home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

Pengambilan suplemen vitamin atau turut dikenali sebagai makanan tambahan sudah lama menjadi trend dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Suplemen selalunya diambil untuk menambah nutrisi serta zat yang diperlukan terutamanya bagi individu yang kekurangan nutrien dan mereka yang tidak mengambil makanan seimbang.

Ubat-ubatan suplemen merupakan produk yang terdiri daripada asid amino, garam galian, vitamin, herba dan banyak lagi.

Makanan tambahan sering diambil dalam kalangan orang dewasa, seiring dengan keperluan nutrisi kesihatan mengikut usia.

Namun, bagaimana pula dengan vitamin untuk anak remaja ataupun kanak-kanak?

Adakah mereka juga memerlukan bantuan nutrisi daripada pemakanan tambahan?

Pengambilan vitamin untuk anak remaja

Jika anda mempunyai anak teruna atau dara, anda harus sedar bahawa kebanyakan produk kesihatan seperti pemakanan tambahan mahupun ubat-ubatan berasaskan herba, tidak terbukti keselamatan dan keberkesanannya.

Ini kerana faktor metabolisme, sistem imun, pencernaan dan sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai peringkat yang matang.

Oleh itu, kesan-kesan sampingan terhadap mereka menjadi berbeza jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa.

Apakah vitamin atau suplemen yang bahaya bagi remaja?

  1. Probiotik

Ia sering ditemui dalam yogurt atau makanan tambahan. Probiotik mengandungi bakteria ataupun yis berpotensi yang bermanfaat.

Probiotik berfungsi bagi memulihkan keseimbangan semula jadi bakteria di dalam usus.

Ia telah dikaji bagi fungsi keadaan gastrousus dalam kalangan kanak-kanak dan kajian mendapati pengambilan probiotik untuk mereka adalah selamat.

Namun, terdapat bukti yang melaporkan bahawa probiotik tidak boleh diberikan kepada individu yang mempunyai penyakit kronik, ini termasuk juga dalam kalangan anak remaja.

Saintis juga menekankan hasil kajian keselamatan bagi pengambilan probiotik oleh kanak-kanak dalam jangka masa panjang masih belum menemui jawapan.

  1. Makanan tambahan dan ubat-ubatan herba

Bagi suplemen dan produk-produk yang berasaskan herba, ia boleh mewujudkan tindak balas apabila digabungkan dengan pengambilan ubat-ubatan yang lain.

Gabungan suplemen bersama ubat lain yang diambil oleh anak anda boleh mengandungi kesan sampingan yang bahaya kepada mereka.

Antara senario yang sering terjadi ialah campuran di antara vitamin C dan asetaminofen.

Gabungan ini akan membuatkan badan memproses asetaminofen dengan perlahan.

  1. Melatonin

Melatonin merupakan hormon yang digunakan bagi membantu untuk tidur.

Produk-produk suplemen yang mengandungi melatonin boleh mengubah tahap hormon yang lain jika diambil oleh kanak-kanak, jadi ini adalah vitamin untuk anak yang tidak sesuai diberikan.

Melatonin juga tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak yang ada kondisi perubatan tertentu seperti:

  • Diabetes
  • Penyakit hati dan buah pinggang
  • Gangguan hormon
  • Cerebral palsy
  • Migrain
  • Depresi
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah sawan
  1. Suplemen Omega-3

Asid lemak omega-3 seringkali dijumpai dalam makanan seperti ikan dan biji rami. Ia juga boleh didapati dalam makanan tambahan seperti fish oil.

Minyak Ikan, Kelebihannya untuk Kesihatan - ikan, suplemen atau tumbuhan

Tiga asid lemak utama omega-3 ialah asid alfa-linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoik (EPA).

Makanan tambahan yang mengandungi omega-3 mampu menyebabkan masalah perut yang kecil seperti ketidakhadaman, sendawa dan cirit-birit.

  1. Suplemen untuk turun berat badan

Suplemen kurus yang dipasarkan seperti hoodia dan acai sebenar tidak membantu untuk mengurangkan berat badan pada jangka masa lama dan ia juga mengandungi kesan sampingan.

Sesetengah makanan tambahan ini mengandungi bahan berkafein sepert guarana dan boleh menyebabkan perubahan berbahaya terhadap irama jantung.

Ibu bapa harus tahu bahawa suplemen kurus mengandungi banyak bahan-bahan yang tidak diuji.

Kajian keberkesanan juga tidak dijalankan ke atas kanak-kanak atau remaja.

FDA turut mendapati bahawa makanan tambahan sebegini mungkin dicemari dengan ubat preskripsi berbahaya.

Jadi, apakah vitamin untuk anak yang sesuai?

Majoriti ibu bapa tidak sedar terhadap kesan sampingan pengambilan ubat sumplemen yang diberikan kepada anak-anak.

Dos suplemen yang tinggi iaitu melebihi RDA harus dianggap seperti ubat dan bukan sekadar suplemen. Ia juga memerlukan pengawasan daripada golongan profesional.

Penting bagi ibu bapa untuk mengambil cakna dalam hal keselamatan dan keberkesanan penggunaan makanan tambahan terutamanya apabila anda bercadang untuk memberikannya kepada anak-anak.

Pastikan anda melakukan kajian terlebih dahulu dan tekankan kepentingan pengambilan makanan tambahan yang selamat kepada anak-anak anda.

Apa yang penting, selalu dapatkan khidmat nasihat doktor atau golongan profesional sekiranya anda bercadang untuk menambahkan ubat-ubatan suplemen dalam diet harian anda dan keluarga.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-tambahan/

https://www.nccih.nih.gov/health/tips/things-to-know-about-safety-of-dietary-supplements-for-children-and-teens

https://www.nccih.nih.gov/health/tips/things-to-know-about-dietary-supplements-for-children-and-teens

https://www.cochrane.org/ms/CD004827/IBD_probiotik-untuk-pencegahan-cirit-birit-yang-berkaitan-antibiotik-di-kalangan-kanak-kanak

https://ods.od.nih.gov/factsheets/Omega3FattyAcids-Consumer/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 11/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman