Mungkin ramai pasangan suami isteri percaya bahawa mampu ‘tahan lama’ di ranjang itu adalah tanda hubungan seksual yang sihat. Hakikatnya, suami yang ‘lambat pancut’ juga akan membuat isteri menjadi bosan menunggu ketibaan puncak syahwat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Mungkin ramai pasangan suami isteri percaya bahawa mampu ‘tahan lama’ di ranjang itu adalah tanda hubungan seksual yang sihat. Hakikatnya, suami yang ‘lambat pancut’ juga akan membuat isteri menjadi bosan menunggu ketibaan puncak syahwat.
Persoalannya, apa punca ini berlaku? Adakah ia perkara normal atau penyakit? Terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Pancutan air mani daripada zakar lelaki ketika hubungan atau rangsangan seksual adalah petanda di mana individu berjaya mencapai puncak syahwat masing-masing – klimaks atau orgasma.
Ia tentu sahaja berbeza bergantung individu itu sendiri kerana ada yang mungkin lebih tahan lama atau lambat pancut. Kepuasan seksual adalah suatu perkara yang subjektif bagi setiap orang.
Pun begitu, kajian menunjukkan bahawa lelaki yang normal akan mengeluarkan air mani selepas 5 ke 10 minit aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj berlangsung. Ia adalah durasi paling ideal.
Sekiranya terlalu cepat terpancut air mani, lelaki mungkin mengalami kondisi ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau jika sebaliknya, kondisi tersebut dikenali sebagai ejakulasi tertunda (delayed ejaculation). Kedua-duanya juga masalah yang besar.
Jangan dibiarkan, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika ada salah satu masalah ini!
Sesuai dengan tajuk artikel, kami akan cuba fokuskan kepada masalah ejakulasi tertunda di mana air mani lelaki terpancut atau terkeluar terlalu lambat sehingga ada juga yang lebih satu jam!
Meskipun dikatakan bahawa 5 ke 10 minit adalah durasi paling ideal, namun ada pasangan yang terpaksa melakukan aktiviti di kamar tidur jauh lebih lama daripada jumlah telah disarankan. Kenapa?
Pertama, masalah ini mungkin angkara faktor keadaan kesihatan tubuh badan lelaki yang berikut:
Dalam pada itu, ia juga mungkin didalangi oleh pelbagai faktor otak dan psikologi seperti berikut:
Kadangkala, wujud juga faktor risiko lain yang membuat anda lambat pancut dan sukar mencapai puncak syahwat bersama pasangan. Kesannya, ia akan menjejaskan aktiviti di ranjang kalian.
Pengambilan ubat yang tertentu seperti antidepresi, antipsikotik, antisawan, tekanan darah tinggi, diuretik dan lain-lain juga akan menyumbang kepada punca masalah ejakulasi tertunda lelaki.
Pengamalan tabiat buruk termasuk menghisap rokok dan meminum alkohol turut menjadi dalangnya!
Baca lagi artikel berkaitan:
Sebagai pasangan suami isteri dengan masalah sama, berikut beberapa cara yang anda boleh cuba:
Lihat pada diri anda atau pasangan sendiri jika ada punca dan faktor risiko seperti di atas tadi. Ini adalah perkara pertama yang kalian perlu lakukan untuk tahu apa sebab sebenar ia terjadi.
Kemudian, sila kawal dengan cara mendiagnosis dan merawat semua masalah tadi terlebih dahulu. Caranya, berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan diagnosis yang betul.
Kadangkala, anda mungkin sukar untuk mencapai punca syahwat akibat posisi, lokasi atau kaedah seks yang kurang tepat. Mungkin ada teknik tertentu yang boleh membantu masalah anda.
Jadi, berbincanglah dengan pasangan tentang posisi, lokasi dan teknik seks yang ideal untuk anda.
Akhir sekali, kita semua perlu mengubah persepsi di mana seks itu hanya tertumpu kepada penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja. Sebenarnya, seks sudah bermula dari saat foreplay yang memerlukan sentuhan, ciuman dan rangsangan yang serba ghairah.
Konklusinya, masalah ini memang besar tetapi tidak mustahil untuk dirawat dengan bantuan dan sokongan daripada diri sendiri, pasangan dan doktor pakar. Anda tidak berseorangan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen