Ini kerana terdapat banyak manfaat yang boleh diterima oleh lelaki dengan berkhatan terutamanya terhadap kesihatan tubuh badan secara total.
Berikut adalah antaranya:
#1. Memastikan kebersihan alat sulit
Buat anda yang belum tahu, kulup adalah bahagian pada zakar yang paling kotor kerana ia adalah lebihan kulit yang tertutup dan sukar dicuci terutamanya pada bahagian dalamnya.
Oleh itu, cara yang paling mudah untuk memastikan alat sulit lelaki lebih bersih adalah dengan membuangnya.
Dengan bersunat, kita mampu untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan seperti:
- Phimosis
- Posthitis
- Balanitis
Selain itu, ia juga akan memudahkan lelaki untuk mencuci zakar dengan menggunakan air dan sabun sebagai rutin ketika mandi.
#2. Mengelakkan penyakit jangkitan kelamin (STD)
Menurut kajian American Academy of Pediatrics (AAP) pada 2012, berkhatan mampu menurunkan risiko penyakit jangkitan kelamin seperti AIDS/HIV sebanyak 50 ke 60%.
Dalam pada itu, kajian ini turut menemukan bahawa lelaki yang bersunat mempunyai risko 30% lebih rendah daripada terkena herpes dan human papillomavirus (HPV).
Manakala ada kajian pada 2017 yang membuktikan bahawa wanita yang pasangannya bersunat adalah lebih kurang risiko terkena STD yang lain seperti herpes, sifilis dan chlamydia.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan lebih kurang risiko dijangkiti HIV dan juga kanser serviks.
Namun, berkhatan bukan satu alasan untuk anda melakukan seks yang tidak selamat.
Jadi, sila gunakan kondom sama ada kalian bersunat atau tidak bagi mengelakkan risiko jangkitan STD.
Jika tidak berkhatan, ini yang akan berlaku!

Baiklah, sekarang kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu apa kesan yang boleh berlaku jika tidak bersunat terutamanya selepas berkahwin?
Selain dari jangkitan akibat kuman, virus dan bakteria pada zakar, tidak berkhatan mungkin akan mendatangkan masalah kepada kehidupan seks kelak!
Menurut kajian pada 2013 terhadap 1,059 lelaki yang tidak bersunat dan 310 lelaki yang bersunat, terbukti bahawa golongan yang berkhatan mempunyai zakar yang kurang sensitif.
Ini adalah dapatan yang baik kerana alat sulit yang kurang sensitif membolehkan hubungan seks bersama pasangan bertahan lebih lama selain meminimumkan kesakitan di samping memaksimumkan kenikmatan.
Dapatan ini turut disokong oleh kajian pada 2016 terhadap 32 lelaki yang tidak bersunat dan 30 lelaki berusia 18 ke 37 tahun yang bersunat dan menunjukkan hasil kajian yang sama.
Pun begitu, berkhatan sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap kesuburan lelaki.
Oleh itu, jangan bimbang jika anda tidak berkhatan lagi namun cuba fikirkan kebaikannya yang lain.
Akhir kata, bersunat sudah boleh dianggap satu kemestian pada masa kini untuk memastikan kesihatan alat sulit lelaki yang lebih sihat!