Zakar mati pucuk adalah suatu keadaan kesihatan yang paling membimbangkan lagi menakutkan bagi semua lelaki sama ada masih bujang ataupun sudah berkahwin.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Zakar mati pucuk adalah suatu keadaan kesihatan yang paling membimbangkan lagi menakutkan bagi semua lelaki sama ada masih bujang ataupun sudah berkahwin.
Ini kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan lelaki hilang keyakinan malah kemampuan mereka untuk bersama pasangan di ranjang lantas merosakkan perhubungan.
Lantaran itu, akan wujud satu soalan iaitu, adakah lelaki yang mengalami zakar mati pucuk boleh menghamilkan pasangan? Jom baca artikel untuk tahu jawapannya!
Untuk pengetahuan anda, zakar mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah kondisi di mana lelaki gagal untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar.
Ada beberapa situasi yang juga mungkin boleh dikategorikan sebagai kondisi ED iaitu:
Kondisi ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja asalkan dia adalah seorang lelaki dan risiko untuk mengalaminya mungkin akan meningkat jika ada faktor risiko.
Akibatnya, penderita mungkin tidak boleh mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar yang diperlukan untuk membolehkan mereka melakukan hubungan seksual.
Kondisi zakar mati pucuk akan terjadi apabila terdapat keabnormalan pada salur darah atau sistem saraf alat sulit lelaki yang terjejas akibat faktor-faktor tertentu.
Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin akan menjadi punca ia berlaku termasuklah:
Mungkin juga terdapat beberapa lagi faktor risiko yang kami tidak nyatakan di atas tadi. Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat lebih lengkap daripada doktor.
Sekiranya anda adalah salah seorang lelaki yang mengalami kondisi zakar mati pucuk, persoalan ini mungkin akan kerap bermain dan berlegar di fikiran anda.
Sebenarnya, mungkin ramai individu yang terkeliru di antara keadaan kesihatan ini dengan kesuburan lantas sering mengaitkannya sebagai satu kondisi yang sama.
Jika anda sukar untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi zakar, ia sudah pasti akan menyebabkan penetrasi zakar ke dalam faraj itu adalah hampir mustahil.
Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa anda masih boleh menghamilkan pasangan dengan teknik betul agar air mani dikeluarkan dan memasuki lubang faraj.
Jadi, lelaki yang ada masalah mati pucuk masih boleh membuat pasangan hamil.
Sebagai seorang lelaki dengan kondisi zakar mati pucuk serta ingin mendapatkan zuriat, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan sebagai usaha dan ikhtiar.
Pertama sekali, anda mungkin boleh cuba ambil ubatan klinikal seperti viagra dengan preskripsi doktor agar zakar mampu ditegangkan serta dikekalkan semasa seks.
Selain itu, terdapat juga teknik seks yang tidak memerlukan pasangan melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj, namun pastikan air mani disalurkan ke dalam faraj dengan betul.
Anda juga perlu memastikan bahawa anda hanya ada kondisi ED tetapi tidak mengalami sebarang masalah kesuburan kerana ia akan menggagalkan usaha anda.
Jika masih tidak berhasil, maka alternatif seperti bayi tabung uji sudah boleh dipertimbangkan.
Meskipun masih wujud kemungkinan di mana lelaki dengan kondisi zakar mati pucuk boleh membuat pasangan hamil, namun kaum Adam tidak boleh ambil mudah masalah ini.
Disebabkan itu, anda yang ada masalah ini wajar melakukan pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui apa punca ia terjadi dan kaedah rawatan untuk dicuba.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen