupan sendiri di luar hubungan cinta.

Sayangnya, cinta yang bersifat obsesif telah dipromosikan dalam sastera selama berabad-abad lamanya. Antara contoh yang popular, kisah Romeo dan Juliet yang mengagungkan perasaaan obses dengan cinta seseorang lantas memberikan idea yang bertentangan dengan realiti sebenar. Salah satu contoh ini boleh dikategorikan sebagai, gangguan cinta obsesif (OLD).

Gangguan cinta obsesif (OLD)

Gangguan cinta obsesif (OLD) merujuk kepada keadaan di mana anda menjadi obses dengan orang yang anda rasa anda cintai.

Justeru, anda mungkin rasa keperluan untuk melindungi orang yang disayangi secara obsesif, atau bahkan mengawal mereka seolah-olah mereka adalah milik kalian.

Walaupun tidak ada klasifikasi perubatan atau psikologi yang berasingan untuk OLD, namun ia sering dikaitkan dengan jenis-jenis penyakit kesihatan mental lain.

Gejala-gejala gangguan cinta obsesif

cinta obsesif

  • Tarikan yang luar biasa terhadap pasangan
  • Pemikiran obsesif
  • Merasakan keperluan untuk melindungi
  • Pemikiran dan tindakan posesif
  • Rasa cemburu yang melampau
  • Kurang keyakinan diri

Selain itu, individu yang menghidap OLD juga tidak mudah menerima penolakan.

Gangguan cinta obsesif, apa penyebabnya?

Kalau hendak diikutkan, tidak ada satu pun penyebab OLD. Sebaliknya, ia boleh dikaitkan dengan jenis masalah kesihatan mental yang lain seperti:

#1 Attachment disorders

Kumpulan gangguan ini merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah keterikatan emosi, seperti kekurangan rasa empati atau obsesi dengan orang lain.

Jenis gangguan ini termasuk disinhibited social engagement disorder (DSED) dan reactive attachment disorder (RAD).

Bagi DSED, pesakit mungkin menjadi terlalu ramah dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mereka yang tidak dikenali.

Manakala untuk RAD pula, pesakit mungkin berasa tertekan dan menghadapi kesulitan untuk bergaul dengan orang lain.

#2 Borderline personality disorder

Penyakit mental ini dicirikan oleh gangguan pada imej diri dan disertai dengan perubahan mood yang teruk.

cinta obsesif

Gangguan ini boleh menyebabkan pesakit menjadi sangat marah dan gembira dalam tempoh beberapa minit atau jam. Episod kegelisahan dan kemurungan turut boleh berlaku.

#3 Delusional jealousy

Berdasarkan khayalan (peristiwa atau fakta yang pesakit percaya adalah benar), gangguan ini bercirikan oleh bantahan terhadap perkara-perkara yang sudah terbukti salah!

Jika dikaitkan dengan OLD, gangguan ini menyebabkan pesakit percaya bahawa pihak di sana telah membalas perasaan cinta mereka, walaupun realiti adalah sebaliknya.

#4 Obsessive-compulsive disorder (OCD)

Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah gabungan pemikiran obsesif dan ritual kompulsif.

Kondisi ini cukup parah sehingga berupaya mengganggu kehidupan seharian pesakit.

OCD juga boleh menyebabkan pesakit memerlukan jaminan yang berterusan daripada pasangan, yang akan mempengaruhi hubungan.

#5 Erotomania

Gangguan ini pula terletak di pertengahan antara gangguan delusional dan obsesif.

Untuk kondisi erotomania, pesakit cenderung percaya bahawa seseorang yang terkenal atau mempunyai status sosial yang lebih tinggi jatuh cinta kepada mereka.

Hal ini berisiko menyebabkan gangguan kepada individu lain, seperti muncul di rumah atau tempat kerja tanpa diundang.

Menurut Comprehensive Psychiatry, individu dengan erotomania selalunya terasing dengan hanya beberapa orang kawan, dan kebiasaannya adalah penganggur.

Bagaimana gangguan cinta obsesif dirawat?

Pelan rawatan yang tepat untuk gangguan ini bergantung kepada penyebabnya.

Walau bagaimanapun, ia sering melibatkan gabungan ubat-ubatan dan psikoterapi.

Pun begitu, ubatan boleh digunakan untuk melaraskan bahan kimia di dalam otak. Doktor mungkin mengesyorkan salah satu ubat berikut:

Tempoh beberapa minggu juga mungkin diperlukan untuk ubat yang diambil berfungsi.

Tambah lagi, pesakit mungkin perlu mencuba pelbagai jenis ubat sehingga memperoleh jenis yang paling sesuai untuk mereka.

Pastikan juga untuk berkomunikasi dengan doktor mengenai kemungkinan kesan sampingan, seperti:

Selain ubat-ubatan, terapi juga berguna untuk semua bentuk OLD.

Kadangkala, penglibatan keluarga dalam sesi terapi boleh jadi bermanfaat, terutamanya jika gangguan cinta obsesif ini berpunca daripada masalah ketika kecil.

Bergantung kepada keparahan dialami dan pilihan peribadi pesakit, mereka mungkin terlibat dalam terapi individu atau secara berkumpulan.

Pilihan-pilihan terapi merangkumi:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Obsessive Compulsive Disorder. https://www.nimh.nih.gov/health/publications/obsessive-compulsive-disorder-when-unwanted-thoughts-take-over/index.shtml. Accessed 20 September 2022.
  2. Relationship OCD. https://iocdf.org/expert-opinions/relationship-ocd/Accessed 20 September 2022.
  3. OCD. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24048408/Accessed 20 September 2022.
  4. OCD. https://www.aacap.org/AACAP/Families_and_Youth/Facts_for_Families/FFF-Guide/Attachment-Disorders-085.aspx. Accessed 20 September 2022.
  5. Obsessive Compulsive Disorder. https://www.womenfit.org/2017/04/5-obsessive-love-disorder-love-is/Accessed 20 September 2022.

Versi Terbaru

20/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Penyakit Cemburu Membabi Buta: Kenali Sindrom Othello

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda 'Kaki Kongkong'! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan