home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anda Mempunyai Lingkaran Gelap Di Bawah Mata? Cuba 7 Makanan Ini

Anda Mempunyai Lingkaran Gelap Di Bawah Mata? Cuba 7 Makanan Ini

Kawasan gelap di bawah mata dipanggil lingkaran hitam atau dark circle. Bagi kedua-dua lelaki dan wanita, lingkaran hitam ini boleh memberi kesan kepada penampilan mereka. Terdapat pelbagai punca lingkaran hitam, seperti tekanan, tidur lewat, genetik, terdedah kepada matahari atau terlalu lama di hadapan komputer. Untuk merawat lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh menggunakan barang kosmetik, bahan kimia atau rawatan semula jadi.

Selain rawatan yang mahal untuk lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh mencuba beberapa makanan asas untuk mengurangkannya. Makanan ini boleh didapati dengan mudah dan murah.

Tomato

Tomato mengandungi jumlah Vitamin A yang tinggi. Iamerupakan nutrien penting untuk mengurangkan dark circle. Menurut Mayo Clinic, Vitamin A boleh mengekalkan mata yang sihat dan juga mengurangkan penyakit mata seperti mata kering, mata letih, yang menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

Kaedah rawatan terbaik adalah mencampurkan satu sudu teh jus tomato dan satu sudu teh jus lemon bersama. Kemudian sapukan pada muka selama 10 minit. Cuci campuran ini dengan air sejuk. Anda perlu mengulanginya dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ubi Kentang

Vitamin K dalam ubi kentang boleh menyembuhkan lingkaran gelap anda kerana lingkaran gelap juga merupakan simptom kekurangan vitamin K di dalam badan. Gunakan ekstrak kentang dan sapukan dengan pad kapas pada mata tertutup. Pastikan pad kapas meliputi semua kawasan mata. Cuci kawasan mata dengan air suam selepas 10 hingga 15 minit.

Uncang Teh

Kafein dan antioksida dalam uncang teh sejuk (yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk) boleh membuat kawasan lingkaran gelap menjadi lebih pudar. Teh juga mengandungi tanin yang boleh merawat bengkak dan perubahan pada warna. Anda boleh meletakkan uncang teh sejuk di kawasan mata dari 5 hingga 15 minit setiap hari sebelum tidur.

Jus Oren Atau Lemon

Vitamin C dapat mencerahkan kulit dan memberikan nutrisi pada kulit. Oleh itu, menyapu jus oren atau lemon boleh memudarkan kulit gelap di kawasan mata. Untuk meningkatkan keberkensannya, jus oren boleh dicampurkan dengan beberapa titik gliserin. Sapukan campuran ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya.

Minyak Badam

Menurut banyak kajian, vitamin E adalah nutrien untuk kulit dan juga membantu menghidrat kulit. Kulit yang sihat boleh merawat lingkaran gelap dengan sendiri. Dengan menggunakannya setiap hari dalam jumlah yang kecil di kawasan gelap terbabit dan urut perlahan-lahan, lingkaran gelap akan dikurangkan dalam beberapa bulan.

Avocado

Kaya dengan vitamin B, E dan K, avokado boleh menjadi topeng muka sesuai untuk merawat kawasan lingkaran gelap. Khususnya alpukat, ia sangat baik untuk kulit kering. Cara yang paling mudah untuk menggunakan alpukat adalah dengan meletakkan beberapa keping alpukat segar pada kulit. Alihkan selepas 15 hingga 20 minit dan ulang teknik ini dengan kerap untuk hasil yang ketara.

Air Basuhan Nasi

Di negara-negara Asia, beras adalah makanan yang penting bagi setiap hidangan. Disebabkan ia mengandungi vitamin B1, air beras boleh memulihkan keadaan kulit gelap anda. Selepas membasuh beras, simpan air basuhan kedua. Kemudian masukkannya ke dalam peti sejuk. Sapukan air beras sejuk dengan pad kapas dua kali sehari pada kulit. Teknik ini boleh mengurangkan lingkaran gelap dan mencerahkan kulit.

Lingkaran gelap tidak boleh dirawat dalam jangka pendek dengan menggunakan produk semulajadi sahaja. Rawatan untuk lingkaran gelap terdiri daripada terapi semula jadi, perubatan atau pembedahan laser.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Freitag F, Cestaru T, 2007, What Causes dark circles under the eyes?, Vol 6, Iss 3, Ppg 211-215 http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1473-2165.2007.00324.x/full. Accessed on December 21, 2016.

Willett W, Sesso H, Rimn E, Food and Vitamins and Supplements! Oh My! Demystifying nutrition: the value of food, vitamins and supplements, https://hms.harvard.edu/sites/default/files/assets/Sites/Longwood_Seminars/Nutrition_3_5_13.pdf. Accessed on December 21, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 08/05/2018
x