backup og meta

10 Tanda FIZIKAL Anda Menghidap Penyakit Anxiety, Semak Simptom No. 2, Bahaya!

10 Tanda FIZIKAL Anda Menghidap Penyakit Anxiety, Semak Simptom No. 2, Bahaya!

Anda sukar tidur malam, tangan terketar-ketar dan kerap muntah selepas makan? Ini semua merupakan tanda-tanda penyakit anxiety disorder, sejenis penyakit mental yang boleh menyebabkan kesukaran untuk menjalani kehidupan secara normal. Penyakit anxiety juga boleh membuatkan anda sesak nafas dan rasa penat sepanjang masa.

Walaupun tergolong dalam penyakit mental, tanda-tanda anxiety attack juga boleh muncul secara fizikal. Jika ia tidak diubati, masalah ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit dan membuatkan mereka tertekan kerana rasa gelisah sepanjang masa.

Ingin tahu apakah maksud penyakit anxiety dan simptomnya? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

10 tanda-tanda anxiety attack

Tidak dinafikan, anxiety boleh menyebabkan beberapa simptom fizikal. Malah, disebabkan penghasilan hormon stres yang lebih tinggi daripada biasa, hampir semua sistem badan akan merasai impak negatifnya.

Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.

Apabila seseorang mula rasa gelisah, tindak balas lawan atau lari mereka akan diaktifkan. Ini merupakan satu respons badan yang akan berlaku secara automatik tatkala kita berada dalam bahaya. Antara tanda fizikal anxiety ialah:

#1. Jantung selalu berdebar, antara tanda-tanda anxiety attack

Menurut National Institute of Mental Health (NIMH), jantung yang berdebar lebih laju daripada biasa merupakan salah satu tanda kebimbangan.

Kajian menunjukkan, individu yang sedang mengalami tekanan perasaan akan menghasilkan hormon adrenalin. Hormon ini akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tindak balas lawan atau lari pesakit akan diaktifkan ketika mereka rasa gelisah atau bimbang. Akibatnya, jantung pesakit akan berdegup dengan laju tanpa sebab.

cara merawat anxiety
Cara mengawal anxiety dengan menonton cerita seram.

#2. Sering sesak nafas tanda penyakit anxiety

Penghidap anxiety akan mengalami hiperventilasi kesan daripada degupan jantung yang terlalu pantas. Hiperventilasi akan menyebabkan pernafasan menjadi laju dan mungkin akan membuatkan pesakit sesak nafas.

Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida. Namun, jika kita bernafas terlalu laju, tahap karbon dioksida dalam darah akan berkurang untuk memastikan badan mendapat lebih banyak oksigen. Sebab itulah, pesakit anxiety akan nampak ‘kepenatan’ umpama baru selesai berlari!

Latihan pernafasan amat penting untuk mereka yang menghidap masalah anxiety. Dengan pernafasan yang betul, pesakit boleh bernafas dengan perlahan dan menggunakan diafragma untuk lebih relaks dan bertenang.

Tanda-tanda anxiety attack #3. Rasa penat sepanjang masa

Selain itu, rasa penat yang berpanjangan juga boleh menjadi petanda anxiety. Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa boleh menyebabkan badan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’.

Kebimbangan yang dialami juga boleh menyebabkan pesakit sukar untuk tidur dan membuatkan keletihan yang berlaku menjadi bertambah serius.

#4. Sukar tidur malam

penyakit anxiety
Kesan anxiety terhadap kualiti tidur.

Jika anda sukar tidur, atau sering terjaga tengah malam dan tidak boleh tidur semula, ini mungkin berlaku disebabkan penyakit anxiety. Tahap hormon stres dalam badan yang terlalu tinggi membuatkan pesakit sukar untuk relaks dan tidur lena.

Masalah ini akan menjadi semakin teruk jika pesakit mengambil kafein pada keesokan harinya untuk kekal berjaga. Malah, simptom penyakit anxiety juga akan menjadi lebih teruk disebabkan kopi.

#5. Otot rasa kejang dan sakit disebabkan penyakit anxiety

Otot manusia akan mengeras dan menjadi kejang sebagai respons semula jadi terhadap stres. Malah, mereka yang sering tertekan juga cenderung ‘mengeraskan’ otot mereka tanpa sedar dalam satu tempoh masa yang panjang.

Oleh sebab itu, penghidap anxiety selalunya akan rasa sakit pada:

  • kawasan bahu
  • belakang badan
  • leher

Malah, ada juga yang akan mengetap gigi tanpa sedar dan menyebabkan kesakitan di sekitar rahang. Lama-kelamaan, pesakit boleh menghidap migrain atau sakit kepala disebabkan terlampau stres.

#6. Tidak sedap perut

Perut kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety. Walaupun nampak biasa, semua simptom ini boleh mengganggu kehidupan pesakit jika ia tidak dirawat secepat mungkin.

#7. Penyakit anxiety menyebabkan anda rasa loya

Tidak dinafikan, masalah kegelisahan boleh memberikan kesan buruk pada sistem penghadaman seseorang.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal General Hospital Psychiatry, individu yang mengalami anxiety mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk muntah atau rasa loya selepas makan.

#8. Tidak berhenti berpeluh

punca masalah anxiety
Anxiety menyebabkan individu berpeluh dengan lebih banyak.

Disebabkan rasa gemuruh dan gelisah yang berpanjangan, pesakit akan kerap berpeluh lebih-lebih lagi di kawasan tapak tangan atau ketiak.

Simptom ini juga akan membuatkan penghidap anxiety rasa runsing dan rendah keyakinan diri. Makin memburukkan keadaan, pesakit juga mungkin akan alami masalah bau badan yang teruk.

Simptom penyakit anxiety #9. Terlebih makan atau kurang selera makan

Masalah kebimbangan juga boleh membuatkan anda terlebih makan atau kurang selera makan. Ada orang yang tidak lalu makan disebabkan rasa stres yang berpanjangan.

Namun, ada juga yang akan ‘craving’ makanan yang manis dan berlemak disebabkan stres yang dialami!

#10. Jari atau tangan menggigil

Ini merupakan antara tanda-tanda penyakit anxiety disorder. Kadangkala, tangan atau jari akan mula menggigil tanpa sebab. Menurut NIMH, ini merupakan salah satu kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan.

Kondisi ini juga boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika anda sedang memandu.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai tanda-tanda anxiety attack, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Dengan bantuan pakar, anda dapat belajar cara hilangkan penyakit anxiety.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anxiety Disorders. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9536-anxiety-disorders. Accessed on July 5, 2022.
  2. Anxiety disorders. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961. Accessed on July 5, 2022.
  3. Anxiety Disorders. https://www.whiteswanfoundation.org/disorders/anxiety-and-related-disorders/anxiety?gclid=Cj0KCQjwn4qWBhCvARIsAFNAMihoramVrPO0iOGPRoMfB16dbZDfBWDfwhSW1Riiwy47ef0CuS029G4aApGnEALw_wcB. Accessed on July 5, 2022.
  4. Anxiety. https://www.apa.org/topics/anxiety. Accessed on July 5, 2022.
  5. What are Anxiety Disorders? https://psychiatry.org/patients-families/anxiety-disorders/what-are-anxiety-disorders. Accessed on July 5, 2022.

Versi Terbaru

05/04/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

Tiba-tiba Berasa Cemas @ Gelisah? Usah Panik! Amalkan Teknik Pernafasan Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan