backup og meta

Bukan Semua Vitamin Boleh Makan Tau! Kaum Adam, Jangan Ambil 7 Suplemen Ini!

Bukan Semua Vitamin Boleh Makan Tau! Kaum Adam, Jangan Ambil 7 Suplemen Ini!

Ramai individu yang gemar mengambil suplemen untuk mengoptimumkan tahap kesihatan mereka. Lebih-lebih lagi suplemen untuk lelaki tahan lama di ranjang.

Malahan ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit tanpa memahami keperluan untuk mengambil suplemen tersebut.

Walaupun kebanyakan daripadanya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada tahap kesihatan diri, tapi terdapat beberapa jenis suplemen yang perlu diberi perhatian, khususnya oleh kaum Adam.

#1 Vitamin A dan Beta Carotene, suplemen yang berbahaya untuk perokok

Beta carotene adalah molekul antioksidan yang terdapat pada bahan makanan berwarna merah jingga seperti lobak merah.

Ia akan ditukarkan oleh badan kepada vitamin A  yang boleh melindungi sel mata, sistem imun dan kulit daripada kerosakan biologi.

Walaupun secara logiknya, vitamin bagus untuk badan, pengambilannya dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak disangka.

Pelbagai jenis kajian menunjukkan pengambilan suplemen beta carotene boleh meningkatkan risiko kanser terutamanya dalam kalangan perokok.

Kesan toksik tersebut boleh berpunca daripada badan yang menyimpan lebihan vitamin A tanpa menyingkirkannya daripada badan.

#2 Selenium, tingkatkan risiko kanser prostat

Selenium adalah molekul yang terdapat pada makanan seperti roti, daging, bahan tenusu dan ikan.

Ia merupakan molekul antioksidan yang telah diuji dalam pelbagai jenis kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanannya melawan sel kanser.

Walau bagaimanapun, ujian percubaan selenium yang dijalankan bertahun dahulu menunjukkan peningkatan pada risiko kanser kulit bagi mereka yang mengambilnya.

Malah, kajian lanjut dalam ujian SELECT (kajian pencegahan kanser prostat) menunjukkan selenium tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada pengguna dalam konteks penurunan risiko kanser prostat.

Ada juga analisis kajian yang memberikan implikasi bahawa selenium boleh meningkatkan risiko kanser prostat.

Setakat ini tiada dapatan yang menunjukkan keperluan untuk kaum lelaki mengambil sebarang suplemen yang mengandungi selenium.

#3 Suplemen vitamin E, tidak turunkan risiko kanser dan penyakit jantung

suplemen untuk lelaki tahan lama

Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang boleh didapati dalam makanan seperti kekacang dan minyak sayuran.

Peranannya dalam menghindarkan penyakit telah dikaji dengan mendalam namun dapatan positif hanya terhad di dalam makmal sahaja.

Pada awalnya, bukti kajian makmal menunjukkan vitamin E boleh menurunkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.

Namun, apabila diuji pada manusia, ia tidak menunjukkan impak yang setara.

Malah, kajian SELECT juga gagal menunjukkan potensi vitamin E dalam menurunkan risiko kanser prostat.

Oleh sebab itulah, buat masa sekarang, tiada keperluan untuk kaum lelaki mengambil suplemen vitamin E.

#4 Yohimbe, bukan yang terbaik dalam merawat masalah mati pucuk

Ekstrak kulit kayu yohimbe dikatakan mempunyai kebolehan untuk merawat masalah mati pucuk.

Walau bagaimanapun, menurut pakar, tidak banyak kajian yang membuktikan keberkesanannya.

Suplemen yohimbe direka khas untuk mengambil peranan ubat mati pucuk seperti Viagra, Cialis dan Levitra.

Ia boleh meningkatkan kadar aliran darah. Namun berbanding dengan ubat tersenarai, yohimbe tidak begitu selamat dan efektif.

Ia boleh berinteraksi dengan ubat lain seperti ubat darah tinggi dan menyebabkan kesan sampingan yang serius.

