Doktor juga boleh menukar mana-mana preskripsi ubat-ubatan yang boleh menyumbang kepada mati pucuk.
Empat ubat yang paling biasa ditetapkan ialah:
- Sildenafil (Viagra)
- Vardenafil (Levitra)
- Tadalafil (Cialis)
- Avanafil (Spedra)
Ubat-ubatan ini menyebabkan ereksi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar. Ia memerlukan rangsangan seksual untuk keberkesanannya. Ia perlu diambil 30-60 minit sebelum bersetubuh.
Rawatan kondisi mati pucuk yang lain
- Terapi hormon: Terapi penggantian testosteron disyorkan untuk lelaki menghidap mati pucuk yang menunjukkan tahap testosteron yang rendah.
- Terapi suntikan penis: Suntikan alprostadil (Caverject) terus ke dalam zakar sebelum persetubuhan telah diluluskan untuk lelaki yang tidak bertindak balas terhadap terapi ubat oral. Suntikan hormon ini meningkatkan bekalan darah ke zakar untuk menghasilkan ereksi.
- Terapi pam vakum: Tiub plastik yang disambungkan ke pam diletakkan di atas zakar. Pam mengosongkan udara keluar dari tiub dan ini menyebabkan darah ditarik ke dalam zakar. Cincin kemudian diletakkan di dasar zakar untuk mengekalkan ereksi semasa hubungan seks.
- Prostetik penis: Ini hanya dipertimbangkan apabila semua pilihan rawatan lain telah gagal kerana memerlukan pembedahan besar. Rod kembung ditanamkan ke dalam zakar untuk menjadikannya tegak untuk bersetubuh.
- Sokongan psikologi: Jika disfungsi ereksi disebabkan oleh keadaan psikologi, seperti kebimbangan atau kemurungan, pesakit boleh mendapat manfaat daripada kaunseling.
Rawatan Kondisi Mati Pucuk Buat Individu yang Menghidapi Diabetes
Terdapat beberapa perubahan gaya hidup dan rawatan yang boleh anda lakukan bukan sahaja membantu pengurusan diabetes, tetapi juga menurunkan risiko mati pucuk. Berikut merupakan rawatan mati pucuk bagi penhidap diabetes:
i) Kawal gula dalam darah melalui pemakanan
Pemakanan mesra diabetes akan membantu anda mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik dan mengurangkan jumlah kerosakan pada saluran darah dan saraf anda. Diet yang tepat untuk mengekalkan paras gula dalam darah juga boleh meningkatkan tahap tenaga dan mood anda, yang mana kedua-duanya boleh membantu mengurangkan risiko mati pucuk.