Pening memikirkan cara jaga anak yang menghidap diabetes? Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan caranya untuk dijadikan panduan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Cara jaga anak dengan diabetes
Ya, rasanya kita semua memang sudah tahu hakikat bahawa diabetes atau kencing manis adalah antara penyakit yang sangat berbahaya.
Ia merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam badan tinggi. Sebenarnya, penyakit ini ada banyak jenis, dua daripadanya adalah yang utama.
Jenis-jenis diabetes ini berbeza antara satu sama lain kerana faktor dan langkah mengawalnya adalah berlainan.
Cuba kalian sebagai ibu bapa bayangkan jika si kecil anda yang menderita penyakit ini? Pasti tidak tergambar, bukan?
Walaupun derita apabila melihat si kecil dengan penyakit kronik ini, namun sebenarnya jika ibu bapa tahu cara yang betul menjaga anak diabetes, pasti urusan penjagaan lebih lancar dan mudah.
Terdapat beberapa tip yang perlu diamalkan, terutamanya dari segi gaya hidup dan pemakanan!
Diabetes kanak-kanak?
Mungkin kita sudah biasa terdengar atau terbaca banyak cerita tentang penyakit ini yang kebanyakannya dihidapi oleh individu lewat usia.
Namun sangkaan ini sebenarnya agak kurang tepat kerana ketahuilah bahawa orang muda seperti kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalaminya.
Jika kalian menyangka ia adalah pradiabetes, jawapannya tidak! Diabetes kanak-kanak adalah merujuk kepada kencing manis jenis 1.
Apa maksud sebenar diabetes jenis 1?
Diabetes jenis 1 adalah diabetes yang bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawalnya.
Penderita kencing manis jenis 1 mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah kerana pankreas tidak menghasilkan insulin.
Untuk pengetahuan anda, insulin merupakan hormon yang membantu glukosa memasuki sel-sel darah dan memberi tenaga kepada individu.
Kandungan glukosa yang tinggi boleh membawa masalah serius kepada jantung, mata, paru-paru, sistem saraf, gusi dan juga gigi.
Diabetes jenis ini sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja serta disebabkan oleh faktor utamanya iaitu genetik.
Apa yang lebih membimbangkan adalah 90% daripada penderita kencing manis menderita diabetes jenis 1 ini.
Apa beza dengan diabetes jenis 2?
Diabetes jenis 2 pula adalah diabetes yang tidak semestinya bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawalnya bahkan memadai dengan mengambil ubat atau tablet diabetes.
Penderita kencng manis jenis 2 sering dikaitkan dengan individu obesiti terutamanya yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Diabetes jenis ini kebanyakannya dihidapi oleh individu yang sudah berusia 30 tahun dan ke atas.
Dalam erti kata lebih mudah, diabetes kanak-kanak adalah tergolong dalam jenis 1 dan bukannya jenis 2.
Cara jaga anak dengan diabetes: Fahami simptomnya
Tanya dan perhatikan jika terdapat simptom berikut pada si kecil anda sebelum mengambil tindakan selanjutnya:
- Kerap kencing
- Rasa haus yang berlebihan
- Berat badan menurun mendadak
- Rasa lemah, letih, lesu dan kurang tenaga
- Penglihatan menjadi kabur
- Luka yang lambat sembuh
- Gatal pada bahagian kemaluan
Jika ada, sila bawa anak anda segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi mengenai rawatan susulan ya?
Dalam pada itu, ada beberapa tip yang ibu bapa perlu praktikkan bagi mengawal penyakit anda anda dari menjadi parah!
Perubahan gaya hidup
Pertama sekali dalam cara jaga anak dengan diabetes, ibu bapa perlu mendorong si kecil yang menderita kencing manis jenis 1 ini untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti bersenam dan bersukan kerana penderita diabetes kanak-kanak harus banyak bergerak bagi mendapatkan tenaga sekali gus menjadikan sel-sel darah lebih peka terhadap insulin.
Aktiviti fizikal seperti berjalan atau berjoging turut membantu membina jisim otot. Ini penting kerana kebanyakan glukosa dalam darah akan diserap oleh otot-otot untuk dibakar dan ditukarkan menjadi tenaga.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor bagi melihat kandungan glukosa dalam badan si kecil sebelum dan selepas melakukan kegiatan fizikal.
Turut diingatkan ibu bapa perlu memastikan si kecil mengambil sedikit santapan 1 hingga 3 jam sebelum beraktiviti bagi mengelakkan perut mereka kosong.
Apa yang paling penting adalah sila pantau si kecil anda ketika melakukan apa-apa aktiviti fizikal dan perhatikan tindak balas mereka.
Baca juga: