backup og meta

Lelaki Boleh Periksa Sendiri Kondisi Mati Pucuk? Ya, Lakukan Ujian NPT Ini!

Lelaki Boleh Periksa Sendiri Kondisi Mati Pucuk? Ya, Lakukan Ujian NPT Ini!

Tiada kondisi lain yang lebih membimbangkan lelaki terutama yang membabitkan prestasi seksual mereka selain penis mati pucuk. Ia adalah mimpi ngeri buat semua kaum Adam.

Pun begitu, mungkin masih ada lelaki yang masih tidak tahu bahawa diri mereka sebenarnya ada masalah ereksi zakar ekoran kurangnya melakukan aktiviti seksual.

Ketahuilah bahawa anda juga boleh periksa sendiri kondisi zakar mati pucuk di rumah. Bagaimana? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa itu penis mati pucuk?

Buat anda yang masih belum tahu, zakar mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah kondisi di mana lelaki gagal untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar.

Sebenarnya, ada beberapa situasi yang mungkin boleh dikategorikan sebagai kondisi ED iaitu:

  • Zakar masih boleh tegang walaupun bukan setiap masa
  • Zakar masih boleh tegang namun tidak mampu bertahan
  • Zakar mati pucuk langsung tidak boleh tegang

Kondisi ini tentu sahaja akan menjejaskan kehidupan seorang lelaki dalam aspek seksual kerana mereka akan hilang keyakinan serta kemampuan untuk berasmaradana.

Tanpa mengira usia, ia mungkin boleh terjadi kepada mana-mana lelaki lebih-lebih lagi jika mereka ada beberapa faktor risiko yang akan disenaraikan di bawah nanti.

Mati pucuk boleh menjadi satu isu untuk orang lelaki.
Mati pucuk boleh menjadi satu isu untuk orang lelaki.

Apa punca penis mati pucuk?

Untuk pengetahuan anda, kondisi penis mati pucuk mungkin akan terjadi apabila terdapat keabnormalan pada salur darah atau sistem saraf alat sulit lelaki.

Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin akan meningkatkan risikonya termasuklah:

  • Kecederaan pada zakar: Zakar tercedera pada salur darah atau sistem saraf yang mengawal fungsi ereksi
  • Kondisi berkaitan fizikal: Masalah kesihatan tubuh badan khususnya yang melibatkan organ jantung serta buah pinggang
  • Kondisi berkaitan mental: Masalah kesihatan akal minda contohnya seperti tekanan, kegelisahan, kemurungan dan lain-lain
  • Pengambilan ubat tertentu: Ubatan klinikal seperti antidepresi, antihistamin, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit atau ubat masalah prostat
  • Penggunaan bahan terlarang: Sebagai contoh, tembakau, alkohol atau dadah yang boleh menjejaskan aliran darah dan sistem saraf zakar
  • Prosedur pembedahan @ perawatan: Prosedur kesihatan seperti pembedahan prostat atau perawatan radiasi untuk terapi kanser
Antara punca-punca mati pucuk.
Antara punca-punca mati pucuk.

Dalam pada itu, wujud juga faktor risiko lain seperti berat badan berlebihan atau aktiviti berbasikal yang turut dipercayai boleh jadi penyebab berlakunya penis mati pucuk.

Ujian NPT boleh kesan zakar mati pucuk?

Dalam usaha mengelak kondisi zakar mati pucuk berlaku, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengesan sama ada anda salah seorang penderitanya.

Untuk pengetahuan anda, zakar yang normal biasanya berereksi secara sendiri di saat kalian sedang tidur pada waktu malam tanpa sebarang rangsangan terhadapnya.

Jadi, untuk memeriksa secara sendiri sama ada kalian ada kondisi ini atau tidak, ada sejenis ujian yang mungkin kalian boleh cuba di saat sedang tidur pada waktu malam.

Ujian tersebut adalah nocturnal penile tumescence (NPT). Apakah ia? Jom teruskan membaca!

Apa anda perlu sediakan?

Anda perlu sediakan kira-kira 4 ke 6 helai setem yang berukuran sekitar 1 inci panjang dan 1 inci lebar serta sudah tidak ada gam pelekat di bahagian belakangnya.

Sebagai alternatif jika anda tidak mempunyai setem, anda juga boleh menggunakan kertas biasa dengan ukuran yang sama besar yakni 1 inci panjang dan 1 inci lebar.

Sebelum ujian dilakukan pula, anda perlu elak daripada mengambil sebarang alkohol, kafein atau ubat tidur sekurang-kurangnya 2 malam sebelum prosedur dibuat.

Ikuti nasihat doktor untuk merawat mati pucuk.
Ikuti nasihat doktor untuk merawat mati pucuk.

Bagaimana anda perlu lakukan?

Caranya adalah anda perlu mengenakan seluar dalam yang sedikit longgar seperti boxer sebelum masuk tidur dan pastikan anda ada setem/kertas yang mencukupi.

Kemudian, lembapkan beberapa helai setem/kertas tadi dengan air dalam kuantiti yang sedikit lalu lekatkan ia pada sekeliling zakar anda sebelum masuk tidur.

Kelembapan tersebut hendaklah berada pada tahap ‘sedang-sedang’ di mana ia tidak terlalu kering atau tidak terlalu basah agar ujian ini dapat didiagnosis dengan tepat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Erection self-test, https://medlineplus.gov/ency/imagepages/8894.htm, Accessed Sep 8 2021.
  2. How Do I Know If I Have Erectile Dysfunction, https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/live-well/2018/06/how-do-i-know-if-i-have-erectile-dysfunction/, Accessed Sep 8 2021.
  3. Erectile Dysfunction
    Diagnosis, https://www.ucsfhealth.org/conditions/erectile-dysfunction/diagnosis, Accessed Sep 8 2021.
  4. Tests for Erection Problems, https://www.healthlinkbc.ca/medical-tests/hw231151, Accessed Sep 8 2021.
  5. What is the nocturnal penile tumescence (NPT) test?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-the-nocturnal-penile-tumescence-npt-test/, Accessed Sep 8 2021.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada Yang Percaya 'Sarung Zakar' Mampu Bantu Masalah Mati Pucuk! Benarkah?

Tak 'Ngam' Dengan Ubat? Ada Cara Lain Buat Lelaki Mati Pucuk! Cuba SUNTIKAN ZAKAR!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan