backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selain Buta, Glaukoma Turut Boleh Jadi Punca Masalah Mata Malas @ Juling?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    Selain Buta, Glaukoma Turut Boleh Jadi Punca Masalah Mata Malas @ Juling?

    Kondisi glaukoma mata bukanlah satu masalah asing bagi masyarakat kita kerana ramai yang menderita masalah ini terutama golongan tua.

    Ia merupakan antara masalah penglihatan yang teruk kerana komplikasinya turut boleh jadi punca kepada kebutaan mata.

    Selain itu juga, glaukoma pada mata turut dikaitkan dengan kondisi lain seperti mata malas serta mata juling. Benarkah? Jom teruskan pembacaan anda!

    Apa itu kondisi glaukoma mata?

    Glaukoma merupakan sejenis penyakit mata yang berlaku apabila sebahagian bola mata mengalami kerosakan saraf optik.

    Kerosakan ini dipercayai adalah akibat daripada tekanan tinggi yang seterusnya boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat.

    Secara umumnya, terdapat beberapa jenis glaukoma yang wujud termasuklah:

    • Glaukoma sudut terbuka
    • Glaukoma sudut tertutup
    • Glaukoma tekanan biasa
    • Glaukoma pigmentari
    • Glaukoma kongenital
    • Glaukoma sekunder

    Kebiasaannya, kondisi ini kerap berlaku kepada individu berusia 60 tahun ke atas namun masih boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur.

    glaukoma mata

    Apa punca kondisi glaukoma mata?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, glaukoma pada mata boleh terjadi apabila wujudnya tekanan tinggi.

    Tekanan ini terjadi apabila terdapat ketidakstabilan dalam proses pembentukan cecair atau air mata di dalam mata.

    Ia kemudiannya boleh menjurus kepada masalah kerosakan saraf optik dan jika tidak dirawat, akan menyebabkan kebutaan.

    Terdapat beberapa faktor risiko terhadap penyakit ini, ia seperti berikut:

    • Berusia lebih 60 tahun
    • Sejarah keluarga yang mempunyai glaukoma
    • Daya mata yang lemah
    • Saiz mata yang kecil
    • Mata pernah mengalami kecederaan akibat kemalangan
    • Menghidap kencing manis
    • Menghidap sakit jantung
    • Menghidap tekanan darah tinggi
    • Mengambil ubatan tertentu seperti prednisone
    • Mengambil ubat titis mata dalam tempoh masa lama

    glaukoma mata

    Ia berkaitan dengan kondisi mata yang lain?

    Kondisi glaukoma pada mata ini sering kali dikaitkan dengan masalah mata yang kronik seperti kehilangan penglihatan.

    Sekiranya ia tidak dirawat dengan lebih awal, kondisi buta yang dialami akibat glaukoma tidak mungkin boleh dirawat lagi.

    Dalam pada itu, ia turut dikatakan boleh jadi punca kepada 2 lagi masalah mata yang lain seperti mata malas dan mata juling.

    Sebelum itu, marilah kita rungkai definisi 2 kondisi mata ini terlebih dahulu:

    Mata malas

    Juga dikenali sebagai Strabismus, ia merupakan kondisi di mana kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama.

    Untuk lebih faham, ia akan menyebabkan sebelah mata menunjuk ke sebelah lain manakala sebelah lagi menunjuk ke sebelah lain.

    Mata juling

    Juga dikenali sebagai Amblyopia, ia merupakan kondisi di mana otak anda mengutamakan satu mata dan mengabaikan mata lain.

    Ia berlaku disebabkan wujud satu mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekali gus menyebabkan otak tidak menganggapnya berfungsi dengan normal.

    Persoalannya, benarkah glaukoma mata adalah punca kepada masalah-masalah ini?

    Benarkah ia boleh jadi punca masalah mata ini?

    Terdapat banyak punca masalah mata malas atau mata juling dan antara yang paling utama adalah disebabkan oleh genetik itu sendiri.

    Dalam pada itu, banyak kes telah dilaporkan penderita masalah mata ini pernah atau masih mengalami masalah mata lain iaitu glaukoma.

    Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh tekanan akibat glaukoma mata yang tinggi lantas menyebabkan ketidakstabilan pada kedudukan dan kejajaran bola mata.

    Pun begitu, masih belum wujud sebarang kajian saintifik yang mengesahkan bahawa perkara ini adalah sahih ataupun tidak.

    Meskipun ia masih belum pasti namun wujud kemungkinan bahawa ia boleh berlaku, jadi sila rawat kondisi glaukoma segera.

    Bagaimana merawat glaukoma pada mata?

    Perkara pertama yang perlu kalian lakukan jika mengesyaki mengalami masalah mata ini adalah berjumpa dengan pakar mata segera.

    Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk menjalani rawatan berbentuk berikut:

    • Preskripsi ubat mata
    • Pembedahan laser
    • Pembedahan mikroskop

    Dengan mengambil langkah lebih awal, maka komplikasi seperti kondisi buta, mata malas atau mata juling dapat dielakkan.

    Namun kalian juga harus tahu bahawa rawatan ini masih mempunyai risiko untuk gagal jika penderita tidak bernasib baik.

    Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi pada masa kini dan penjagaan penglihatan yang betul maka anda dapat memastikan kesihatan mata berada pada tahap yang terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan