[embed-health-tool-bmr]
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan seks di kamar tidur yang indah, puas dan yang paling penting adalah tahan lama. Pun begitu, ini merupakan satu isu besar terutamanya bagi lelaki yang mempunyai masalah pancut awal atau ejakulasi pramatang.Persoalannya, berapa lama tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki sila dapatkannya di sini.
Masalah pancut awal dalam kalangan lelaki
Ia bukan satu masalah yang boleh dipandang ringan lagi kerana Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan, 29% daripada lelaki di Malaysia mungkin menghidapi kondisi ejakulasi pramatang.
Buat anda yang mungkin belum tahu, ia merupakan satu keadaan kesihatan di mana lelaki terlalu mudah atau cepat memancutkan air mani semasa berasmara.
Akibatnya, ia sudah pasti akan membuatkan pasangan anda terabai ekoran belum puas dengan persetubuhan dan umpama bertepuk sebelah tangan sahaja.
Terdapat dua jenis masalah pancut awal iaitu:
- Ejakulasi pramatang primer – anda mengalaminya sejak dahulu lagi
- Ejakulasi pramatang sekunder – anda baru sahaja mengalaminya
Kedua-dua jenis masalah pancut awal ini tetap akan mendatangkan kesan negatif yang sama iaitu tewas awal kepada pasangan ketika hubungan seks dijalankan.
Apa punca sebenar masalah ini terjadi?
Adakah onani menyebabkan cepat pancut? Mungkin ya atau tidak. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua faktor umum masalah pancut awal ini berlaku dan ia terbahagi kepada fisiologi dan psikologi.
Faktor fisiologi
- Masalah sistem saraf
- Masalah kelenjar tiroid
- Paras hormon tidak seimbang
- Paras serotonin yang rendah
- Kondisi sistem ejakulatori yang tidak normal
- Jangkitan pada organ reproduktif, khususnya pada prostat atau uretra
- Diabetes dan/atau penyakit jantung
- Pengaruh ubat atau dadah
Faktor psikologi
- Trauma daripada pengalaman seksual zaman silam
- Keresahan mengenai prestasi seksual sendiri
- Kerisauan mengenai masalah mati pucuk
- Stres dan pelbagai masalah mental yang lain
Disebabkan itu, kesihatan fizikal dan mental perlu berada pada tahap terbaik agar mampu mewujudkan suasana kamar tidur yang lebih sejahtera.
Berapa lama tempoh ejakulasi pramatang?
Hakikatnya, ramai individu yang sekadar berkata perlu tahan lebih lama di ranjang bagi kepuasan nafsu syahwat masing-masing.
Namun ada satu lagi perkara yang mungkin ramai belum tahu iaitu berapa lama tempoh yang dianggap sebagai masalah pancut awal.
Menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang National Health Service (NHS), tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang adalah 1 minit selepas bermula penetrasi zakar ke dalam faraj.
Dalam erti kata yang lebih mudah, lelaki yang terpancut air mani selepas 1 minit sahaja kemasukan zakar ke dalam faraj pasangan boleh dianggap mempunyai masalah ini.
Sekiranya anda khuatir diri juga mengalaminya, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk berkonsultasi tentang permasalahan ini.
Anda tidak keseorangan, jangan malu dapatkan rawatan!
Masalah ini sebenarnya telah menjadi semakin meruncing ekoran sifat lelaki yang mungkin ego, takut atau malu untuk dapatkan rawatan.
Hakikatnya, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dan sifat berdiam diri hanya akan memusnahkan institusi perhubungan kalian berdua.
Oleh itu, sila dapatkan rawatan masalah pancut awal dengan kadar segera ya?
Antara rawatan yang akan diberi adalah sangat bergantung kepada faktor penyebab masalah ini berlaku kepada seseorang penderita itu.
Sama ada ia berpunca daripada masalah fisiologi atau psikologi, ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebagai langkah yang paling utama.
Kemudian, doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil suntikan hormon atau ubatan viagra agar mampu bertahan lebih lama di ranjang.
Selesaikan masalah pancut awal secara sendiri!
Sebenarnya, masalah ejakulasi pramatang ini mungkin boleh diselesaikan secara sendiri sahaja dengan mengamalkan cara mengatasi masalah lelaki cepat pancut.
[Antara cara tradisional merawat pancutan pramatang bagi mencegah tewas awal adalah seperti berikut:]
- Melancap sebelum bersetubuh
- Berhenti seketika ketika hendak terpancut
- Mengemutkan faraj apabila orgasma
- Menggunakan kontraseptif kondom
- Menggunakan cecair pelincir
- Mengamalkan teknik pernafasan yang betul
[/key-takeaways]
Dalam masa yang sama, anda juga boleh berbincang dengan pasangan tentang posisi seks yang mungkin boleh melambatkan pengeluaran air mani.
Sekiranya isu ini masih terjadi setelah kesemua tip ini dilakukan, adalah disarankan untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan profesional untuk ubat pancut awal atau lain-lain.