home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kecederaan Pada Zakar & Skrotum

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Kecederaan Pada Zakar & Skrotum

Definisi

Apa itu Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Beberapa jenis kecederaan boleh terjadi kepada zakar. Ia boleh separuh atau sepenuhnya cedera.

Kadang-kadang zakar sakit teruk boleh disambung semula, tetapi peluang untuk deria dan fungsi pulih semula berbeza.

Cincin pengerutan penis, yang digunakan untuk menambahkan eraksi, boleh menjerut zakar dan mengakibatkan kerosakan kekal.

Keadaan ini boleh dirawat dengan hanya mengeluarkan cincin tersebut. Kecederaan tembus, termasuk gigitan haiwan dan luka tembakan, yang kurang biasa berlaku dan mungkin juga melibatkan uretra.

Pembedahan mungkin diperlukan bagi merawat kecederaan pada zakar dan uretra.

Apakah kebarangkalian Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Kecederaan akibat objek tumpul (pukulan) menyebabkan lebih kurang 75% jenis kecederaan ini. Contoh termasuklah:

  • Disepak terajang
  • Dipukul dengan bola lisut
  • Kemalangan motosikal
  • Kemalangan basikal

Benda tajam lain yang boleh luka atau masuk ke dalam skrotum dan mencederakan testikel.

Semua ini termasuk gigitan haiwan, luka tembakan, dan kemalangan semasa mengendali mesin.

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom skrotum dan zakar sakit?

zakar sakit

Simptom-simptom yang biasa berlaku akibat kecederaan pada zakar dan skrotum ialah:

  • Mual (biasanya akibat kilasan testikular)
  • Skrotum kelihatan lebam atau bertukar warna
  • Skrotum bengkak
  • Darah dalam urin
  • Sukar untuk kencing
  • Demam

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Luka pada penis

Zakar sakit akibat tersangkut pada zip seluar adalah perkara biasa, tetapi boleh menyebabkan luka kecil yang selalunya sembuh dengan cepat.

Luka biasanya boleh sembuh dengan cepat jika ia dijaga dengan bersih tetapi antibiotik perlu diambil jika luka tersebut dijangkiti.

Zakar patah

Zakar dibengkok secara berlebihan boleh mematahkan zakar yang sedang eraksi.

Perkara ini boleh berlaku semasa melakukan hubungan kelamin yang ganas jika zakartersebut ditolak dengan kuat pada tulang pelvik pasangannya.

“Patah” yang dimaksudkan di sini sebenarnya ialah koyakan pada lapisan yang menutupi salah satu daripada dua struktur seperti tiub di dalam zakar(korpus kavernosum) yang menghentikan aliran darah tambahan bagi mengekalkan eraksi.

Lelaki tersebut akan terus berasa sakit, mengalami bengkak, dan perubahan warna, serta bentuk zakaryang kelihatan cacat.

Pembedahan segera biasanya perlu bagi membaiki keadaan patah seperti ini untuk mengelakkan daripada zakar melengkung secara abnormal atau mengalami disfungsi erektil kekal.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit skrotum dan zakar sakit didiagnosis?

zakar sakit

Penting untuk anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu kecederaan testikel minor.

Sesetengah daripada masalah ini, seperti kilasan testikular, merupakan keadaan kecemasan perubatan.

Beberapa kecederaan serius boleh menyebabkan anda kehilangan testikel atau menyebabkan testikel mengecut.

Zakar sakit juga boleh mengancam masa depan fertiliti anda (kebolehan untuk mempunyai anak).

Segera berjumpa dengan doktor anda dapat mengurangkan risiko anda untuk mengalami komplikasi-komplikasi ini.

Rawatan perubatan yang segera juga boleh membantu anda untuk berasa lebih baik dan kembali melakukan aktiviti biasa dengan lebih cepat.

Jika doktor mengesyaki anda mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda.

Beberapa ujian yang biasa dilakukan termasuk:

Imej ultrasound

Pembekal rawatan kesihatan akan meletakkan alat ultrasound pada skrotum anda. Alat ini menggunakan gelombang bunyi yang tidak sakit bagi menghasilkan gambar testikel dan tisu lain pada skrin ultrasound.

MRI

Alat ini menghasilkan gambar zakar dan struktur lain di dalam skrotum anda yang jelas.

Pembedahan eksplorasi

Bagi sesetengah kes, doktor bedah perlu melalukan insi (bukaan luka) pada skrotum anda bagi melihat keadaan di dalamnya.

Doktor bedah juga boleh melihat struktur zakar sakit yang telah cedera, dan jika perlu, merawat keadaan tersebut semasa prosedur ini dilakukan.

Bagaimana pesakit Kecederaan pada zakar dan skrotum
dirawat?

Bergantung kepada keterukan keadaan anda, doktor anda akan menyarankan beberapa pilihan rawatan atau yang boleh anda lakukan bagi merawat kecederaan ini sendiri jika kecederaan tersebut tidak serius.

Walau bagaimanapun, kecederaan yang teruk memerlukan rawatan daripada doktor bedah atau pakar yang lain.

Bagi kecederaan akibat seks

Rawatan bagi zakaryang “patah” semasa melalukan hubungan kelamin kebanyakannya memerlukan pembedahan.

Rawatan ini mempunyai kadar yang rendah bagi disfungsi erektil dan zakar berparut serta melengkung.

Pembedahan akan dilakukan dengan anestesia, jadi tiada kesakitan yang boleh dirasai.

Pembedahan yang paling biasa dilakukan ialah dengan membuat bukaan di sekeliling batang zakaryang berdekatan dengan kepala zakar dan kulit akan ditarik sehingga ke bawah bagi memeriksa permukaan dalam penis.

Bagi kecederaan serius

Bagi kes terpencil di mana bahagian zakartelah dipotong secara tidak sengaja, bahagian yang terpotong perlu dibalut dalam kain kasa yang telah direndam dengan karutan garam steril dan dimasukkan ke dalam beg plastik.

Beg plastik tersebut kemudian perlu dimasukkan ke dalam air ais, kerana air dan sentuhan terus kepada ais berbahaya kepada tisu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani skrotum dan zakar sakit?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi skrotum dan zakar sakit:

  • Pakai seluar dalam getah olahragawan apabila anda sedang bermain sukan. Jika anda sedang melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan pukulan kuat, seperti bola lisut atau seni mempertahankan diri, anda juga perlu memakai cawan pelindung. Pastikan cawan tersebut betul-betul muat dan dipakai dengan baik pada zakar dan testikel anda.
  • Pakai tali pinggang kelendar semasa di dalam kenderaan.
  • Berhati-hati semasa menunggang motorsikal dan basikal.
  • Berjaga-jaga ketika anda berada dekat dengan mesin yang boleh menarik pakaian atau kulit anda. Elakkan daripada memakai pakaian dan tali pinggang yang longgar. Ikut semua peraturan keselamatan semasa menggunakan mesin.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/penile-trauma/treatment 
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26142603  
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12081778/
  4. https://www.jaad.org/article/S0190-9622(11)02119-0/fulltext
  5. https://www.templehealth.org/services/conditions/penile-injuries-disorders
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 2 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
x