home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Nak Tingkatkan Kesuburan Semasa Bersama Pasangan? Nah, Ini 8 Suplemen Yang Terbaik Untuk LELAKI!

Nak Tingkatkan Kesuburan Semasa Bersama Pasangan? Nah, Ini 8 Suplemen Yang Terbaik Untuk LELAKI!

Kesuburan bukan sahaja penting untuk wanita, lelaki juga memerlukan tahap kesuburan yang baik untuk meningkatkan peratusan kehamilan berlaku.

Gaya hidup yang sihat perlu diamalkan selain pemakanan perlu dijaga bagi memastikan kesuburan tidak terjejas. Dalam pada itu, suplemen untuk kesuburan lelaki juga penting!

Kini, terdapat banyak suplemen yang dijual tidak kira di farmasi, pusat kesihatan mahupun dalam talian.

Namun sebelum menggunakannya, perlu kita ketahui kesahihan dan kualiti produk-produk ini agar tidak mendatangkan kemudaratan. Sila berhubung dahulu dengan doktor anda untuk lebih kepastian ya?

Suplemen yang lelaki mesti ambil untuk tingkatkan kesuburan

suplemen untuk kesuburan lelaki

#1. Vitamin C

Vitamin C merupakan antara elemen yang terpenting dalam kesuburan lelaki.

Kajian menunjukkan pengambilan 1000 mg suplemen vitamin C dua kali sehari boleh meningkatkan bilangan sperma sebanyak 100% serta meningkatkan pergerakan sebanyak 92% selain mengurangkan risiko pembentukan sperma yang tidak normal sebanyak 55%.

Antara kajian lain juga menunjukkan pengambilan 1000 mg suplemen vitamin C lima kali sehari seminggu dapat melindungi DNA di dalam sel sperma.

#2. Vitamin D

Vitamin D merupakan suplemen yang dapat meningkatkan hormon testoteron selain meningkatkan pergerakan sperma.

Kajian menunjukkan lelaki yang kekurangan vitamin D dalam badan cenderung mempunyai hormon testosteron yang rendah.

Dalam satu kajian, 65 lelaki yang kekurangan vitamin D dan rendah hormon testosteronnya diberikan sejumlah suplemen vitamin D satu hari setahun sekaligus meningkatkan hormon testosteron mereka sebanyak 25%.

#3. Suplemen zink

Zink terdapat di dalam daging seperti ayam, ikan dan lembu.

Kajian menunjukkan kekurangan zink dalam badan mengurangkan kadar hormon testosteron, mengurangkan kualiti sperma sekaligus menjejaskan kesuburan.

Oleh itu, pengambilan suplemen zink mampu meningkatkan hormon testosteron selain meningkatkan jumlah sperma.

#4. Asid D-Aspertic

suplemen untuk kesuburan lelaki

Asid D-Aspertic ini berasal daripada asid aspartic, sejenis asid amino. Kajian menunjukkan asid ini diperlukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki kerana lelaki yang subur mempunyai lebih tahap asid ini dalam badan berbanding yang tidak subur.

Antara kajian lain juga menunjukkan suplemen ini meningkatkan kadar hormon testoteron.

Pengambilan 2.66 gram suplemen ini selama tiga bulan meningkatkan kadar hormon testosteron mereka sebanyak 30-6% serta meningkatkan pergerakan sperma sebanyak 60-100%.

Kajian lain turut menunjukkan lelaki sihat yang mengambil 3 gram suplemen ini sehari dalam masa dua minggu meningkatkan hormon testosteron mereka sebanyak 42%.

#5. Tribulus Terrestris

Tribulus Terrestris adalah herba kesihatan yang digunakan untuk meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan lelaki.

Kajian menunjukkan lelaki yang mengandungi kandungan sperma yang rendah dan mengambil 6 gram suplemen ini sekali sehari dalam masa dua bulan meningkatkan ereksi dan keinginan seksual.

#6. Fenugreek

Fenugreek adalah herba kesihatan popular yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan lelaki, kekuatan serta prestasi ketika melakukan hubungan seks. Suplemen ini turut meningkat kadar hormon testoteron.

Kajian menunjukkan 60 lelaki sihat yang mengambil 600 mg Testofen, sejenis suplemen yang diperbuat daripada fenugreek dan mineral, sehari sekali dalam masa enam minggu dapat meningkatkan keinginan seksual, kekuatan serta prestasi ketika melakukan hubungan seks.

Kajian tersebut diperkuatkan lagi dengan kajian lanjutan berskala lebih besar dengan 120 lelaki sihat yang mengambil 600 mg Testofen, sekali sehari dalam masa tiga bulan mendatang kesan positif yang sama.

#7. Ashwagandha

Ashwagandha atau nama saintifiknya Withania somnifera adalah herba yang digunakan di India yang dapat meningkatkan hormon testoteron.

Kajian menunjukkan lelaki yang rendah bilangan kandungan sperma yang mengambil 675 mg suplemen ini dapat meningkatkan tahap kesuburannya.

Untuk lebih spesifik, suplemen ini mampu meningkatkan sebanyak 167% bilangan sperma, jumlah air mani sebanyak 53% dan pergerakan sperma sebanyak 57%.

Antara kajian lain menunjukkan bahawa 57 lelaki dewasa yang mengambil 600 mg suplemen ini sehari sekali meningkatkan kadar hormon testoteron, kekuatan otot dan badan, meningkatkan bilangan sperma serta pergerakan sperma.

#8. Suplemen Akar Maca

suplemen untuk kesuburan lelaki

Akar Maca pula merupakan herba daripada Peru. Kajian menunjukkan pengambilan 1.5-3 gram suplemen ini selama 3 bulan dapat meningkatkan keinginan seksual.

Antara kajian lain menunjukkan pengambilan 2.4 gram suplemen ini mampu membantu lelaki yang mempunyai masalah ereksi.

Pengambilan 1.75 gram suplemen ini juga mampu meningkatkan jumlah sperma serta pergerakannya.

Pengambilan 1.5-3 gram suplemen ini setiap hari selama tiga bulan pula membantu sistem hormon reprokduksi yang sihat lantas meningkatkan kesuburan lelaki.

Kesimpulannya, kaum Adam di luar sana jangan lupa untuk ambil suplemen yang disenaraikan ini untuk tingkatkan kesuburan anda ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.webmd.com/vitamins/condition-2229/male+infertility

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5203687/

Banihani SA. (2017). Vitamin B12 and semen quality. DOI: 10.3390/biom7020042

Gaskins AJ, et al. (2018). Diet and fertility: A review. DOI: 10.1016/j.ajog.2017.08.010

https://www.chp.gov.hk/en/static/80046.html

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 02/12/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor