Apakah sebenarnya fobia?
Bercakap soal fobia ini, adakah anda memiliki jenis fobia tertentu yang anda sedang alami? Bagi mereka yang tidak tahu, fobia bermaksud sejenis ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang mudarat. Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi. Ia berbeza dengan ketakutan biasa kerana fobia boleh menyebabkan kesukaran yang boleh mengganggu kehidupan individu tersebut.
Apakah kategori fobia yang ada?
Berdasarkan Diagnistic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Kelima (DSM-5), fobia tertentu boleh dikategorikan kepada 5 bahagian umum iaitu:
- Ketakutan berkaitan haiwan seperti labah-labah, ular dan serangga
- Ketakutan berkaitan persekitaran semula jadi seperti ketinggian, guruh, kilat dan kegelapan
- Ketakutan berkaitan darah, kecederaan, dan keadaan kesihatan seperti suntikan, dan kepatahan tulang
- Ketakutan berkaitan situasi tertentu seperti menaiki kapal terbang, menunggang motosikal atau menaiki lif
- Ketakutan lain seperti tercekik, bunyi bising dan lemas
Berapa banyakkah jenis fobia yang ada?
Sebenarnya, tidak terdapat jumlah sebenar berkenaan jenis fobia yang ada. Oleh itu, penyelidik akan mewujudkan nama khas bagi jenis fobia yang berlaku apabila ia terjadi. Kajian mengenai fobia juga adalah satu proses yang sedikit rumit memandangkan ramai individu yang mengalami fobia tidak mendapatkan rawatan dan kes fobia tidak dilaporkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen