backup og meta

Tak Cukup Tidur? Cuba 9 Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Tak Cukup Tidur? Cuba 9 Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Hampir setiap orang pernah mengalami kondisi ‘mata panda’ namun tidak tahu cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata.

Ia dipercayai berlaku akibat kurang tidur pada waktu malam serta beberapa lagi punca lain yang mungkin tidak disangka.

Jika kondisi ini terjadi, maka akan ‘kuranglah’ penampilan anda, bahkan penggunaan alat solek perlu dipraktikkan untuk menutup ‘cela’ ini.

Jangan risau, sebenarnya terdapat beberapa cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata ini. Jom ikuti pendedahan kami!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkan di sini.

Apa punca sebenar lingkaran hitam bawah mata?

Ramai yang percaya bahawa kondisi mata panda ini adalah disebabkan oleh kurang tidur dan anda tidak salah mengenainya.

Ini kerana kurang tidur akan membuatkan tisu pada sekitar kawasan bawah mata menjadi lebih gelap dan buruk.

Namun anda juga perlu tahu bahawa terdapat punca lain ia berlaku seperti:

  • Tekanan – Melihat skrin gadjet terlalu lama boleh sebabkan tekanan pada mata sekali gus jejaskan saluran darah di sekitarnya

cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata

  • Usia – Penuaan akan mengakibatkan kulit sekitar mata menjadi lebih nipis
  • Genetik – Jika ada ahli keluarga yang mengalaminya, anda juga berisiko
  • Hormon – Kehamilan atau alami kitaran haid juga adalah antara puncanya
  • Nutrisi – Kurangnya pengambilan kumpulan vitamin seperti A, C, E & K
  • Alergi – Reaksi alahan akibat alergen juga adalah faktor kondisi ini terjadi
  • Dehidrasi – Lingkaran ini adalah tanda tubuh badan anda kekurangan air
  • Cahaya matahari – Terdedah kepada sinar ultra ungu boleh menghasilkan melanin lantas membuat pigmen kulit mata lebih gelap
  • Tabiat buruk – Aktiviti menghisap rokok dan meminum alkohol boleh menjejaskan kulit serta merosakkan kesihatan individu

Jika sudah terjadi kondisi ini, apa perlu buat sebagai cara hilangkan hitam bawah mata?

Apa cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata?

Pertama sekali, anda sangat disarankan untuk berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan atau ubatan sepatutnya.

Berikut adalah antara beberapa cara hilangkan hitam bawah mata yang kalian boleh cuba:

#1. Gunakan rawatan berbentuk ubatan

Pelbagai jenis krim, gel atau losen yang mengandungi hydroquinone contohnya retinol sangat membantu dalam usaha mencerahkan kembali kulit gelap di bawah mata.

#2. Gunakan pelindung matahari setiap hari

Terutamanya ketika hari siang dan panas, pelindung matahari akan dapat membantu melindungi kulit anda yang akan mudah terdedah kepada sinaran ultra ungu.

Cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata #3. Rawat alergi

Jika kondisi ini adalah disebabkan oleh alahan, sila rawat ia terlebih dahulu dengan mengambil antihistamine seperti mana yang telah dipreskripsikan oleh doktor.

#4. Amalkan diet pemakanan yang seimbang

Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kolagen, vitamin, zat besi dan asid amino dalam usaha untuk menguatkan bahagian kulit bawah mata anda.

Dalam pada itu, elakkan daripada mengambil makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak garam kerana ia akan menyebabkan retensi cecair pada kulit.

cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata

Cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata #5. Terapi kolagen

Lebih dikenali sebagai prosedur microneedling, ia mampu mengurangkan kedut, parut serta masalah pigmen kulit termasuklah lingkaran hitam bawah mata.

#6. Amalkan cara tidur yang sihat

Paling penting, kalian perlu tidur secukupnya pada waktu malam dan tempoh yang dipercayai adalah sekitar 7 ke 8 jam sehari untuk individu dewasa.

Semasa tidur pula, anda disarankan untuk menggunakan lebih bantal bagi mengelakkan cecair mata turun ke bawah lantas menyebabkan kondisi ini.

#7. Kekalkan hidrasi tubuh badan

Pakar menyarankan anda untuk minum 13 cawan air sehari untuk lelaki dan 9 cawan air sehari untuk wanita bagi mengelakkan dehidrasi tubuh badan. Ini antara cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata yang paling mudah!

Cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata #8. Tuaman pek ais

Air batu mampu melegakan pembengkakan salur darah mata dengan menuamnya secara cermat dan perlahan pada bahagian sekitar mata anda.

cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata

#9. Sapukan dengan ramuan alternatif di rumah

Antara cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata yang kalian boleh cuba sendiri di rumah adalah dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut:

  • Uncang teh
  • Ubi kentang
  • Tomato
  • Oren
  • Lemon
  • Avokado
  • Minyak badam
  • Air basuhan nasi

Jika anda ada masalah ini, anda boleh cuba salah satu yang kami cadangkan di atas, mana tahu ada yang serasi dengan anda. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What causes dark circles under the eyes? https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17760701/. Accessed Jan 19, 2022.
  2. Dark circles under the eyes. https://dermnetnz.org/topics/dark-circles-under-the-eyes/. Accessed Jan 19, 2022.
  3. How to Get Rid of Dark Circles Under Your Eyes. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2020/treating-dark-circles-eyes.html. Accessed Jan 19, 2022.
  4. Dark circles under eyes. https://www.mayoclinic.org/symptoms/dark-circles-under-eyes/basics/definition/sym-20050624#:~:text. Accessed Jan 19, 2022.
  5. All About Dark Circles And How To Remove Them Permanently. https://www.femina.in/beauty/skin/all-about-dark-circles-and-how-to-treat-them-57696.html. Accessed Jan 19, 2022.

Versi Terbaru

27/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

Risau Bawah Mata Kanan Bergerak Tanpa Henti? Ini 8 Punca Sebenarnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan