backup og meta

Gangguan Kegelisahan Bukan Sekadar Permainan Di Minda

Gangguan Kegelisahan Bukan Sekadar Permainan Di Minda

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri

Apa yang anda faham mengenai gangguan kegelisahan? Jika anda sering mengalami dan memikirkan dialog seperti:

“Bagaimana sekiranya produktiviti saya menurun?’, “Bagaimana sekiranya apa yang saya katakan hanya sia-sia?’, “Bagaimana sekiranya saya gagal dalam ujian matematik?’

Soalan-soalan seperti “Bagaimana sekiranya’ yang sering kita hadapi setiap hari adalah pencetus kepada kegelisahan. Kegelisahan adalah emosi manusia yang normal terhadap jangkaan ancaman yang berlaku pada masa hadapan. Kita mungkin berasa gelisah sebelum bermulanya peperiksaan, pembentangan atau acara-acara sosial. Ianya adalah respons semulajadi yang membantu kita untuk sentiasa berwaspada, memberi tumpuan dan bersedia untuk lakukan yang terbaik. Tetapi kegelisahan boleh menjadi melampau, sehingga mengganggu kehidupan kita apabila ianya berlebihan.

Terlalu banyak berfikir, kegelisahan tanpa sebab yang kuat adalah petanda gangguan kegelisahan. Manusia yang mengalami gangguan kegelisahan bergelut dengan emosi yang kuat dikenalpasti melalui pemikiran dan kegelisahan yang berulang dan berpanjangan serta perubahan fizikal seperti denyutan jantung yang laju serta peningkatan tekanan darah. Seseorang dengan gangguan kegelisahan mungkin akan mengelakkan diri daripada berada dalam situasi tertentu yang yang membuatkannya sentiasa berwaspada dan risau —yang mungkin sebenarnya tidak berlaku pun.

Jenis-jenis gangguan kegelisahan

Gangguan kegelisahan boleh dibahagikan kepada enam jenis utama. Ini termasuklah gangguan kebimbangan umum (GAD), gangguan panik, gangguan kegelisahan sosial, fobia tertentu, gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). GAD adalah gangguan kegelisahan yang paling biasa berlaku dimana penghidapnya bergelut dengan kegelisahan yang berpanjangan dan melampau, dan berasa bimbang mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, benda-benda dan situasi-situasi yang tidak khusus.

Kegelisahan mungkin akan melarat dalam bentuk serangan secara tiba-tiba. Serangan kegelisahan mempunyai ciri-ciri seakan sama dengan serangan jantung. Ianya berlaku secara tiba-tiba dengan simptom-simptom yang biasanya hanya wujud sekitar beberapa minit, atau dalam beberapa jam, tetapi ianya jarang berlaku. Serangannya akan memuncak sekitar 10 minit dan akan berkurangan secara berterusan. Seseorang akan berasa penat dan keletihan selepas serangan kegelisahan.

Mempunyai kegelisahan secara berterusan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan kita yang ramai tidak sedari. Ini akan melibatkan perubahan dalam sistem pencernaan, risiko terkena jangkitan, perubahan dalam kardiovaskular, saluran pembuangan air kecil dan sistem pernafasan.

Rawatan untuk gangguan kegelisahan

Gangguan kegelisahan, sepertimana gangguan yang lain, adalah sesuatu yang harus dipelajari bagaimana untuk mengurus dan mengatasinya dengan bantuan serta sokongan yang sewajarnya.

“Sepertimana kita selalu menjaga seseorang yang penting dalam kehidupan kita, kita juga harus memastikan kita mengambil berat terhadap diri sendiri juga,” Ahli psikologi klinikal, Aina Nur Azmi menegaskan mengenai kepentingan menjaga keadaan diri sendiri.

“Oleh itu, berilah bantuan yang diperlukan oleh diri kita, maklumkan mengenai masalah kegelisahan kita dan dapatkan pertolongan secara profesional.’

“Kehidupan tidak akan sunyi daripada cabaran dan dugaan tetapi kita sentiasa boleh menguruskan, menyesuaikan dan menggunakan corak pemikiran yang lebih membantu dan positif,” tambah Aina lagi.

Tanpa mengira pandangan suram kehidupan yang mungkin dialami oleh penghidap, kegelisahan boleh diatasi melalui kesemua pilihan rawatan yang ada. Salah satu rawatan yang praktikal untuk gangguan kegelisahan adalah melalui Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT). Ianya membantu pesakit mengubah semula pemikiran-pemikiran negatif, mencabar kepercayaan teras mereka melalui sesi terapi secara individu. Kumpulan sokongan juga tersedia disamping bahan bacaan untuk bantuan diri sendiri seperti buku-buku. Walaupun simptom-simptom yang serius mungkin memerlukan ubat-ubatan, meditasi dan senaman atau latihan pernafasan panjang (deep breath exercise) juga boleh membantu kita untuk mengatasi simptom-simptom tersebut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Aina Nur Azmi

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kalau Kena Serangan Anxiety Tiba-Tiba, Boleh Buat 7 Teknik Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

5 Mitos Biasa Dengar Tentang Ubat Anxiety, Boleh Percaya Ke?


Ditulis oleh

Aina Nur Azmi

· Hello Health Group


Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan