Kenapa orang lelaki kena pakai perfume?
Seperti mana kami nyatakan di atas tadi, tubuh badan lelaki mungkin lebih berbau berbanding orang lain dan penggunaan perfume adalah amat penting bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Selain untuk tampil lebih harum dan segak, orang lelaki turut memerlukan minyak ajaib ini bagi:
- Keyakinan diri – Selain daripada keterampilan pakaian dan percakapan, bauan lelaki juga sangat penting untuk keyakinan diri tatkala sedang berhadapan dengan masyarakat.
- Mengurangkan stres – Dalam pada itu, minyak wangi akan membuat kalian lebih tenang lantas menjadi sebab tekanan kehidupan dapat dikurangkan.
- Meningkatkan mood – Sehubungan di atas, mood kalian akan berubah dan bertambah baik dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.
- Menarik perhatian orang lain – Terakhir, lelaki alpha sudah tentu mendambakan perhatian agar setiap ujaran, arahan dan tindak-tanduk mereka diperhatikan oleh orang lain!
Berdasarkan sebab-sebab di atas, kualiti anda sebagai seorang lelaki akan meningkat mendadak dengan hanya menggunakan perfume. Namun, ia mungkin tidak semudah yang disangka.
Persoalannya, produk minyak wangi lelaki tahan lama bagaimana yang harus dipilih dan dipakai?

Jenama minyak wangi lelaki yang terbaik!
Di pasaran, ada banyak jenis minyak wangi lelaki tahan lama yang dikatakan bagus, namun bukan semua itu sesuai untuk digunakan kerana kesannya berbeza bergantung kepada individu.
Disebabkan itu, lelaki perlu lebih bijak ketika memilih dan memakai perfume yang ideal supaya ia dapat tahan lebih lama di samping mengeluarkan bau, aroma serta suasana paling sesuai.
Sebelum pergi lebih dalam, lelaki perlu tahu terdapat banyak jenis perfume di pasaran termasuk:
- Parfum: 20 – 30% kepekatan
- Eau de Parfum (EDP): 10 – 20% kepekatan
- Eau de Toilette (EDT): 4 – 15% kepekatan
- Eau de Cologne (EDC): 2 – 5% kepekatan
- Eau de Fraiche (EDF): 1 – 2% kepekatan
Tahap ketahanan minyak wangi pula sangat bergantung kepada kepekatan isipadu di dalam botol produk tertentu. Hipotesisnya, lebih pekat minyak wangi itu, lebih lama ia boleh bertahan.
Dalam erti kata lebih mudah, lelaki yang ingin perfume melekat lebih lama perlu memakai produk dengan kepekatan paling tinggi.

Gunakan perfume yang sesuai dengan anda!
Ya, memang ada banyak jenis minyak wangi yang berbeza ketahanan, kepekatan serta kandungan dan ramuan. Bergantung pada keperluan dan keinginan, lelaki perlu tahu mana yang terbaik.
Contohnya, ada orang lelaki yang terpaksa menggunakan perfume terkuat yakni dari jenis parfum kerana bau badan yang juga ‘kuat’ lantas memerlukan lebih ‘kuasa’ daripada produk tersebut.
Wujud pula lelaki yang mungkin cuma perlu menggunakan perfume dengan tahap ketahanan atau kepekatan kurang tinggi seperti EDP, EDT, EDC dan EDF ekoran bau badan yang ‘sederhana’.
Penggunaan jenama minyak wangi juga berbeza bergantung individu. Sila rujuk pakar untuk tahu!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen