home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Darah Tinggi Sudah Terkawal, Boleh Tak Berhenti Makan Ubat? Ini Jawapannya!

Darah Tinggi Sudah Terkawal, Boleh Tak Berhenti Makan Ubat? Ini Jawapannya!

Sebagai pesakit darah tinggi, anda mungkin akan tertanya-tanya, sampai bilakah anda perlu memakan pil darah tinggi ini bukan? Anda mungkin sudah menjadi bosan kerana menelan pil yang sama dan tidak tahu bilakah anda patut berhenti mengambilnya atau terfikir apakah kesan jika berhenti mengambilnya.

Tekanan darah tinggi dan faktor risikonya

Pil darah tinggi kebiasaannya diambil oleh pesakit dalam tempoh yang lama sehingga timbul persoalan sampai bilakah ia harus diambil.

Persoalan ini harus dilihat secara holistik melibatkan tekanan darah dan faktor risikonya seperti berat badan, kolesterol dan genetik.

Selepas semua ini diperhatikan, barulah keputusan untuk meneruskan atau berhenti mengambil pil darah tinggi boleh dibuat.

Apa pun keputusannya, pastikan ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Jangan membuat keputusan sendiri!

Ada faktor risiko yang boleh dan tidak boleh diubah

pil darah tinggi

Antara semua faktor risiko yang ada, sebahagiannya boleh diubah dan dikawal manakala sebahagian yang lain adalah kekal dan tidak boleh diubah.

Faktor risiko yang boleh diubah:

Faktor risiko yang tidak boleh diubah:

  • Umur
  • Sejarah keluarga (genetik)
  • Penyakit buah pinggang kronik

Jika telah terbukti tekanan darah tinggi yang anda berpunca daripada faktor yang boleh diubah, pengambilan ubat mungkin boleh dihentikan apabila anda telah mencapai target yang dimahukan.

Ini seperti penurunan berat badan, tabiat pemakanan serta aktiviti fizikal yang memuaskan.

Tiada angka yang khusus, tetapi perubahan yang positif secara amnya boleh menjadi ukuran. Namun, jika tekanan darah kembali naik selepas berhenti, anda perlu mengambil ubat semula.

Sebaliknya, jika berpunca daripada faktor yang tidak boleh diubah, kebiasaannya pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat-ubatan kerana dikhuatiri menyebabkan tekanan darah naik.

Dalam kebanyakan kes (90%), tiada punca khusus dapat dikenal pasti.

Jangan takut ambil pil darah tinggi

pil darah tinggi

Antara kebimbangan ramai orang adalah risiko dan komplikasi daripada pengambilan pil darah tinggi dalam tempoh yang panjang.

Jika doktor masih belum memberikan lampu hijau untuk berhenti, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah terus mengambil ubat tersebut.

Ubat-ubatan darah tinggi adalah selamat. Ia tidak menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan yang mungkin ada adalah boleh diuruskan.

Malah, kajian dengan jelas menunjukkan kelangsungan hidup yang lebih lama dalam kalangan pesakit yang mengambil ubat dengan disiplin.

Kesimpulan

Apabila anda disahkan sebagai individu yang mempunyai keadaan darah tinggi, jangan sesekali mengingkari segala arahan dan nasihat doktor perubatan berkenaan pengambilan ubat.

Percayalah bahawa setiap apa yang disarankan dan dinasihatkan oleh doktor itu adalah untuk kebaikan diri anda semata-mata.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Blood Pressure Medication: Still Necessary if I Lose Weight? – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/expert-answers/blood-pressure-medication/faq-20058056
  2. Whelton PK, Carey RM, Aronow WS, et al. 2017 ACC/AHA/AAPA/ABC/ACPM/AGS/APhA/ASH/ASPC/NMA/PCNA Guideline for the Prevention, Detection, Evaluation, and Management of High Blood Pressure in Adults. Journal of the American College of Cardiology. 2018;71(19):e127-e248. doi:10.1016/j.jacc.2017.11.006
  3. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure/how-potassium-can-help-control-high-blood-pressure
  4. https://www.health.harvard.edu/heart-health/key-minerals-to-help-control-blood-pressure
  5. https://www.consumerreports.org/health/diuretics-for-high-blood-pressure/
  6. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure/types-of-blood-pressure-medications

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin