Anda selalu rasa resah? Jantung pula sering berdegup kencang tanpa sebab? Mungkin pemakanan anda adalah puncanya! Sekiranya anda menghidap kegelisahan, anda perlu tahu ada beberapa makanan yang menjadi pantang larang anxiety dan perlu dielakkan oleh pesakit.
Dalam artikel kali ini, kami akan ceritakan serba sedikit mengenai makanan yang boleh mencetuskan kegelisahan dan cara hilangkan anxiety attack.
Teruskan membaca sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
5 makanan yang menjadi pantang larang anxiety
Tahukah anda, ada 5 makanan menjadi pantang larang anxiety? Antara makanannya ialah:
1. Kafein
Menurut Persatuan Kopi Amerika Syarikat, 62% rakyat negara tersebut minum kopi.
Namun, tahukah anda, kopi mungkin dalang sebenar di sebalik kegelisahan yang anda alami? Jika anda sering berdebar atau resah, elakkan kopi kerana ia merupakan salah satu penyebab simptom anxiety teruk!
Kopi merupakan sejenis stimulan. Malah, bagi penghidap anxiety, kopi mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jadi, fikir dulu sebelum anda teguk kopi bagi memulakan sebarang kerja!
Benar, kopi merupakan minuman yang selamat terutamanya jika diambil dalam dos yang rendah.
Namun, kajian menunjukkan minuman ini boleh membuatkan keresahan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan serangan panik!
Tip: Orang dewasa yang mengambil lebih daripada 400 mg kafein setiap hari lebih berisiko mengalami keresahan dan serangan panik. Jika anda penggemar kopi, ketahuilah bahawa secawan kopi bersaiz ‘grande’ mengandungi hampir 310 mg kafein!
Pantang larang anxiety 2: Gula
Suka teh ais, makanan manis dan juga pencuci mulut? Inilah masanya untuk anda kurangkan pengambilan makanan bergula.
Menurut pakar, gula merupakan penyebab utama keresahan dan juga depresi!
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula dalam diet harian didapati dapat meningkatkan risiko depresi.
Makanan yang manis akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Akibatnya, anda akan jadi makin resah dan gelisah!
Jika boleh, jauhkan diri daripada makanan bergula. Bukannya tidak boleh, tapi simpan makanan manis untuk acara yang istimewa sahaja ya!
Tip: Jika anda inginkan sesuatu yang manis, beralihlah kepada buah-buahan segar seperti epal, pir, beri atau oren.
3. Makanan segera atau daging yang diproses
Daging yang diproses dan makanan segera seperti pizza, sosej, kentang goreng, gula-gula dan makanan bergoreng merupakan antara punca inflamasi.
Jika diambil terlalu banyak, ia boleh menyebabkan kegelisahan dan membuatkan mood anda terganggu.
Benar, makanan ini mudah disediakan dan boleh didapati dengan harga yang murah.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Public Health Nutrition, individu yang gemar mengambil makanan segera mempunyai risiko sebanyak 51% untuk mengalami depresi berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
Amalkan pengambilan makanan hilangkan anxiety yang sihat untuk mengurangkan simptom anxiety teruk anda.
Diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan dapat membuatkan anda rasa lebih sihat dan bertenaga.
Pantang larang anxiety 4: Minuman beralkohol
Minuman beralkohol tidak akan menghilangkan masalah anda, ia hanya akan membuatkan anda semakin resah!
Sebab itulah, sebarang minuman beralkohol merupakan pantang larang anxiety!
Menurut pakar, minuman ini mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.
Selain itu, ia akan menyebabkan dehidrasi dan akan mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.
Ambil minuman ini secara sederhana. Jika anda menghidap penyakit tertentu, elakkan minuman beralkohol.
5. Ubat-ubatan tertentu
Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada antaranya yang akan mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.
Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan sebegini ialah ubat-ubatan tiroid dan asma.
Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan contohnya benzodiazepines, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan doktor.
Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia hanya akan menyebabkan keresahan anda menjadi semakin serius.
Cara hilangkan anxiety attack
Berikut merupakan cara merawat anxiety tanpa ubat yang anda boleh lakukan:
- Berehat jika perlu. Tonton televisyen, dengar lagu, lakukan meditasi atau lakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu anda rasa lebih tenang.
- Ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, berminyak dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Kedua minuman ini adalah pantang larang anxiety.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Bersenam setiap hari juga merupakan cara hilangkan anxiety attack yang berkesan. Senaman dapat membuatkan mood anda stabil.
- Berpandangan positif.
- Belajar tentang kondisi anda dan kenal pasti apa yang membuatkan anda resah.
Jumpa doktor sekiranya anda:
- Rasa sangat risau sehingga ia mengganggu kerja, perhubungan dan kehidupan seharian
- Rasa takut dan gelisah yang sukar untuk dikawal
- Kegelisahan yang dialami berkait rapat dengan kesihatan fizikal
- Ingin membunuh diri
[embed-health-tool-bmi]