Masalah disfungsi erektil atau zakar tidak tegang merupakan sesuatu yang amat merisaukan para lelaki.
Masalah disfungsi erektil atau zakar tidak tegang merupakan sesuatu yang amat merisaukan para lelaki.

Disebabkan kesannya yang teruk terhadap fizikal dan emosi, kaum Adam perlu ambil tahu mengenai tanda mati pucuk supaya mereka boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin. Apakah simptom mati pucuk?
Mati pucuk berlaku kepada hampir 50% lelaki yang berusia 40 hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, hanya 10% daripada mereka yang sanggup berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Rasa malu mengenai kondisi yang mereka alami boleh menyebabkan ramai lelaki bertindak menangguh-nangguhkan rawatan untuk masalah mati pucuk atau zakar tidak boleh keras.
Akibatnya, diagnosis atau rawatan untuk masalah kesihatan yang menyebabkan mati pucuk tidak dapat dikesan awal dan boleh menyebabkan ia menjadi semakin serius.
Lelaki haruslah mengambil serius mengenai gejala dan tanda mati pucuk. Disebabkan disfungsi erektil merupakan salah satu tanda penyakit koronari, kaum Adam harus ketepikan rasa malu dan bertindak berjumpa doktor dengan kadar segera.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Walaupun disfungsi erektil merupakan masalah yang lazim berlaku kepada lelaki, namun simptomnya berbeza-beza mengikut individu.
Ada lelaki yang tidak boleh mendapatkan ereksi langsung. Manakala, ada juga lelaki yang boleh mengalami ereksi, namun tidak dapat mengekalkannya dalam satu tempoh masa yang panjang.
Antara tanda mati pucuk yang lazim adalah:

Simptom utama masalah disfungsi erektil adalah kesukaran untuk mendapatkan ereksi.
Masalah ini boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan lelaki lebih-lebih lagi jika ia berlaku dengan kerap dan bertindak mengganggu hubungan bersama pasangan.
Kadangkala, lelaki akan rasa penat dan letih setelah melalui hari yang memenatkan. Keadaan itu juga boleh menjadi penyebab zakar tidak tegang sekali sekali.
Namun, kesukaran untuk mengekalkan ereksi perlu dipandang serius jika ia berlaku dengan kerap kerana ini merupakan salah satu tanda mati pucuk.
Selain itu, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika tidak dapat kekal lama ketika melakukan hubungan seks. Walaupun masalah mati pucuk sukar untuk dibincangkan, anda sebenarnya tidak berseorangan.
Di Amerika Syarikat, hampir 30 juta lelaki mengalami disfungsi erektil. Apabila lelaki mencecah umur 40 tahun, kondisi ini akan menjadi semakin kerap.
Ada lelaki yang tidak boleh mendapatkan ereksi langsung. Jika ini yang berlaku, lelaki tersebut berpotensi mengalami tekanan perasaan dan stres yang teruk.
Ada banyak faktor yang boleh menjadi penyebab zakar tidak tegang. Selalunya, ia berlaku disebabkan kombinasi masalah fizikal dan juga mental.
Walaupun masalah mati pucuk sering dianggap sebagai sesuatu yang teruk dan memalukan, ada banyak rawatan yang boleh membantu lelaki untuk mengatasi masalah ereksi yang dialami.

Selain 3 tanda utama di atas, ada beberapa tanda lain yang harus anda waspada. Contohnya:
Ejakulasi pramatang berlaku apabila lelaki mengalami ejakulasi yang lebih awal daripada biasa.
Kadangkala, ejakulasi pramatang merupakan salah satu masalah untuk lelaki yang mengalami disfungsi erektil.
Ejakulasi terlambat merupakan satu kondisi yang membuatkan lelaki mengambil masa yang terlalu lama untuk mencecah klimaks. Ada juga lelaki yang tidak boleh mengalami ejakulasi langsung disebabkan masalah ini.
Masalah ini sering berlaku kepada lelaki yang mengalami mati pucuk. Malah, mereka juga alami masalah zakar tidak tegang dan sukar untuk mengekalkan ereksi.
Sama seperti masalah ejakulasi terlambat dan ejakulasi pramatang, masalah ini mungkin timbul disebabkan faktor fizikal dan psikologikal.
Masalah libido yang rendah dalam kalangan lelaki berpunca daripada pelbagai faktor. Ia mungkin berlaku disebabkan ubat-ubatan ataupun penyakit.
Jika masalah ini berpunca daripada masalah psikologi, anda perlulah berjumpa doktor atau ahli terapi untuk sesi kaunseling.

Lelaki yang mempunyai masalah pada kawasan lantai pelvis bukan sahaja berhadapan dengan masalah mati pucuk, mereka juga akan mengalami masalah sembelit, sukar untuk membuang air besar dan perlu membuang air kecil dengan kerap.
Lelaki juga boleh mengalami masalah disfungsi erektil jika mereka pernah terlibat dengan kemalangan yang melukakan kawasan pelvis. Kecederaan boleh menyebabkan zakar tidak boleh keras semasa melakukan seks.
Masalah ini turut dikenali sebagai anorgasmia lelaki. Kondisi ini boleh menyebabkan tekanan perasaan yang melampau terhadap lelaki.
Malah, ia juga boleh berlaku bersama masalah lain seperti ejakulasi terlambat, zakar tidak tegang atau disfungsi erektil.
Lelaki yang mengalami masalah rendah testosteron akan mempunyai libido yang rendah. Lama-kelamaan mereka mungkin akan mengalami masalah mati pucuk.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
17/04/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa