Mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) juga dipanggil impotens adalah tidak mampu untuk mendapat dan mengekalkan ereksi yang cukup lama untuk melakukan hubungan seksual. Ia adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki menghidap diabetes yang menjejaskan 35-75% penghidap kencing manis lelaki. Mereka juga akan cenderung untuk mendapat mati pucuk sekitar 10-15 tahun lebih awal daripada lelaki tanpa diabetes.
Diabetes dan mati pucuk
Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk kerana ia boleh merosakkan bekalan darah ke zakar dan saraf yang mengawal ereksi.
Apabila lelaki terangsang secara seksual, bahan kimia nitrik oksida dilepaskan ke dalam aliran darah. Nitrik oksida ini akan memberi isyarat kepada arteri dan otot di zakar untuk berehat, yang membolehkan lebih banyak darah mengalir ke dalam zakar. Ini memberi lelaki eraksi.