#5 Horny Goat Weed, berkemungkinan mengandungi arsenik

suplemen untuk lelaki tahan lama

Horny goat weed adalah suplemen tumbuhan yang mengandungi bahan aktif epimedium.

Ia direka untuk membantu merawat masalah mati pucuk.

Tumbuhan ini mendapat nama sebegitu berikutan pengembala yang menyedari peningkatan pada tingkah laku seksual kambing selepas memakannya.

Suplemen ini tidak dikawal atur oleh Food And Drug Administration (FDA), maka kandungannya boleh ditokok tambah dengan formula yang tidak selamat.

Antara risiko yang boleh dialami pengguna adalah kesan alergi teruk dan pencemaran suplemen dengan bahan beracun seperti arsenik.

#6 DHEA, suplemen untuk lelaki tahan lama?

Dehidroepiandrosteron atau DHEA adalah hormon steroid yang dihasilkan oleh badan dan ditukarkan kepada hormon seks.

Ada dalam kalangan kaum lelaki yang menggunakan suplemen DHEA untuk merangsang syahwat dan meningkatkan jumlah testosteron di dalam badan.

Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanannya dalam menyebabkan kesan fisiologikal tersebut.

Malah, suplemen tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berdebar-debar, profil kolesterol semakin teruk dan menurunkan keupayaan badan untuk menghasilkan DHEA secara semula jadi.

#7 Suplemen Tribulus Terrestris dan Tongkat Ali tidak meningkatkan jumlah testosteron badan

suplemen untuk lelaki tahan lama

Kebanyakan suplemen penambah testosteron yang dijual mengandungi bahan aktif yang diekstrak daripada tumbuhan Tribulus Terrestris dan Tongkat Ali.

Walaupun kajian terhadap haiwan menunjukkan peningkatan nafsu seks, namun kajian klinikal tidak menunjukkan dapatan yang serupa.

Ia tidak mempengaruhi jumlah testosteron di dalam badan.

Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan dengan jumlah testosteron di dalam badan, lebih baik jika anda dapatkan bantuan daripada doktor perubatan bertauliah.

Konklusi

Seboleh-bolehnya, elakkan daripada mengambil 7 suplemen yang tersenarai di atas melainkan jika dinasihatkan oleh doktor perubatan.

Badan manusia hanya boleh menyimpan nutrisi mikro seperti vitamin pada jumlah yang sangat terhad.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Effect of yohimbine hydrochloride on erectile impotence: a double-blind study. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2657105/). Diakses pada 5 Januari 2021.
  2. Beta-carotene in multivitamins and the possible risk of lung cancer among smokers versus former smokers: a meta-analysis and evaluation of national brands. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18429004/). Diakses pada 5 Januari 2021.
  3. Beta Carotene. (https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/beta-carotene-oral-route/precautions/drg-20066795). Diakses pada 5 Januari 2021.
  4. Baseline Selenium Status and Effects of Selenium and Vitamin E Supplementation on Prostate Cancer Risk. (https://academic.oup.com/jnci/article/106/3/djt456/977656?login=true). Diakses pada 5 Januari 2021.
  5. The aphrodisiac herb Tribulus terrestris does not influence the androgen production in young men. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0378874105003314). Diakses pada 5 Januari 2021.
  6. Vitamin E. (https://ods.od.nih.gov/factsheets/vitamin%20E-HealthProfessional/). Diakses pada 5 Januari 2021.
  7. Clinical and Analytical Toxicology of Dietary Supplements: A Case Study and a Review of the Literature. (https://is.muni.cz/el/1411/jaro2013/MNAF101p/um/39474980/Clinical_and_Analytical_Toxicology_of_Dietary.pdf). Diakses pada 5 Januari 2021.

Versi Terbaru

20/04/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Betul Ke Suplemen Ubat Jambang Berkesan & Boleh Buat Anda Sekacak Aeril Zafrel?

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan