backup og meta

Ada Pradiabetes? Boleh Cuba 7 Jenis Minuman Semula Jadi Ini, Bantu Kawal Gula Darah!

Ada Pradiabetes? Boleh Cuba 7 Jenis Minuman Semula Jadi Ini, Bantu Kawal Gula Darah!

Bagi anda yang mempunyai pradiabetes, anda masih sempat untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes jika kembali mengamalkan gaya hidup sihat. Antara perkara utama yang perlu anda lakukan adalah mengawal paras gula darah anda. Bagaimana cara turunkan gula dalam darah? Ini 7 minuman daripada petua tradisional turunkan gula dalam darah yang boleh anda cuba. Tetapi ingat, ini hanyalah petua turunkan gula dalam darah, bukannya sebagai ubat atau rawatan utama pradiabetes anda.

Sila lihat di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Ini 7 minuman petua turunkan gula dalam darah untuk pradiabetes

Masih tidak terlambat untuk anda mencuba beberapa tip bagi mengawal paras gula darah. Antaranya melalui pengambilan beberapa jenis minuman yang boleh membantu mereka yang mempunyai pradiabetes.

Ini 7 minuman tersebut:

#1. Teh hijau sebagai cara turunkan gula dalam darah 

Teh hijau merupakan salah satu minuman paling sihat di dunia. Ia kaya dengan antioksidan dan antiradang.

Bukan itu sahaja, teh hijau juga dikenal pasti dapat membantu mengawal gula darah.

Kajian telah menunjukkan bahawa teh hijau dapat meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan mengurangkan paras gula darah.

Teh hijau juga dapat membantu dalam usaha penurunan berat badan, yang merupakan faktor penting dalam pengawalan diabetes.

Ambillah segelas teh hijau setiap hari kerana ia bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga baik untuk kesihatan!

#2. Petua turunkan gula dalam darah: Air lemon

Anda mungkin tidak pernah dengar tetapi air lemon juga berfungsi sebagai penurun gula darah.

Lemon kaya dengan serat larut, yang dikenal pasti dapat:

  • menjaga kestabilan gula darah
  • mencegah gula darah naik mencanak selepas makan
petua turunkan gula dalam darah
Air lemon boleh bantu kuruskan badan anda.

Untuk mendapatkan manfaat terbaik, perahkan jus lemon ke dalam segelas air suam dan minum tanpa tambahan sebarang gula.

#3. Teh kulit kayu manis antara cara turunkan gula dalam darah 

Kayu manis bukan sahaja memberikan aroma harum dan rasa yang sedap dalam masakan dan minuman.

Akan tetapi, kulit kayu manis juga memiliki manfaat kesihatan yang penting. Kayu manis telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengawal diabetes.

Ia mengandungi komponen yang dapat menurunkan gula darah dengan meningkatkan penyampaian glukosa ke dalam sel.

Minuman teh kulit kayu manis adalah cara yang mudah dan menyenangkan untuk anda mendapat manfaat ini.

#4. Petua turunkan gula dalam darah: Jus sayuran hijau

petua turunkan gula dalam darah
Jus sayuran sangat popular bagi mereka yang berdiet.

Jus sayuran hijau yang terdiri daripada sayuran seperti bayam, kubis kale dan timun adalah sumber yang kaya dengan serat dan nutrien.

Ia dapat membantu dalam mengawal gula darah dan juga penurunan berat badan.

Selain itu, jus sayuran hijau turut membantu dalam meningkatkan penyerapan nutrien dan detoksifikasi badan.

#5. Susu badam juga cara turunkan gula dalam darah 

Susu badam bukan sahaja minuman yang rendah kalori, tetapi juga mengandungi lemak sihat yang dapat membantu mengekalkan kestabilan gula darah.

Selain itu, ia adalah sumber minuman baik bagi anda mendapatkan magnesium.

Magnesium berperanan membantu tubuh menggunakan gula dengan lebih efektif.

Dengan rasa yang lembut dan sedikit manis, susu badam juga menjadi alternatif yang baik bagi susu biasa untuk mereka yang menghidap intoleransi laktosa.

#6. Petua turunkan gula dalam darah dengan cepat: Air kelapa

petua turunkan gula dalam darah
Air kelapa enak diminum tanpa gula tambahan.

Kelapa antara petua turunkan paras gula dalam darah?

Selain menyegarkan, air kelapa yang kaya dengan elektrolit dan enzim ini juga dapat membantu dalam menurunkan gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Namun, pastikan anda memilih air kelapa asli tanpa penambahan gula.

Ini kerana, gula tambahan hanya akan menambahkan lagi jumlah gula dalam badan dan seterusnya menaikkan paras gula dalam darah. 

#7. Cara turunkan gula dalam darah: Teh bunga roselle

Sedang mencari cara turunkan gula dalam darah?

Teh bunga roselle telah terbukti melalui beberapa kajian dalam menurunkan gula darah badan.

Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan kolesterol, yang juga berkait rapat dengan penyakit diabetes.

Teh bunga ini mempunyai aroma segar dan memiliki rasa yang sedikit masam.

Kesimpulan

Perlu di ingat, walaupun petua turunkan gula dalam darah ini dapat membantu dalam mengendalikan gula darah, namun ia bukan bertindak sebagai ubat atau rawatan utama bagi diabetes atau pradiabetes.

Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor sebelum membuat sebarang perubahan besar pada diet anda.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Liu, K., Zhou, R., Wang, B., Chen, K., Shi, L. Y., Zhu, J. D., & Mi, M. T. (2013). Effect of green tea on glucose control and insulin sensitivity: a meta-analysis of 17 randomized controlled trials. The American journal of clinical nutrition, 98(2), 340–348. https://doi.org/10.3945/ajcn.112.052746. Diakses pada Jun 26, 2023. 

Freitas, D., Boué, F., Benallaoua, M., Airinei, G., Benamouzig, R., & Le Feunteun, S. (2021). Lemon juice, but not tea, reduces the glycemic response to bread in healthy volunteers: a randomized crossover trial. European journal of nutrition, 60(1), 113–122. https://doi.org/10.1007/s00394-020-02228-x. Diakses pada Jun 26, 2023.

Diabetes treatment: Can cinnamon lower blood sugar?. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20058472. Diakses pada Jun 26, 2023.

Kasuya, N., Inoue, N., Inoue, Y., Murata, I., & Kanamoto, I. (2019). Effect of vegetable juice consumption prior to eating rice on postprandial blood glucose and insulin levels. Experimental and therapeutic medicine, 18(5), 3817–3822. https://doi.org/10.3892/etm.2019.8002. Diakses pada Jun 26, 2023.

Dai, Y., Peng, L., Zhang, X., Wu, Q., Yao, J., Xing, Q., Zheng, Y., Huang, X., Chen, S., & Xie, Q. (2021). Effects of coconut water on blood sugar and retina of rats with diabetes. PeerJ, 9, e10667. https://doi.org/10.7717/peerj.10667. Diakses pada Jun 26, 2023.

Dai, Y., Peng, L., Zhang, X., Wu, Q., Yao, J., Xing, Q., Zheng, Y., Huang, X., Chen, S., & Xie, Q. (2021). Effects of coconut water on blood sugar and retina of rats with diabetes. PeerJ, 9, e10667. https://doi.org/10.7717/peerj.10667. Diakses pada Jun 26, 2023.

8 Health Benefits of Almond Milk Explained. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/benefits-almond-milk.html. Diakses pada Jun 26, 2023.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu Mengenai Rawatan & Diagnosis Diabetes Jenis 1, Buat Persediaan Awal

Cari Penawar Tradisional Diabetes? Amalkan 7 Bahan Ini, Semuanya Ada Di Dapur!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan