backup og meta

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini Atau Mata Jadi Lebih Teruk!

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini Atau Mata Jadi Lebih Teruk!

Bagi individu yang mempunyai penyakit glaukoma mata, aspek pemakanan perlu dititikberatkan. Jom kenal pasti jenis makanan perlu dielak dan harus diambil agar mata tidak jadi lebih teruk!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.

Menghidap penyakit glaukoma mata

Glaukoma adalah masalah kronik di mana tekanan pada mata menyebabkan kerosakan saraf optik.

Keadaan ini boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan

Umumnya, rawatan bagi masalah mata ini adalah untuk menurunkan tekanan pada mata.

Ia dilakukan dengan ubat titis mata, ubat oral atau prosedur pembedahan, seperti pembedahan laser. 

Tetapi bagaimana pula dengan pemakanan? Adakah terdapat jenis makanan tertentu yang perlu dihindari oleh individu yang menghidap glaukoma?

penyakit glaukoma mata

Makanan buruk untuk penyakit glaukoma mata!

Walaupun masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan, namun para pengamal kesihatan mencadangkan 4 jenis makanan berikut mungkin memberi kesan pada glaukoma.

1. Makanan kaya asid lemak trans

Asid lemak trans dikaitkan dengan tahap kolesterol tinggi dan boleh merosakkan saluran darah dalam tubuh, termasuklah pada bahagian mata. 

Pengambilan makanan tinggi asid lemak boleh menjejaskan saraf optik dan ia tidak dapat dipulihkan.

Elakkan makanan seperti biskut, kek, donut atau makanan bergoreng contohnya kentang goreng bagi mengelakkan masalah mata menjadi bertambah teruk.

2. Makanan kaya dengan lemak tepu

Jenis makanan ini antara yang perlu anda elakkan.

Umumnya, lemak tepu tidak memberikan banyak nutrisi dan harus dihadkan pengambilannya, khusus bagi mereka dengan glaukoma

Ia bukan sahaja akan memburukkan lagi keadaan mata anda tetapi turut menjadi penyebab kenaikan berat badan. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa indeks jisim badan yang lebih tinggi (BMI), mungkin mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko glaukoma dan tekanan mata intraokular (IOP).

Antara makanan dengan lemak tepu tinggi adalah daging lembu atau daging merah lain seperti kambing. 

Penggunaan mentega juga harus dihadkan, sebaiknya cuba gunakan minyak zaitun dalam masakan anda.

3. Minuman kopi dan alkohol

Kopi adalah minuman pilihan kebanyakan individu pada waktu pagi tetapi jika anda menghidap penyakit glaukoma mata atau kemungkinan mengalaminya, dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan minuman ini.

Kopi telah direkodkan boleh meningkatkan IOP, yang menyebabkan kerosakan saraf optik. 

Anda boleh menggantikan kopi dengan minuman lain seperti teh hijau, yang merupakan pilihan lebih sihat kerana penuh dengan antioksidan. 

Ia juga dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah anda – antara faktor yang diketahui boleh memburukkan lagi kerosakan saraf optik. 

Minuman beralkohol pula secara rasminya tidak mempunyai kaitan langsung dengan peningkatan tekanan mata tetapi pengamal perubatan mencadangkan mengurangkan pengambilan minuman ini.

penyakit glaukoma mata

Makanan bagus untuk penyakit glaukoma mata

Jika terdapat senarai jenis makanan yang perlu dielakkan, pastinya ada makanan yang baik untuk pencegahan penyakit glaukoma, bukan?

Berikut disenaraikan 5 makanan yang baik untuk mengurangkan risiko mengalami masalah mata, antaranya:

1. Karbohidrat kompleks

Karbohidrat boleh meningkatkan tahap insulin tubuh badan

Bagi penghidap penyakit glaukoma, mengekalkan tahap insulin yang normal sangat mustahak kerana peningkatannya boleh menyebabkan IOP dan tekanan darah.

Pastinya ia akan memburukkan lagi gejala penyakit glaukoma

Jadi apa yang mesti anda buat? Patutkah anda berhenti mengambil karbohidrat?

TIDAK. Ini kerana tubuh memerlukan karbohidrat untuk berfungsi dengan baik.

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil karbohidrat kompleks.

Jenis makanan seperti kacang dan sayur-sayuran mengandungi banyak karbohidrat kompleks.

Anda boleh menambahnya untuk karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan seperti:

  • Kentang
  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Bijirin
  • Makanan bakar seperti pastri
  • Gula ringkas

2. Salmon

Ikan air sejuk, misalnya salmon adalah yang terbaik untuk penyakit glaukoma mata.

Ia mengandungi DHA (asid docosahexaenoic) – asid lemak omega 3 yang penting bagi retina dan boleh mencegah plak.

penyakit glaukoma mata

3. Bayam 

Sayur berdaun hijau seperti bayam adalah antara yang terbaik untuk mata kerana kaya dengan lutein, karotenoid – sebatian yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni.

Ia baik untuk melindungi sel daripada kerosakan.

4. Walnut

Daripada jenis makanan kekacang, walnut adalah sumber asid lemak omega-3 terbaik.

Dalam jumlah yang kecil, asid lemak ini boleh bertukar menjadi EPA atau asid eicosapentaenoic – sangat bermanfaat untuk mata.

Walnut penuh dengan antioksidan dan vitamin E yang membantu mencegah keradangan serta menjaga kesihatan kardiovaskular.

Selain itu, ia juga berperanan menurunkan protein C-reaktif, petunjuk keradangan dalam tubuh. 

Pengambilan kacang walnut bukan sahaja baik dalam menghindari masalah mata, malahan ia juga mengurangkan risiko mengalami masalah jantung sehingga 50%. 

5. Avokado

Avokado juga merupakan antara makanan terbaik untuk mata kerana tinggi kandungan nutrien penting seperti vitamin C, beta-karoten, vitamin B6 dan vitamin E.

Ia kaya dengan lutein yang membantu mencegah penyakit seperti degenerasi makular dan penyakit glaukoma mata.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is There a Connection Between Diet, Eye Pressure and Glaucoma?, https://www.brightfocus.org/glaucoma/article/there-connection-between-diet-and-glaucoma, Accessed Nov 3 2020.
  2. Treating Glaucoma, https://www.glaucoma.org/treatment/nutrition-and-glaucoma.php, Accessed Nov 3 2020.
  3. Patients’ Guide to Living with Glaucoma, http://www.dishaeye.org/blog/patients-guide-living-glaucoma/, Accessed Nov 3 2020.
  4. Glaucoma,
    https://nutritionguide.pcrm.org/nutritionguide/view/Nutrition_Guide_for_Clinicians/1342079/all/Glaucoma, Accessed Nov 3 2020.
  5. Dietary Treatment of Glaucoma, https://nutritionfacts.org/video/dietary-treatment-of-glaucoma/, Accessed Nov 3 2020.

 

Versi Terbaru

09/11/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

Selain Buta, Glaukoma Turut Boleh Jadi Punca Masalah Mata Malas @ Juling?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan